Terbuang di rumah sendiri |
- Terbuang di rumah sendiri
- Tak sedap hati adik balik awal
- 'Kau jerit aku bunuh...'
- Apa dah jadi Daren?
- Diddy & Kay ingin duet lagi
Posted: 19 May 2014 11:32 AM PDT Sik: Kehidupan sebuah keluarga di daerah ini ibarat berada dalam 'neraka dunia' berikutan terpaksa menerima ancaman termasuk ugutan bunuh daripada salah seorang ahli keluarga mereka tanpa diketahui puncanya sejak lebih sebulan lalu. Akibat itu, kehidupan enam beranak termasuk ibu mereka kini hidup dalam ketakutan sehingga terpaksa menjadi 'pelarian' berikutan pernah diugut dengan parang oleh lelaki berusia 30-an terbabit yang baru dibebaskan dari Penjara Alor Setar, baru-baru ini. Abang kepada lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Abdul, 58, berkata, mereka sekeluarga tidak tahan dengan sikap adik bongsunya dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum berlaku pertumpahan darah kerana tindakannya yang suka mengamuk. Menurutnya, dia terpaksa membawa ibunya berusia 80 tahun ke rumah adik-beradik lain sejak sebulan lalu kerana bimbang lelaki itu mengamuk berikutan dia pernah mengugut mahu membunuh mereka termasuk ibu kandung sendiri dengan parang. AHLI keluarga menunjukkan laporan polis berkaitan ugutan bunuh oleh adik bongsu mereka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20 |
Tak sedap hati adik balik awal Posted: 19 May 2014 11:20 AM PDT Gua Musang: Rasa tidak sedap hati seorang lelaki mengenai adiknya yang mahu pulang ke kampung lebih awal selepas mereka konvoi bersama-sama ke Putrajaya Jumaat lalu, terjawab apabila adik kesayangannya itu maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 20 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Muhammad Aizuddin Mohd Noor, 20, memandu kereta Nissan Grand Livina bersama rakannya, penuntut Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu, Hasnanie Hassan, 20, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala dan badan. Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Aizuddin yang juga seorang peniaga dari Kampung Kubang Badak, Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas, cuba memotong sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan berkenaan, namun gagal dan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya tidak cedera. KEADAAN kereta dinaiki Muhammad Aizuddin dan Hasnanie yang maut.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20 |
Posted: 19 May 2014 11:11 AM PDT Klang: "Kau jerit aku bunuh!" Itu amaran seorang daripada empat penjenayah yang menyamun sebuah keluarga di Kampung Bukit Kerayong, Meru, di sini, awal pagi semalam. Empat penjenayah dipercayai lelaki tempatan itu memasuki rumah seorang peniaga kira-kira jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong menggunakan pemotong besi. Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 39 tahun terpaksa menerima 18 jahitan apabila tangan kanannya terkena parang panjang dihayun suspek ketika cuba menghalang mereka daripada memasuki biliknya. Mangsa juga terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM7,000 apabila pelbagai barangan peribadi seperti cincin, gelang dan rantai emas selain beberapa telefon bimbit dilarikan penjenayah. MANGSA sekeluarga melakon semula cara mereka diikat penjenayah di dalam sebuah bilik.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20 |
Posted: 19 May 2014 10:10 AM PDT New Delhi: Apa sudah jadi Liew Daren? Itu yang mencetuskan persoalan ketika ini selepas kapten serta pemain perseorangan negara itu tewas kali kedua berturut-turut pada saingan Piala Thomas. Semalam pemain senior negara itu tewas 20-22, 10-21 kepada Lukas Schmidt dari Jerman selepas tewas mengejut kepada RMV Gurusaidutt 21-18, 13-21, 19-21 ketika bertemu India kelmarin. Malah selepas perlawanan semalam, Daren gagal hadir pada sidang media.
Daren "Prestasi keseluruhan pemain bagus kecuali Daren. Dia nampak kurang menyerlah dan masih tercari-cari rentak permainan. "Saya pun tak tahu nak kata apa kerana kami memang sudah melakukan persediaan untuk dia. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20 |
Posted: 19 May 2014 08:31 AM PDT Jarang mereka disatukan dalam satu sesi fotografi meskipun masing-masing terbabit dalam bidang yang sama. Syamsul Hirdi Muhid, 28, atau lebih dikenali sebagai Diddy dan Nur Khaidir Muhid, 26, atau Kay antara contoh pasangan adik-beradik yang memeriahkan industri seni seperti Ziana Zain & Anuar Zain, Sharifah Aleya & Sharifah Amani, Sharifah Hasleenda, Sharifah Shahirah & Sharifah Sakinah termasuk beberapa nama lagi. Bakat dua beradik ini dicungkil menerusi program realiti popular Akademi Fantasia (AF) di mana Diddy adalah finalis AF4 dan Kay pula AF9. Sekalipun berkongsi minat yang sama iaitu menyanyi, namun hakikatnya mereka berdua terpisah oleh jurang personaliti yang sama sekali berbeza.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |