Guru kreatif tingkat pembelajaran murid |
- Guru kreatif tingkat pembelajaran murid
- MCPF desak polis ambil tindakan
- GST jaminan masa depan
- Syor piawaian pengesanan masa sebenar pesawat
- Semua Pusat Bantuan Keluarga tutup 7 Mei
- Pendapatan peniaga terjejas teruk
Guru kreatif tingkat pembelajaran murid Posted: 02 May 2014 02:55 AM PDT Murid prasekolah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Yun Min memegang kad huruf Selamat Hari Guru. - Foto Danial Noordin Kalaimani menggunakan amali luar kelas untuk menarik minat murid kepada subjek. - Foto Nur Syazwana Mansor Kuala Lumpur: Kreativiti dan inovasi guru dalam pembelajaran mampu meningkatkan minat murid dalam subjek yang diajar sekali gus melonjak pencapaian mereka.
Kepentingan aspek itu digarapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.' Ciptaan 'beg bercahaya' Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Yuh Min, Air Hitam, Kedah, Tan Kooi Heang, 31, berkata ciptaan 'beg bercahaya' yang digunakan sebagai alat bantu mengajar murid prasekolah di situ berjaya meningkatkan penguasaan anak didiknya dalam subjek Sains dan Matematik. Ciptaan itu dibentuk seperti papan berlampu pelbagai warna yang diletakkan nombor untuk bermain bersama murid. "Dengan menggunakan bahan terbuang di kedai perkakasan milik datuk, saya cuba untuk menghasilkan beg bercahaya ini. "Saya berpuas hati dengan apa yang dihasilkan ini kerana daripada jumlah 11 murid prasekolah yang diajar menggunakan produk ini, 10 daripada mereka berjaya meningkatkan prestasi ke tahap memuaskan dalam subjek," katanya yang menerima Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Prasekolah 2013. Idea cipta alat bantuan mengajar Bekas jurutera itu berkata, idea mencipta alat bantuan mengajar itu tercetus selepas berbincang dengan bekas pensyarahnya di sebuah maktab perguruan sebelum itu. "Inovasi dan kreatif sangat penting dalam pendidikan kerana ia dapat membantu murid terutama di luar bandar memudahkan pembelajaran," katanya. Melalui penggunaan bahan seperti itu, katanya, ia dapat meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak seawal usia lima hingga enam tahun dan dapat mengajar mereka supaya lebih banyak bercakap. Kooi Heang berkata, beliau tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya sebagai jurutera ketika bertugas di sebuah kilang di Pulau Pinang dan sanggup menyambung pengajian ketika itu untuk menjadi seorang guru bagi merealisasikan impiannya mendidik murid dengan cara secara lebih kreatif. Ikon Guru 2013 dari Sekolah Menengah Teloi Kanan, FELDA Teloi Kanan, Kuala Ketil, S Kalaimani, pula berkata tugas guru tidak hanya terhad kepada mendidik dalam kelas untuk lulus peperiksaan, tetapi perlu mencari jalan untuk menanam rasa cinta murid kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan. Katanya, pengalamannya selama 25 tahun menjadi pendidik dalam subjek Geografi dan Alam Sekitar memerlukannya sentiasa kreatif dan berinovasi untuk menarik minat pelajarnya. "Ramai pelajar menganggap subjek ini kurang menyeronokkan, namun sebagai guru saya berusaha menarik minat mereka dengan membabitkan mereka dalam pelbagai aktiviti amali di luar kelas. "Pelajar lebih mudah memahami dan dapat melihat situasi sebenar konsep yang dibaca dalam buku apabila mereka melakukan kerja amali di luar kelas. "Dengan cara itu pemikiran mereka akan berkembang dan mudah untuk memahami serta mengingati sesuatu konsep dalam subjek ini," katanya. Bawa murid sertai program di luar negara Bagi menarik minat murid kepada subjek, beliau berusaha membawa beberapa murid yang terpilih untuk ke luar negara bagi mengikuti pelbagai program berkaitan alam sekitar. "Sejak tahun 2009 saya mula menganjurkan program seperti ini dengan bantuan dan sokongan daripada pengurusan sekolah selain ibu bapa. "Dalam tempoh berkenaan kami berjaya membuat lawatan di 32 negara luar membabitkan pelbagai jenis program pada peringkat antarabangsa. "Dengan cara ini saya lihat pelajar akan lebih teruja untuk mendalami ilmu berkaitan alam sekitar selain meluaskan lagi pengetahuan mereka," katanya. Bagi Kalaimani, walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga dan kewangan beliau tetap puas hati kerana segala usahanya itu membuahkan hasil apabila melihat murid menunjukkan minat dan mahu membabitkan diri dalam program yang dianjurkan. "Sebagai seorang pendidik, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuk murid, saya bukan sekadar mengajar untuk menghafal yang tertulis di dalam buku, tetapi membantu mereka memahami serta mendalami ilmu," katanya. Beliau berkata pengalaman hidup ketika murid berada dalam program luar bilik darjah seperti itu juga membekalkan ilmu lain terutama kreatif dalam kehidupan kepada mereka. |
MCPF desak polis ambil tindakan Posted: 02 May 2014 02:54 AM PDT
Peserta perhimpunan haram membantah GST anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, semalam, bertindak ganas terhadap petugas media. Paling ketara kelakuan ganas oleh sesetengah peserta terutama kumpulan remaja berbaju hitam yang melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa dan petugas media sepanjang perhimpunan haram anjuran pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang itu. "Dalam situasi ini, sepatutnya penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengawasi tingkah laku semua peserta perhimpunan," katanya ketika dihubungi, semalam. Setiausaha Agung Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz, turut membidas tindakan segelintir peserta menyerang, melakukan provokasi dan menghamburkan kata-kata kesat serta lucah terhadap jurugambar media yang bertugas. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 02 May 2014 02:54 AM PDT Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan mampu menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi dan kewangan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, kegagalan melaksanakan GST bukan sahaja berisiko menghentikan proses transformasi negara, sebaliknya lebih teruk boleh menyebabkan negara berdepan himpitan ekonomi, yang akhirnya mencetus kesusahan dan penderitaan kepada rakyat. Fikir secara rasional "Kalau kita fikir secara rasional dan bukan ikut perasaan, kita akan faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok nak meraih buah. Kalautak tanam hari ini kita tidak mengecapi hasilnya pada masa akan datang," katanya berucap merasmikan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, semalam. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Syor piawaian pengesanan masa sebenar pesawat Posted: 01 May 2014 03:57 PM PDT Kuala Lumpur: Laporan awal kehilanganMH370 yang diumumkan semalam, mahu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memperkenalkan piawaian pengesanan masa sebenar, terhadap semua pesawat komersial. Cadangan itu dinyatakan dalam laporan awal lima halaman dikeluarkan pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara di Kementerian Pengangkutan Malaysia kepada ICAO, yang turut diedarkan kepada keluarga penumpang dan kru MH370 serta media. Sejak kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, lokasi sebenar pesawat itu masih menjadi misteri dan menimbulkan pelbagai spekulasi, walaupun analisis data satelit Immarsat di United Kingdom, mendapati penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Semua Pusat Bantuan Keluarga tutup 7 Mei Posted: 01 May 2014 03:55 PM PDT Kuala Lumpur: Semua Pusat Bantuan Keluarga di seluruh dunia yang dibuka syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) susulan kehilangan pesawatnya, MH370, sejak 8 Mac lalu, akan ditutup mulai 7 Mei ini, serentak fasa kedua misi mencari. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata selepas ini semua maklumat terbaru dan perkembangan terkini berhubung insiden itu akan dimaklumkan kepada keluarga penumpang menerusi panggilan telefon, internet, pesanan dan pertemuan yang akan diatur khas. Bayar pampasan pendahuluan "Kami ingin memaklumkan, MAS akan mengagihkan bayaran pampasan pendahuluan kepada semua waris yang layak pada kadar segera, dalam usaha meringankan beban kewangan mereka. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Pendapatan peniaga terjejas teruk Posted: 01 May 2014 03:51 PM PDT Kuala Lumpur: Perhimpunan haram didalangi pembangkang di ibu negara semalam, menyebabkan pendapatan peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India serta pemandu teksi terjejas teruk. Mereka yang mengharapkan cuti umum sempena Hari Pekerja dapat membuka pintu rezeki, sebaliknya kecewa apabila pulangan yang diharapkan menjunam lebih teruk apabila ramai memilih mengelak daripada berada di lokasi berhampiran tempat demonstrasi. "Perhimpunan ini benarbenar menjejaskan jualan. Rata- rata pelanggan tadi (semalam) datang dari luar ibu negara, mengambil risiko untuk membeli produk jualan saya," katanya yang turut disokong tukang kasut yang hanya mahu dikenali sebagai Buyong, 43. Buyong berkata, peniaga kecil sepertinya memang bimbang setiap kali ada perhimpunan haram dianjurkan di kawasan berkenaan kerana kesannya menyebabkan mereka kerugian besar apabila pelanggan jauh berkurangan. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |