Bent musnah impian Moyes |
- Bent musnah impian Moyes
- Perayu jalanan pasif
- Curi tulang mayat
- Disergah ketika 'memancing'
- Keliru hala tuju filem kita
Posted: 09 Feb 2014 02:25 PM PST CORAK permainan yang lebih mantap pada separuh masa kedua tidak mencukupi bagi Manchester United yang seri 2-2 pada pertemuan dengan Fulham di Old Trafford hasil jaringan Darren Bent pada saat akhir. Fulham mengejutkan tuan rumah apabila Steve Sidwell berjaya menewaskan penjaga gol David de Gea pada minit ke-19 untuk jaringan pertama perlawanan. United berdepan kekalahan kesembilan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebelum Robin van Persie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78. Kemenangan seolah-olah memihak pasukan tuan rumah apabila United mendahului perlawanan buat pertama kali hasil jaringan Michael Carrick dua minit selepas itu.
|
Posted: 09 Feb 2014 10:46 AM PST Kuala Lumpur: Kehadiran bayi dan kanak-kanak dipangku pengemis khususnya warga asing bagi menagih simpati orang ramai terutama di sekitar Lembah Klang yang dilihat bersikap pasif menimbulkan tanda tanya, mungkinkah bayi dan budak malang itu sudah diberi bahan khayal? Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun ke bawah itu berada dalam keadaan longlai dan diam walaupun dipangku atau diriba berjam-jam dan ini sangat meragukan berbanding keadaan normal budak seusia mereka yang aktif dan ceria. Lebih menimbulkan persoalan apabila si comel dikendong pengemis yang diragui sama ada anak mereka atau bukan di merata-rata tempat termasuk di kawasan sibuk di ibu kota dan pasar malam di pinggir bandar raya itu kedudukannya sentiasa terbaring seperti memang sudah dilatih sebegitu. Modus operandi pengemis mengendong anak menyusu botol dan tidur sambil menggoncangkan baldi kecil yang berisi syiling sudah semestinya mengundang simpati. PENGEMIS tidak menghiraukan keselamatan bayi dibawa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10 |
Posted: 09 Feb 2014 10:45 AM PST Rompin: Enam lelaki termasuk remaja berusia antara 14 hingga 43 tahun yang cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 di sini, ditahan malam kelmarin. Mereka dipercayai cuba mencuri tulang mayat itu untuk digunakan bagi tujuan perubatan ditahan polis dan penduduk kampung kira-kira jam 9 malam. Tindakan mereka itu disedari seorang penduduk kampung yang curiga dengan kelibat beberapa individu yang berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan. Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung. KEADAAN kubur yang digali penceroboh.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10 |
Posted: 09 Feb 2014 10:45 AM PST Banting: Seorang penagih dadah ditahan selepas cuba mencuri wang daripada tabung sebuah masjid di Telok Datok, di sini, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai berasal dari Shah Alam itu dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang melakukan rondaan di kawasan Masjid As Syariff berkenaan apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dalam masjid itu. Menurut sumber, sebaik saja anggota SRS terbabit masuk dalam masjid itu untuk memeriksa, lelaki terbabit dilihat leka 'memancing duit' dalam tabung menggunakan sebatang lidi yang dilekatkan dengan gula-gula getah tanpa menyedari kehadiran anggota berkenaan. "Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas," katanya. SUSPEK diserahkan kepada polis selepas ditahan, semalam. SUSPEK dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10 |
Posted: 09 Feb 2014 10:45 AM PST Industri kreatif menjadi sektor terpenting dalam tranformasi ekonomi negara, namun pengisian filem dan drama tempatan didakwa segelintir pihak ketandusan nilai seni. Pada waktu sama, hala tuju filem tempatan sukar diramalkan gara-gara kutipan tiket di pawagam tidak memberangsangkan mutakhir ini, sementara penghasilan drama pula masih mencari-cari identiti kerana sering akur dengan tuntutan komersial dan cita rasa penonton. Jika sebelum ini Soal Jawab sering mengutarakan isu hangat terutama berkaitan arus politik tanah air, tetapi awal 2014 ini program bual bicara TV3 itu menampakkan perubahan apabila turut memberi tumpuan pada dunia hiburan tempatan untuk dibicarakan dan dikupas secara lebih serius. Dikendalikan Norzie Pa'Wan Chik dan Izwan Azir Saleh, Soal Jawab bertajuk Drama Dan Filem Tempatan Dari Mana Hendak Ke Mana me�ngundang panel terdiri daripada Pengarah juga Produser Excellent Pictures, Ahmad Idham Nadzri; Ketua Program Pe�ngajian Pasca-Siswazah Kerusi P Ramlee (Aswara) juga Aktivis Teater, Prof Madya Dr Rohani Md Yousoff dan Pengarang Rencana Metro Ahad juga Penganalisis Hiburan, Adam Salleh.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |