Tiga tumbukan maut |
- Tiga tumbukan maut
- Pakej runtun hati
- Air dah ada
- Rangel idam tabur bakti
- Anuar kerap tonton The Voice, American Idol
Posted: 30 Apr 2014 01:49 PM PDT Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz, Mohd Rizal Abdullah dan Yusliza Yakimir Abdul Talib Gombak: Akibat berebut bongkah padanan warna (kiub puzzle), seorang pelajar sekolah agama di Rawang, Muhammad Abdul Azim Adnan, 15, mati apabila mukanya ditumbuk tiga kali oleh rakan asramanya, malam kelmarin. Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa bertengkar dengan seorang rakan sebayanya dipercayai berkaitan permainan itu sebelum tercetus pergaduhan, "Kami menyedari kejadian itu selepas habis mengulang kaji pelajaran jam 11.30 malam apabila menemui Azim terbaring di gelanggang sepak takraw. "Kami segera memaklumkan kejadian itu kepada warden asrama yang kemudian membawanya ke hospital," kata pelajar itu. ASRAMA lelaki yang menjadi lokasi pergaduhan. KELUARGA mangsa menunggu di pekarangan Unit Forensik HKL.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/01 |
Posted: 30 Apr 2014 01:31 PM PDT Kuala Lumpur: Keghairahan ejen dan syarikat pelancongan menawarkan pakej harga runtuh untuk menunaikan umrah menyebabkan ramai yang tertarik dan akhirnya menjadi mangsa penipuan. Rata-rata kes bakal jemaah umrah terkandas di lapangan terbang dan ada yang langsung ditipu selepas membuat bayaran pertama berlaku kerana terpedaya dengan harga murah terbabit. Dalam kes terbaru 15 April lalu, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Melaka menawarkan pakej umrah RM4,300 seorang untuk 12 hari 10 malam berbanding syarikat lain yang menawarkan RM4,700 hanya untuk 10 hari lapan malam. Seramai 36 bakal jemaah umrah termasuk seorang warga emas berusia 93 tahun akhirnya terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas ejen yang dikenali sebagai Datuk Zainal tidak muncul. SEBAHAGIAN jemaah yang terkandas di lapangan terbang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/01 |
Posted: 30 Apr 2014 01:28 PM PDT Oleh Hayati Ibrahim, Yusliza Yakimir Abd Talib, Shamsul Munir Safini dan Nur Saliawati Salberi Putrajaya: Tindakan menamatkan catuan air di Lembah Klang dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas mendapat jaminan kerajaan Selangor bahawa air mentah di sepanjang Sungai Selangor mencukupi. Ia berikutan negara menerima hujan sejak kebelakangan ini, dan usaha mengepam air mentah sebanyak 950 juta liter sehari (JLH) dari lombong berhampiran. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jaminan air mentah mencukupi untuk lima loji di sepanjang Sungai Selangor adalah perlu kerana air mentah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu. "Selain itu, kementerian dan SPAN juga diberikan jaminan bahawa air lombong yang dipam untuk menambah aliran air di Sungai Selangor sudah diuji dan mematuhi parameter ditetapkan dalam Garis Panduan Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan. PEKERJA pembersihan mula mencuci sekitar bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang berikutan penarikan catuan air, semalam. SURI rumah, Rupiah Sidek membasuh kain menggunakan takungan air yang disimpan bagi mengelak pembaziran di rumahnya di Ampang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/01 |
Posted: 30 Apr 2014 10:53 AM PDT Kuala Lumpur: Penyerang import Selangor kelahiran Brazil Paulo Rangel secara terbuka menyatakan minatnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika diberi peluang. Dia yang kini muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan 10 gol membuat kenyataan itu menerusi laman sosial Instagram semalam selepas spekulasi mengaitkan dirinya dengan skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee semakin tersebar. "Selamat tengahari semua. Saya sangat gembira dengan berita ini. Sudah tentu ia satu penghormatan jika saya dapat membantu negara ini yang membuka pintu kepada saya dan keluarga saya. Terima kasih atas sokongan anda semua," katanya yang menggunakan nama akaun pr9paulorangel. Kenyataannya itu yang turut dimuat naik dalam sosial Twitter mendapat reaksi positif peminat tempatan yang mengalu-alukan kehadirannya bersama pasukan kebangsaan jika pemain berusia 29 tahun itu bersedia menukar status kewarganegaraan. LUAHAN Rangel dalam akaun Twitter.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/01 |
Anuar kerap tonton The Voice, American Idol Posted: 30 Apr 2014 06:29 AM PDT Nampaknya 'selfie' semakin menjadi-jadi. Kecanggihan telefon pintar dengan kualiti kamera bagi sesetengah jenama yang mencapai 41 megapiksel membolehkan pengguna merakamkan wajah sendiri dengan begitu jelas. Tidak cukup dengan itu, turut menghangatkan lagi fenomena 'selfie' ialah kemunculan alat 'monopod' khusus untuk kegunaan telefon bimbit diperkenalkan. Ia sekali gus membantu pengguna merakamkan gambar 'selfie' atau istilah penuhnya 'self-potrait photograph' dari jarak jauh atau ruang lebih luas (wide angle). Menerusi persembahan Terindah Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, kelmarin, penghibur dilahirkan dengan nama Shahrul Anuar Zain, 44, itu turut membawa 'sindrom selfie' menggunakan monopod di dalam persembahannya. ANUAR merakamkan gambar 'selfie' dengan penonton.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |