'Saya sayang kamu berdua' |
- 'Saya sayang kamu berdua'
- Rayu 100 kali
- Pecutan kecundang
- Kim Swee tak cepat melatah
- Sara mempersiapkan diri
Posted: 05 Feb 2014 10:46 AM PST KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Ashraf Muslim yang mengejutkan ramai pihak apabila bernikah kali kedua secara rahsia tahun lalu, memuat naik foto mesra bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Ashraf yang bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah, memuat naik status dan gambar berkenaan di laman sosial Facebook rasminya pada jam 3 petang semalam. "Assalamualaikum semua.. saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. saya sayang kamu berdua.. doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. "Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah," katanya dalam posting berkenaan.
|
Posted: 05 Feb 2014 10:45 AM PST Kota Bharu: Kemaruk nak berkahwin lain, seorang lelaki berubah sikap menjadi pembengis dan tergamak memukul serta mencucuh isteri sedang hamil dengan bara rokok, selain hampir memijak anak yang baru dilahirkan. Lebih memilukan, tanpa menghiraukan isterinya yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kelima, suami berusia 43 tahun itu berkahwin satu lagi dengan kekasih baru berusia 40-an. Isteri malang itu yang mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata di sebalik pelbagai penderitaan dialaminya, dia pasrah dan reda kerana percaya suaminya bertindak sedemikian di luar sedar. "Ada 'unsur' lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/06 |
Posted: 05 Feb 2014 10:44 AM PST Petaling Jaya: Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah sekitar Lembah Klang, ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka, dikejar Unit Kereta PERONDA (MPV) sejauh hampir 10 kilometer dari Bandar Sri Damansara sehingga ke Bandar Utama, di sini, semalam Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata. dalam kejadian jam 10 pagi itu, kereta suspek didekati sebuah MPV di Bandar Sri Damansara yang mahu melakukan pemeriksaan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, katanya, suspek memecut kereta sebelum dikejar MPV berkenaan dan dibantu beberapa lagi MPV lain. "Suspek memecut laju sehingga ke laluan berhampiran bangunan Sri Pentas TV3 dan di situ kenderaannya melanggar pokok sebelum terbabas di jalan. SEORANG daripada suspek terbaring selepas kereta yang dinaiki terbabit nahas.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/06 |
Posted: 05 Feb 2014 10:42 AM PST Kuala Lumpur: Tumpuan Datuk Ong Kim Swee untuk memulakan tugas bersama Harimau Malaya tidak terjejas meskipun ada pihak mempersoalkan kemampuannya selepas diberikan kepercayaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membimbing pemain senior. Bagi pengendali berusia 43 tahun itu, beliau sedar pelantikannya itu pasti mengundang rasa kurang senang segelintir pihak, namun tiada sebab untuk dirinya cepat melatah. "Ini perkara biasa. Akan timbul persoalan apabila sesiapa saja dilantik menjadi jurulatih kebangsaan, tapi saya lebih suka menumpukan kepada persiapan skuad negara dan sama ada keputusan itu nanti positif atau sebaliknya, saya perlu terima. Terpulang kepada pemerhati dan peminat bola sepak untuk menilainya," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam. Kim Swee mendapat mandat FAM mengendalikan Harimau Malaya buat sementara waktu selepas badan induk itu gagal mendapatkan khidmat pengendali berpengalaman dari Perancis Philippe Troussier untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk K Rajagobal. KIM SWEE (kanan) ketika mengemudi Harimau Muda di Sukan SEA lalu.
|
Posted: 05 Feb 2014 08:02 AM PST Biarpun ceritanya kurang tersiar di media cetak mahu pun elektronik, itu tidak bermakna nama pelakon berbakat besar, Sara Ali sudah tenggelam dalam industri seni tanah air. Gadis berusia 24 tahun ini nyata masih lagi aktif berlakon, cuma Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali lebih selesa dengan cara tersendiri. Katanya, dia lebih senang muncul dan bersemuka dengan media sekiranya ada cerita terkini untuk dikongsikan. Menolak dakwaan 'sombong' yang dilabel kepadanya gara-gara sikap kurang bersosial itu, Sara berkata, kira-kira setahun lalu dia menyepi diri daripada media kerana memberi fokus pada pembelajaran kerja di belakang tabir dalam produksi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |