Ditembak ketika minum

Ditembak ketika minum


Ditembak ketika minum

Posted: 24 Feb 2014 02:33 PM PST

Kuala Lumpur: Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dekat sini dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam ini.

Dalam kejadian di Sri Sentosa, seorang lelaki ditembak dari jarak dekat berhampiran kedai serbaneka, kira-kira 9.30 malam tadi dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan.

Di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.

Foto

Anggota polis memeriksa lokasi kejadian.

Foto

Lokasi kejadian seorang lelaki cedera parah terkena dua das tembakan di Taman Makmur, Lunas, Kulim.

Foto

Anggota polis memeriksa lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.


"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Hidung RM50,000

Posted: 24 Feb 2014 02:33 PM PST

Kuala Lumpur: Tuntutan kerjaya yang mahukan selebriti sentiasa berwajah cantik walaupun usia semakin meningkat membuatkan kebanyakan daripada mereka berbelanja besar untuk mencantikkan wajah.

Tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan sehingga lebih RM50,000 untuk mendapatkan hidung yang lebih cantik apabila hidung asal 'rosak' kerana tercedera atau mengalami masalah kesihatan.

Temu bual Harian Metro dengan beberapa selebriti yang memang menampakkan perubahan wajah yang ketara berbanding sebelum ini mendapati memang mereka berbelanja besar untuk kelihatan terus cantik, malah lebih menarik atau tampan daripada ketika usia muda.

Penyanyi, Winnie Kok atau Winnie K mengaku terpaksa melakukan pembedahan hidung di Korea dengan kos lebih RM50,000.

Foto


Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas hidungnya senget teruk akibat jatuh ketika membuat persembahan di pentas dua tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

2 beradik 'pergi' serentak

Posted: 24 Feb 2014 02:32 PM PST

Kuala Krai: Seorang ibu terkulai lemah sehingga terpaksa dipapah ahli keluarganya selepas melihat mayat dua anak perempuannya yang maut akibat kemalangan terbujur kaku atas jalan raya di simpang empat Laloh, Kilometer 98, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Haizum Ibrahim, 17, dan adiknya Asmaida Ibrahim, 14, pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Laloh dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Jelkis, Lata Rek, dekat sini, ke sekolah yang jaraknya tiga kilometer dengan menunggang motosikal Honda Wave sebelum berlanggar dengan kereta PROTON Perdana.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Haizum yang menunggang motosikal tanpa lesen keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh melanggar bahagian depan sebelah kiri PROTON Perdana dipandu pengurus bank berusia 54 tahun yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Dua beradik itu yang tidak memakai topi keledar tercampak ke atas jalan raya dan maut akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu kereta tidak cedera walaupun kereta dipandunya terbabas melanggar papan tanda.

Foto

ANGGOTA polis mengangkat mayat Haizum dan Asmaida yang maut dalam kemalangan, semalam.


Mayat anak keempat dan kelima daripada enam beradik itu dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Budu, Lata Rek,dekat sini, selepas Solat Asar, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Boon Heong ikut jejak?

Posted: 24 Feb 2014 02:32 PM PST

Kuala Lumpur: Selepas Koo Kien Keat menyerahkan surat menarik diri untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bekas rakan gandingannya Tan Boon Heong dilihat seperti mahu mengikut jejak langkahnya itu.

Biarpun tidak menyatakan secara jelas, reaksi serta riak wajah Boon Heong ketika ditemui pada sesi latihan semalam umpama memberikan petanda rakan gandingan Kien Keat sejak 2006 itu bakal membuat keputusan sama.

Seperti Kien Keat, pemain itu secara terbuka menyatakan sudah tawar hati untuk terus berada dalam skuad kebangsaan kerana menganggap kariernya seperti sudah tiada hala tuju.

Cuma yang membezakan Boon Heong dengan Kien Keat, dia masih sanggup bersabar dan menunggu kata putus Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff menerusi satu mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Foto

Tan Boon Heong


Ditanya adakah dia masih bersemangat bersama skuad negara, Boon Heong menyatakan: "Tak tahu, sudah kurang, hati saya sudah kurang. Seperti tiada arah tuju ketika ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Kahwin sebelum 30 tahun

Posted: 24 Feb 2014 02:32 PM PST

Di sebalik wajah 'jambu' dan keanak-anakan dimiliki, pelakon Zoey Rahman sebenarnya sudah pun berusia 29 tahun. Bahkan, pada umur yang kian matang itu, Zoey turut memasang impian untuk hidup berkeluarga.

Mengakui hatinya kini dalam proses mengenali hati budi seseorang, pemilik nama sebenar, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman ini berkata, dia pernah berhasrat untuk berkahwin sebelum berumur 30 tahun.

Tenang berbicara mengenai isi hatinya, Zoey akui dia tidak kisah dengan mulut orang untuk menganggap apa saja mengenai dirinya kerana yang pasti keluarga lebih tahu dan memahaminya.

"Kalau ikutkan perancangan saya sebelum ini, memang sasaran saya ingin mendirikan rumah tangga sebelum usia 30 tahun. Bagaimanapun, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.


"Apapun, tak dinafikan sekarang saya memang ada 'berkawan' dengan seseorang. Namun, bagi mencanang tahap seriusnya hubungan kami, ia masih terlalu awal. Cukuplah, kalau saya katakan kami dalam proses mengenali hati budi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25