Hujan renyai iringi jenazah

Hujan renyai iringi jenazah


Hujan renyai iringi jenazah

Posted: 27 May 2014 11:51 AM PDT

Kulaijaya: Cuaca redup dan hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, di sini, semalam.

Jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak tiba di rumah ayahnya di Taman Scientex, di sini, jam 6 pagi sebelum dibawa ke Masjid Kampung Rahmat di sini untuk disembahyangkan. Ahli keluarga, sahabat handai serta rakan sepasukan hadir memenuhi tanah perkuburan sejak awal pagi untuk mengiringi pengebumian jenazah Mohd Azuan.


Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim serta ayah dan ibu Mohd Azuan, Abdullah Mahmood, 49, serta Afidah Ehsan, 50.

Ismail yang ditemui selepas majlis pengkebumian itu berkata, kematian anggota polis itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Walaupun arwah bukan di bawah Kontinjen Johor, namun dia tetap keluarga kami dan Kontinjen Johor akan membantu bagi meringankan beban yang ditanggung keluarganya.


"Saya difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian tempat arwah bertugas menyalurkan sumbangan awal RM10,000 kepada keluarganya," katanya.


Mohd Azuan anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) IPD Kerian, Perak terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang kelmarin.

Foto

ANGGOTA keluarga Mohd Azuan menabur bunga ke atas pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Campuran ramuan sendiri

Posted: 27 May 2014 11:50 AM PDT

Kuala Lumpur: Satu sindiket pengedaran arak tiruan pelbagai jenama terkemuka dikesan mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjadikan sebuah rumah teres di Taman Segar Perdana, Cheras di sini, sebagai stor penyimpanan bahan itu sebelum dijual kepada pengusaha pusat hiburan dengan harga mencecah ribuan ringgit, semalam.

Difahamkan, bagi mengaburi pihak berkuasa dan pembeli, sindiket itu menggunakan label atau pelekat menyerupai pembungkusan botol asli yang ditempah khas oleh pihak tertentu dari luar Semenanjung Malaysia.

Sindiket terbabit dipercayai menghasilkan sendiri arak buatan mereka sendiri sebelum ia dicampurkan dengan arak berjenama bagi memastikan rasanya seakan sama dan dijual dengan harga lebih murah kepada pengusaha pusat hiburan berbanding harga sebenar pasaran.

Harga bagi arak tiruan itu bergantung kepada jenis dan jenama yang kebiasaannya dijual antara RM90 hingga RM3,400 bagi setiap kotak mengandungi setengah atau sedozen botol minuman itu.

Foto

ANGGOTA penguat kuasa merampas botol arak tiruan berjenama di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, semalam.


Kegiatan haram sindiket itu berjaya dihidu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya sebelum melakukan serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

'Aku nok gi dah...ada ore ajak'

Posted: 27 May 2014 11:47 AM PDT

Kota Bharu: "Aku nok gi dah... ada ore ajak (aku mahu pergi, ada orang ajak)". Itu ungkapan terakhir diucapkan lelaki warga emas sebelum dia benar-benar 'pergi' dijemput Illahi akibat terjatuh dalam perigi lama di rumahnya di Jalan Hospital, di sini, semalam.

Mangsa Che Ismail@ Mohamad Che Abdullah, 64, meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam perigi sedalam tiga meter sebelum disedari isterinya Maimun Ahmad, 71, pada jam 10 pagi.

Maimun berkata, tidak menyangka kata-kata suaminya yang mahu pergi menemui 'seseorang' ketika mereka berehat, petang kelmarin petanda arwah suami pergi buat selama-lamanya.

"Kami berehat sebelum arwah menyebut 'aku nok gi dah... ada ore ajak' sebelum terus beredar. Ketika itu, saya tidak merasakan apa-apa, sebaliknya menganggap ia hanya perbualan biasa.

Foto

CHE Ismail lemas dalam perigi dan (gambar kanan) anggota polis memeriksa kedalaman perigi.


"Namun, tidak sangka dalam tempoh tidak sampai 24 jam, dia benar-benar pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Misi Piala Asia 2019

Posted: 27 May 2014 10:25 AM PDT

Kuala Lumpur: "Pastikan layak ke Piala Asia 2019." Itu saranan bekas pemain negara, Khalid Ali terhadap kepimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diterajui Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam tempoh empat tahun lagi bagi memastikan skuad kebangsaan berada satu tahap lebih baik dan secara tidak langsung mengembalikan keyakinan peminat terhadap skuad kebangsaan dan badan induk itu.

Katanya, skuad negara sudah meraih beberapa kejayaan di pentas Asia Tenggara sebelum ini dengan memenangi Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA, lantas sudah tiba masanya perancangan teratur bagi membolehkan mereka melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

"Saya percaya dengan kepimpinan Tengku Abdullah yang diperkuat kehadiran muka baru seperti Datuk Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAM) akan memberikan satu lonjakan kepada skuad negara. Sasaran untuk skuad negara perlu diletakkan untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

"Beliau sudah membuktikan kemampuannya dengan melonjakkan skuad hoki negara yang kini berada di pentas Piala Dunia dan saya tidak nampak kenapa ia tidak boleh dilakukan terhadap bola sepak yang dulunya pernah menyaksikan Malaysia antara kuasa terkuat Asia," katanya.

Foto


Namun Khalid turut meminta FAM memantapkan liga domestik supaya mampu menghasilkan pemain berkualiti untuk menyarung jersi negara dan bukannya hanya setakat mewakili negeri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

Beraksi dengan Jackman

Posted: 27 May 2014 07:17 AM PDT

Meskipun karier lakonannya bermula dari bawah namun kini Fan Bingbing adalah bintang terkenal antarabangsa.

Dia bukan saja popular di negara kelahirannya, China tetapi turut mendapat tempat di Hollywood.

Bukan sekadar memiliki raut wajah jelita, Bingbing sememangnya berbakat besar. Justeru, tidak hairanlah apabila sejak tahun lalu namanya semakin mekar dan mendapat tempat di persada hiburan barat yang cukup terkenal.

Tak dinafikan, ramai pelakon di serata dunia menyimpan impian untuk mencipta nama mereka di Hollywood. Bagaimanapun ha�nya yang berbakat serta bernasib baik saja dipilih dan Bingbing tidak pernah menyangka ada peluang buatnya.

Foto

BINGBING menitikberat penjagaan wajah dan tubuh badan.


Ditemui pada pada sesi temu bual diatur sempena kunjungan Bingbing bersama dua aktor terkenal, Hugh Jackman dan Peter Dinklage ke Singapura untuk menjayakan promosi filem lakonan mereka, X-Men: Days of Future Past, baru-baru ini, dia cukup ramah dan mesra.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28