Tembelang Militan

Tembelang Militan


Tembelang Militan

Posted: 02 May 2014 04:24 PM PDT

Kuala Lumpur Beberapa pertubuhan tertentu di negara ini dikesan berselindung di sebalik misi kemanusiaan bagi merekrut dan melatih anggota militan di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak pernah menghalang, malah menggalakkan misi kemanusiaan ke luar negara, tetapi berlaku sebaliknya apabila pertubuhan itu menjadi pusat merekrut militan.

Katanya, apa yang dibimbangi, Malaysia akan dijadikan pusat bagi melancarkan kegiatan militan di rantau Asia Tenggara dan dunia selepas wujud kemungkinan anggota militan menarik orang ramai menyertai aktiviti mereka.

"Polis akan berusaha menyekat kegiatan merekrut yang antaranya dilakukan melalui media sosial, organisasi atau individu kerana kita khuatir jika tidak dihalang, ia boleh mengakibatkan ketidakstabilan masa depan negara.

Perkembangan membimbangkan

"Paling kita bimbang ada organisasi menggunakan asas misi kemanusiaan bagi melatih militan dan kerajaan tidak pernah mengizinkannya berlaku.

Kita bimbang perbuatan mereka boleh membawa tindakan di luar batas perundangan negara," katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn, di sini, semalam.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Laporan berasas prinsip keterbukaan, ketelusan

Posted: 02 May 2014 04:24 PM PDT

Laporan berasas prinsip keterbukaan, ketelusanNajib mengaminkan doa selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM, Bangi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata laporan awal berhubung kehilangan pesawat MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.

Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata, beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula segala maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.

"Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan," katanya menerusi entri terkini Facebook beliau.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Kepincangan dinilai panel bebas ICAO

Posted: 02 May 2014 04:21 PM PDT

Kepincangan dinilai panel bebas ICAOHishammuddin pada sidang media terkini Tragedi MH370 di Kuala Lumpur, semalam, bersama Houston (kanan) dan Troadec (kiri). - Foto Sairen Nafis

Kuala Lumpur: Segala kepincangan berhubung tindakan ketika insiden Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang disiarkan dalam laporan awal, bakal dinilai dan ditentukan panel bebas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya sudah menjangka akan timbul pelbagai soalan berhubung laporan itu, sejak ia didedahkan kelmarin.

Tempoh dinilai panel Bagaimanapun katanya, tempoh empat jam yang diambil untuk mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 lama atau sebaliknya akan ditentukan panel bebas yang dianggotai pakar dari pelbagai negara.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Panel rungkai kelemahan

Posted: 02 May 2014 04:20 PM PDT

Kelmarin, laporan awal mengenai kehilangan misteri pesawat MH370 dikeluarkan tetapi beberapa persoalan masih timbul di sebalik operasi mencari diteruskan dengan kerjasama baik antara Kuala Lumpur dan Canberra.

Antara persoalan itu ialah:

Setelah radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan sebuah pesawat berpatah balik dari arah barat merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac lalu, mengapa tidak terus membuat siasatan? Sebaliknya dalam laporan itu menyatakan tiada tindakan diambil ketika itu kerana operator radar mengkategorikan pesawat sebagai tidak membahayakan.

Persoalan yang timbul ialah apakah laluan itu laluan biasa untuk mana-mana penerbangan, terutama pesawat komersial?

Ia bagaikan laluan melintang.

Pihak TUDM sepatutnya menghubungi kawalan udara di Subang atau berhubung dengan juruterbang pesawat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Terpaksa kembali bekerja

Posted: 02 May 2014 04:19 PM PDT

Shah Alam: "Saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan sambilan dengan pendapat kira-kira RM30 sehari bagi menyara keluarga," kata G Subramaniam (gambar), 60.

Subramaniam, ayah kepada salah seorang penumpang MH370, S Puspanathan, 34, berkata dia terpaksa bekerja di sebuah syarikat swasta di Telok Panglima Garang, Banting bagi menampung perbelanjaan harian, yang sebelum ini ditanggung sepenuhnya oleh Puspanathan, sebagai anak sulung dalam keluarga.

"Selepas hampir dua bulan tiada khabar berita mengenai kehilangan MH370, akhirnya saya terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga walaupun keadaan kesihatan saya tidak elok. Namun, saya perlu gagahkan diri demi keluarga.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

klia2 hebat, menarik

Posted: 02 May 2014 04:16 PM PDT

klia2 hebat, menarikklia2 yang menjadi terminal penerbangan tambang murah terbesar di dunia. - Foto NST

Sepang: Malaysia mencatatkan satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara dengan bermulanya operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) secara rasmi semalam.

klia2 yang menjadi terminal penerbangan tambang murah terbesar di dunia menyaksikan penerbangan sulungnya selamat mendarat dan berlepas, masing masing pada tengah malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu mendarat di klia2 jam 12.15 tengah malam kelmarin, manakala pesawat Cebu Pacific Airways 5J502 berlepas dari lapangan terbang itu ke Manila jam 3.45 pagi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata operasi penerbangan pertama berkenaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Kita amat berbangga dengan pembukaan klia2 yang dijangka dapat menampung kirakira 22 juta penumpang pada tahun ini, sebelum meningkat kepada kapasiti sebenar lapangan terbang ini iaitu 45 juta penumpang," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pendaratan pertama oleh Malindo Air OD1027 di klia2 di sini, tengah malam kelmarin.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini