Arsenal tebus maruah |
- Arsenal tebus maruah
- Kosmetik online beracun
- Tersepit besi longkang
- 'Ini semua mengarut'
- Tidak berhenti mengharap
Posted: 16 Feb 2014 10:53 AM PST ARSENAL tidak mensia-siakan peluang membalas dendam terhadap Liverpool dengan kemenangan 2-1 pada saingan Piala FA di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Pada saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, Arsenal dibelasah 5-1. Namun, Arsenal jelas mengawal permainan kali ini selepas mendahului 2-0 sejurus selepas babak kedua bermula. Oxlade-Chamberlane menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 sebelum mencipta peluang bagi Lukas Podolski menyumbang gol kedua.
Dengan kemenangan ini, Arsenal layak ke pusingan suku akhir dan bakal berdepan Everton di laman sendiri. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17 |
Posted: 16 Feb 2014 10:27 AM PST Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun. Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan 'jaminan kualiti produk' serta pelbagai 'testimoni pengguna', di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari. Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas. "Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17 |
Posted: 16 Feb 2014 09:22 AM PST Kuala Terengganu: Seorang murid tahun satu terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kaki kirinya tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam. Ibu mangsa, Noor Azlin Ibrahim, 39, berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu dia memandu kenderaan pelbagai guna PROTON Exora bersama dua anak, Nurhanisma Mahirah Mohd Jusrizal, 7, dan Mohd Hanis Auni, 5, untuk mengambil anak sulungnya Noor Khairina, 12, di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, di Jalan Sultan Omar, di sini. Menurutnya, sebaik menjemput Noor Khairina dia menuju kedai berhampiran membeli roti untuk minum petang bersama anak di rumahnya di Jalan Tekukur, di sini. Katanya, sebaik sampai di kedai berkenaan dia tidak sedar kereta diletakkan berhampiran penutup longkang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17 |
Posted: 16 Feb 2014 09:02 AM PST Kuala Lumpur: Penyertaan Harimau Muda A dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa kehadiran skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menyebabkan liga itu terdedah kepada kegiatan sindiket perjudian di Asia. Dakwaan itu dibuat pakar analisis mengatur perlawanan antarabangsa yang juga penulis buku The Fix dan The Insider's Guide to Match Fixing, Declan Hill kepada Fairfax Media yang disiarkan oleh www.brisbanetimes.com.au semalam. Hill berkata, syarat penyertaan ke atas Harimau Muda A mencetuskan tanda tanya apabila skuad bawah 23 tahun itu akan diberikan mata dalam perlawanan liga namun tidak layak untuk ke final merebut kejuaraan. "Jika anda mempunyai pasukan yang beraksi dalam liga anda, mereka sepatutnya diberi peluang untuk merebut kejuaraan, jika tidak anda akan tertanya-tanya apakah tujuan mereka bermain," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17 |
Posted: 16 Feb 2014 05:11 AM PST Masih ramai yang berteka-teki siapakah sebenarnya jejaka kacak yang semakin mencuri tumpuan ini. Nama pentasnya, Mark Adam mencetuskan pelbagai tanda tanya yang turut mempersoalkan kewarganegaraan pendatang baru itu. Maklumlah sekarang ini isu berkenaan cukup hangat namun hakikatnya yang jelas Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 35, sudah berstatus penduduk tetap di negara ini sejak 2012. Berasal dari Cebu, Filipina, dia perlahan-lahan mengorak langkah sebagai penyanyi yang menjadi minatnya sejak kecil. Bukan sekejap dan andai saja tiada kecekalan di hati, mungkin dia sudah pulang semula ke kampung halamannya. Apapun, sudah takdir buat penyanyi lagu Pencuri ini apabila bukan saja dipertemukan jodohnya, malah akhirnya melakar kejayaan tersendiri menerusi muziknya di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |