Serang macam koboi |
- Serang macam koboi
- Mok Aban tawan buaya
- Tak tidur sebulan jaga 6 anak
- City takut debaran
- Hati mudah tersentuh
Posted: 10 May 2014 08:52 AM PDT Kuala Lumpur: Bagaikan aksi filem koboi apabila seorang penjenayah bertindak melepaskan tembakan ke arah enam lelaki yang minum di depan sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, menyebabkan seorang terbunuh manakala lima lagi parah, awal pagi semalam. Difahamkan, lelaki menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hijau muda berhenti 80 meter sebelum keluar dan berpura-pura membuat panggilan telefon sambil berjalan menuju ke arah mangsa berusia 22 hingga 51 tahun. Suspek melepaskan enam hingga lapan das tembakan ke arah mangsa yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan cedera terkena tembakan, antaranya di bahu, pipi serta kaki. Seorang daripada mereka, S Saravanan @ Joe, 38, yang terkena tembakan di belakang kepala, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala mangsa lain dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. ANGGOTA forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11 |
Posted: 10 May 2014 08:41 AM PDT Simunjan: "Kami menggunakan ayam sebagai umpan dan disangkut pada mata kail. Pagi tadi (semalam) apabila ke sungai, kami lihat seekor buaya tersangkut padanya," kata Ismail Tahir, 39, penduduk Kampung Sageng, di sini, selepas tertangkapnya reptilia itu, semalam. Buaya sepanjang tiga hingga empat meter itu ditawan pawang tempatan dikenali sebagai Mok Aban, 50-an, jam 9 pagi semalam. Ismail berkata, pawang terbabit memasang kail berumpankan ayam dua hari sebelum itu kerana penduduk bimbang apabila buaya itu semakin kerap muncul. "Kebimbangan penduduk berakhir apabila buaya yang kerap muncul di sungai berdekatan kampung ditangkap. Reptilia itu kerap muncul di permukaan air sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan penduduk tidak berani turun ke sungai. PENDUDUK melihat buaya besar yang ditangkap di Kampung Sageng, Simunjan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11 |
Posted: 10 May 2014 08:12 AM PDT Kuala Terengganu: "Pernah seorang daripada mereka tak tidur selama sebulan, menyebabkan saya terpaksa berjaga lewat malam hingga akhirnya saya sakit," kata Fauziah Ngah, 56, ibu kepada enam anak orang kelainan upaya (OKU) yang menghidap penyakit genetik dan hiperaktif. Itu antara dugaan dan kepayahan dilalui ibu mithali ini menjaga Yazid Aziz, 30, Sufiya, 27, Surani, 25, Mohd Syukri Hafiz, 23, Rizal, 20, dan Mohd Amir Haikal, 11, yang sepatutnya dicontohi golongan ibu sempena Hari Ibu, hari ini. Biarpun terpaksa melayan pelbagai kerenah mereka yang mempunyai karakter masing-masing, ia tidak membuatkan Fauziah baran dengan keletah nakal enam daripada lapan anaknya. Sebaliknya, ibu tunggal ini menganggap mereka nadi hidupnya dan amanah Allah yang perlu dijaga walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga. FAUZIAH menguruskan enam anaknya yang menghidap penyakit genetik dan hiperaktif. MOHD Amir Haikal yang mengalami penyakit genetik ketika tinjauan ke rumah Fauziah di Flat Seri Kolam, Kuala Terengganu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11 |
Posted: 10 May 2014 07:16 AM PDT London: Manchester City berharap dapat mengelakkan drama penuh debaran pernah dilalui pada final musim 2011-12 apabila menanti kunjungan West Ham United pada perlawanan penentuan gelaran Liga Perdana Inggeris, malam ini. Dua tahun lalu, City perlu mengatasi keputusan Manchester United untuk meraih gelaran pada hari terakhir dan akhirnya berjaya melakukannya selepas Sergio Aguero menjaringkan gol pada waktu kecederaan memastikan kemenangan di tempat sendiri menewaskan Queens Park Rangers. Saingan musim ini lebih mudah biarpun City hanya mengatasi pasukan tangga kedua, Liverpool dengan hanya dua mata dan kelebihan perbezaan jaringan bermakna keputusan seri menentang West Ham sudah memadai. "Ia sangat penting untuk bertenang menjelang perlawanan itu," kata pengurus berasal dari Chile itu yang membawa pasukan itu bergelar juara Piala Liga. CITY harap dapat ulang kejayaan 2011-12. LIVERPOOL harap keajiaban.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11 |
Posted: 10 May 2014 06:03 AM PDT Jarang kita lihat anak muda sanggup berhabis wang untuk menguruskan pusat jagaan warga emas. Berbeza dengan pelakon Adeline Tsen, 28, yang sanggup mengetepikan keperluan diri supaya impian disimpan sejak di bangku sekolah dapat dilaksanakan. Pelakon siri Hotel Mania itu yang kematian ibu sejak usia 17 tahun, menyimpan impian membuka pusat jagaan orang tua. Akhirnya impian itu tercapai dengan kehadiran Suria Nursing Centre, Petaling Jaya, dua tahun lalu, yang diusahakan bersama seorang rakan. Jika ada masa terluang, Adeline akan menghabiskan masa di sana membantu jururawat menjaga penghuni pusat jagaan itu. Berpegang kepada prinsip seseorang itu harus melakukan amal ketika hidup, Adeline berkata, bukan pujian atau balasan yang dipinta apabila mengusahakan pusat itu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |