1TNB angkat imej organisasi

1TNB angkat imej organisasi


1TNB angkat imej organisasi

Posted: 16 May 2014 04:20 PM PDT

1TNB angkat imej organisasiNajib beramah mesra dengan warga kerja TNB di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di ibu negara, semalam. - Foto Abdullah Yusof

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin enam Bidang Keberhasilan Utama di bawah Program Transformasi 1Tenaga Nasional Berhad (1TNB) mampu mengangkat maruah dan imej organisasi berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, program transformasi 1TNB itu yang dilancarkan semalam, merangkumi usaha menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia serta melangkaui kepuasan pelanggan.

Fokus urusan kos, operasi

Selain itu, ia memfokuskan usaha mengurus kos dan operasi secara lebih efisyen; meluaskan perniagaan baharu; mentransformasi organisasi serta memperkukuh keupayaan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Kita mesti pastikan wujudnya budaya kecemerlangan dalam organisasi, maknanya kita mesti memburu kecemerlangan, kita mesti sentiasa efisyen mengurangkan kos dan mencari peluang perniagaan (baharu). Jangan lupa integriti sebab segala-galanya tiada makna kalau tiada integriti, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di sini.

Yang hadir sama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Ir Azman Mohd.
Kira-kira 3,000 warga kerja TNB menghadiri majlis itu, di samping lebih 20,000 lagi menyaksikan majlis dan mendengar amanat Najib melalui sidang video yang dipancarkan ke pejabat syarikat berkenaan di seluruh Semenanjung dan Sabah.

Terdahulu ketika memulakan ucapannya, Najib berkata, pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan perjalanan Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin tinggal sebagai impian jika satu daripada fundamental negara iaitu bekalan elektrik terjamin dengan harga kompetitif tidak diutamakan.

Kenaikan harga bahan api

Beliau turut menjelaskan keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada Januari lalu kerana didorong oleh kenaikan harga bahan api di pasaran dunia, sekali gus turut menuntut pelarasan subsidi tarif disemak semula.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah sedemikian juga dibuat bagi memastikan TNB terus kukuh sejajar usaha kerajaan mahu menjamin bekalan tenaga elektrik negara mencukupi, selain mengelakkan syarikat utiliti itu kemungkinan mengalami kerugian.

5,000 guru naik pangkat

Posted: 16 May 2014 11:23 AM PDT

Kuala Lumpur: Seramai 5,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke gred DG42 tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelantikan pertama skim perkhidmatan bersepadu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu membabitkan gabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD).

Difahamkan, guru terpilih bakal menikmati gaji minimum RM1,917 dan maksimum RM8,652 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225. Mereka dijangka menerima kenaikan pangkat dan tunggakan gaji pada pertengahan tahun ini.

Pemohon disyaratkan mempunyai ijazah semasa dalam perkhidmatan secara pengajian jarak jauh (PJJ), mula mengisi borang permohonan secara manual sejak 24 Mac lalu untuk ditapis jawatankuasa khas Unit Kenaikan Pangkat Bukan Siswazah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Gabung PPPS dan PPPLD

Dalam usaha kita untuk memartabatkan profesion keguruan, kementerian menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu PPP berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Pada tahun ini, dianggarkan 5,000 pegawai PPP gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke gred DG42, katanya pada majlis pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 bertema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, di sini, semalam.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh serta Timbalan Menteri Pendidikan I dan II, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.

Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dipilih sebagai Tokoh Kepemimpinan Kebangsaan, manakala bekas Pengetua Cemerlang, Tengku Azuan Tengku Mohamed dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.

Masing-masing menerima anugerah berupa plak, sijil penghargaan, pingat emas kecemerlangan, wang tunai RM10,000, Sijil Simpanan Premium bernilai RM8,000 dan penerbangan pergi balik ke Jeddah bernilai RM20,000 daripada Muhyiddin.

Lebih 2,000 guru dari seluruh negara menghadiri majlis itu, termasuk bekas guru Matematik yang mengajar Muhyiddin di Sekolah Tinggi Muar, Yusuf Karto, 80, yang didatangkan khas ke majlis berkenaan dan ternyata kehadirannya yang berkerusi roda memberi kejutan kepada pemimpin berkenaan.

Muhyiddin berkata sehingga Jun ini, dijangka seramai 195 guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang ke gred DG52, 803 orang (DG48) dan 8,954 orang (DG44).

Bagi Guru Bukan Siswazah pula, katanya, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32.

Penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Times Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang luas kepada PPP untuk menikmati kenaikan pangkat adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada guru, katanya.

Peruntukan besar

Beliau berkata, dianggarkan lebih 10,500 orang PPPS dan 15,700 orang PPPLD mendapat manfaat kenaikan pangkat melalui skim berkenaan.

Katanya, bagi melaksana semua urusan kenaikan pangkat guru, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha guru dalam membentuk modal insan personaliti unggul.

MCA diserang DAP walaupun tak tanding

Posted: 16 May 2014 11:21 AM PDT

Georgetown: DAP terus melancarkan serangan terhadap MCA walaupun parti itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Terbaru, DAP cuba mengaitkan keputusan MCA itu dengan tuduhan seorang pemimpin sayap pemuda DAP bahagian di negeri ini mendakwa dirinya sudah didaftarkan dan menjadi ahli MCA seumur hidup sejak 13 tahun yang lalu tanpa disedarinya.

Ahli seumur hidup

Ketua Pemuda Sosialis DAP Tanjong, Yeoh Poh Looi, 36, mendakwa beliau didaftarkan sebagai ahli MCA seumur hidup dengan nombor keahlian PH4600010 menerusi MCA Cawangan Lebuh Cintra di sini, di bawah MCA Bahagian Tanjong pada 2001.

Katanya, pada tahun berkenaan, beliau tinggalkan negara melanjutkan pelajaran di China sebelum pulang ke tanah air dua tahun selepas itu.

Saya mengetahui mengenai perkara ini pada hari Rabu lalu, di mana pada waktu itu saya dengan tidak sengaja menaip nama sendiri pada enjin carian Google dan kemudian mendapati saya adalah ahli MCA.

Saya terkejut dan menyemaknya dengan ibu pejabat MCA negeri dan kemudian mereka mengesahkan bahawa nama saya sememangnya berada dalam sistem maklumat parti itu sebagai ahli seumur hidup, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Poh Looi berkata, beliau kesal dengan perkara itu dan meminta MCA supaya mengeluarkan namanya dalam senarai keahlian parti terbabit kerana tidak pernah menghantar atau menandatangani borang keahlian MCA.

MCA siasat dakwaan

Mengulas kenyataan itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata pihaknya perlu menyiasat dakwaan pemimpin pemuda DAP berkenaan sebelum sebarang kenyataan boleh dikeluarkan.

Katanya, beliau akan menghubungi MCA Bahagian Tanjong dan cawangan di bawahnya terlebih dahulu serta menyemak daftar keahlian parti terbabit bagi mengesahkan dakwaan itu, sekali gus membolehkan tindakan susulan diambil.

Nilai semula perubahan

Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak meminta pengundi di Bukit Gelugor menilai semula perubahan yang dibawa DAP sepanjang enam tahun memerintah negeri itu.

Katanya, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Kerajaan DAP melaksanakan banyak perubahan termasuk dasar yang membebankan rakyat terutama orang Melayu di negeri ini.

Beliau berkata, perkara paling ketara yang dibawa DAP ialah pembangunan perumahan elit dan mewah di kawasan pulau dan juga tanah besar menyebabkan rumah di negeri ini hanya mampu dibeli oleh golongan kaya.

SPR jangka 85 peratus pemilih keluar mengundi

Posted: 16 May 2014 11:19 AM PDT

Teluk Intan: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan boleh dicapai sehingga 85 peratus.

Sasaran peratusan keluar mengundi itu adalah lebih tinggi berbanding peratusan keluar mengundi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu iaitu sekitar 80 peratus.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata angka itu tidak mustahil untuk dicapai kerana hari mengundi pada hari cuti persekolahan.

Keputusan jam 9 malam

Keputusan penuh PRK itu dijangka akan dapat diketahui selewat-lewatnya jam 9 malam.

Meskipun ada tiga saluran mengundi yang memerlukan pengangkutan air iaitu Ulu Bernam, Sungai Timah dan Batu Enam, ia tidak menjadi masalah kerana kita dibantu pelbagai agensi, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PRK Parlimen Teluk Intan bersama Ketua Jabatan di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini semalam.
Hadir sama, Yang Dipertua MPTI yang juga Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengarah SPR Negeri, Ahmad Adli Abdullah.

Abdul Ghani berkata, sehingga pagi semalam masih belum ada mana-mana individu atau wakil parti politik yang membeli borang pencalonan kerana mungkin disebabkan semua pihak bertanding masih belum mengumumkan calon masing-masing.

Katanya, individu atau parti politik yang bertanding masih boleh membeli borang pencalonan sehingga tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, 19 Mei ini.

Beliau berkata, Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak akan menjadi Pusat Penamaan Calon, Isnin ini bermula jam 9 hingga 10 pagi, manakala Dewan SMK Abdul Rahman Talib akan dijadikan Pusat Penjumlahan Undi pada hari pengundian yang akan berlangsung pada 31 Mei ini.

60,349 pengundi berdaftar

Katanya, pihaknya turut menasihatkan penyokong parti politik yang bertanding supaya tidak membawa pembesar suara dan gendang sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung kerana ia adalah dilarang dan bertentangan dengan peraturan ditetapkan SPR.

PRK Parlimen Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi berdaftar dengan 35 pusat mengundi dan 121 saluran mengundi dengan satu daripadanya adalah untuk undian awal.

Laporan khas: Sesuai guna cermin gelap

Posted: 16 May 2014 11:15 AM PDT

Laporan khas: Sesuai guna cermin gelap

Kuala Lumpur: Peraturan cermin gelap untuk kenderaan di negara ini disifatkan lapuk, menyusahkan pengguna dan bertentangan dengan amalan di kebanyakan negara.

Malah, peraturan itu dikatakan tidak sesuai di negara seperti Malaysia yang mengalami cuaca panas sepanjang tahun dan mendedahkan pemandu serta penumpang kepada panas keterlaluan.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

CEO MAS didesak letak jawatan

Posted: 16 May 2014 11:14 AM PDT

Subang Jaya: Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya didesak meletak jawatan selepas gagal membawa keuntungan kepada syarikat penerbangan itu bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Turut diminta bertanggungjawab adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS Aerospace Engineering (MAE), Azhari Mohd Dahlan dan Pengarah Sumber Manusia MAS, Zahrah Zaid, yang mula bertugas bersama syarikat itu pada awal tahun 2012.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Penerbangan Malaysia (MASEU), Mohd Jabbarullah Abd Kadir, berkata bagi menyelesaikan isu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil bagi memastikan MAS dapat melakukan proses transformasi.

Katanya, adalah sesuatu yang pelik apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Tengku Azmil Zaharuddin Raja Abdul Aziz, mampu mencatat keuntungan tetapi selepas Jauhari mengambil alih, sebaliknya pula yang berlaku.

"Idris menyertai MAS dalam keadaan syarikat mencatat kerugian RM1.3 bilion pada tahun 2005 selain harga minyak jet dunia yang tinggi, namun beliau dan Azmil masih mampu mencatat keuntungan RM136 juta pada 2006, RM851 juta (2007), RM244 juta (2008), RM490 juta (2009) dan RM237 juta pada 2010.

"Masalah bermula pada 2011 apabila syarikat kembali rugi sehingga tahun lalu dan keadaan bertambah buruk apabila MAS semalam (kelmarin) mengumumkan kerugian RM443 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini," katanya pada sidang media Pejabat MASEU di sini, semalam.

Keadaan tambah buruk selepas wujud cadangan agar MAS menjual MAE yang dianggar bernilai RM7 bilion bagi membolehkan syarikat memberi lebih tumpuan kepada aktiviti perniagaan terasnya.
Moral kakitangan turun

Jabbarullah berkata, ketika ini moral kira-kira 19,500 kakitangan syarikat itu berada dalam keadaan paling rendah malah setiap hari ada kakitangan kabin meninggalkan MAS selepas berasakan masa hadapan mereka tidak lagi menentu.

"Malah, 30 jurutera yang baharu tamat latihan meletakkan jawatan baru-baru ini selepas bimbang dengan masa hadapan MAS yang dilihat tidak menentu selagi tidak berlaku perubahan dalam kepimpinan atasan.

"Saya berharap pengurusan kanan asal MAS diberi peluang menguruskan syarikat kerana mereka adalah individu paling layak, tindakan membawa individu bukan dari bidang penerbangan bakal merosakkan lagi syarikat," katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan komen Jauhari gagal selepas beliau tidak menjawab panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS)