Menari seksi ganti emak |
- Menari seksi ganti emak
- Seorang demi seorang lemas
- Adik dicampak ke laut
- Serik panggil Mat Yo
- Ibu latih cara 'catwalk'
Posted: 21 Feb 2014 11:55 AM PST SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi. Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu. Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi. Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam. Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.
"Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan selera itu. "Semua 15 penari dan penyanyi berusia antara 15 hingga 50-an iaitu tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut. "Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis berkenaan turut ditahan," katanya. Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa. Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penari. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22 |
Posted: 21 Feb 2014 11:43 AM PST Segamat: "Pada mulanya, seorang daripada kami terjatuh ke dalam sungai dan ketika nak menyelamatkannya, seorang demi seorang jatuh akibat tergelincir dari tebing yang runtuh." Demikian kata Mohamad Shahrul Abdul Halim, 14, mengenai tragedi yang menyebabkan lapan rakannya terjatuh ke dalam Sungai Muar dan dikhuatiri lemas di Buloh Kasap, di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam, Sehingga jam 8 malam tadi, mayat tiga daripada mangsa sudah ditemui, manakala usaha mencari lima lagi masih dilakukan pihak berkuasa sehingga jam 11 malam. Mayat Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16, ditemui pada jam 3.29 petang diikuti Mohd Zikri Zaidi, 14, pada jam 3.41 petang dan Nazrul Aminuddin Zamri, 15, pada 4.22 petang. PASUKAN bomba mengangkat mayat yang di jumpai di sungai Muar. SAIPUL Mazlan, abang salah seorang mangsa, pengsan selepas melihat mayat adiknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22 |
Posted: 21 Feb 2014 11:31 AM PST Seberang Jaya: "Masih terngiang-ngiang suara adik merayu sambil menangis kelaparan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. "Lebih menyedihkan, mayatnya dicampak ke laut begitu saja di depan mata saya kerana kapal yang kami naiki tak boleh berpatah balik," kata Salamatullah Zaitusong, 12, antara kanak-kanak pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara ini dari kampung halamannya di Rakhine (Arakan), Myanmar, tiga bulan lalu. Menurutnya, adik lelakinya yang berusia tujuh tahun itu meninggal dunia disebabkan kelaparan pada hari keenam pelayaran berikutan mereka tidak membawa makanan mencukupi akibat kesempitan wang. Katanya, sebelum bertolak, mereka berdua yang mengikuti bapa saudara ke negara ini hanya membawa sebotol air mineral dan tiga bungkus roti sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 12 hari. SALAMATULLAH ZAITUSONG
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22 |
Posted: 21 Feb 2014 09:23 AM PST Kelana Jaya: Jurulatih Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee sudah tidak mahu ambil 'pusing' mengenai ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha apabila menegaskan hanya mahu memberikan fokus terhadap mereka yang benar-benar berminat menyarung jersi negara. Katanya, beliau tidak tahu mengenai alasan peribadi Norshahrul atau turut dikenali Mat Yo untuk meminta pengecualian daripada menjalani latihan pusat kebangsaan selain daripada urusan menunaikan umrah pada 3 Mac depan. "Saya tidak tahu alasan peribadinya (Norshahrul) kerana dia hanya memaklumkan kepada pengurus pasukan (Datuk Seri Subahan Kamal). Menerusi perbualan telefon sebelum ini, saya memintanya datang melaporkan diri (Rabu lalu) dan membawa bersama surat, selepas itu dia boleh mendapat pelepasan, tapi dia tidak datang. "Saya tidak kecewa dengan tindakannya, bagi saya sesiapa yang gagal hadir untuk menyarung jersi negara bermakna mereka tidak berminat. Kita mempunyai alasan tersendiri tapi yang mustahak di sini keutamaan kepada negara. Saya tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan Mat Yo kerana kita masih mempunyai Bobby (Gonzales), Ahmad Fakri (Saarani), Safee Sali dan Baddrol Bakhtiar," kata Kim Swee semalam. KIM Swee (kanan) hanya mahu fokus terhadap pemain yang benar-benar ingin sarung jersi negara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/22 |
Posted: 21 Feb 2014 05:50 AM PST Kehadiran bintang muda berbakat besar jelita ini cukup menjadi perhatian umum. Tidak keterlaluan jika gadis bernama Izara Aishah Hisham berusia 22 tahun dan mesra disapa Izara ini disenaraikan sebagai antara selebriti wanita tempatan tercantik. Sememangnya tidak menghairankan apabila gelaran itu diberikan kepadanya kerana sejarah pembabitan Izara di lapangan lakonan juga bertitik tolak daripada sebuah pertandingan ala ratu cantik yang melahirkan ramai selebriti wanita popular iaitu Dewi Remaja. Pada final Dewi Remaja 2009/2010, Izara diumumkan sebagai pemenang tempat kedua sementara juaranya adalah seorang lagi pelakon jelita iaitu Neelofa. Memiliki kecantikan asli, gadis yang jarang sekali dihimpit berita kontroversi ini baru muncul de�ngan filem terbarunya, Sejoli yang mula menjengah pawagam, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |