Teksi eksekutif ‘ceroboh’ LTAS |
- Teksi eksekutif ‘ceroboh’ LTAS
- Tuntutan RM4.4j tertangguh
- Qobin terus misi tawan puncak ketujuh
- Bayi ditinggal depan rumah
Teksi eksekutif ‘ceroboh’ LTAS Posted: 26 Feb 2014 02:57 PM PST Senai: Seramai 118 pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini, mendakwa pendapatan terjejas hingga 50 peratus berikutan tindakan segelintir teksi eksekutif mengambil penumpang di kawasan berkenaan. Pemangku Yang Dipertua Persatuan Teksi LTAS, Zulkifli Ahmad, berkata masalah itu berlarutan sejak tiga bulan lalu dan pemandu teksi eksekutif masih berbuat demikian itu walaupun dikenakan tindakan pihak berkuasa. "Contohnya, tambang dikenakan teksi lapangan terbang ini ke Johor Bahru antara RM44 dan RM45 jika menggunakan laluan lebuh raya. "Bagaimanapun, teksi eksekutif mengenakan tambang sehingga RM70 hingga RM80 ke destinasi sama, malah ada pengguna mendakwa dikenakan RM130 untuk ke Johor Bahru," katanya. Dilarang ambil penumpang Pengerusi Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) Johor, Jefry Jaafar turut hadir. Zulkifli berkata, mengikut peraturan, teksi eksekutif dilarang mengambil penumpang di lapangan terbang itu yang menyediakan 118 unit teksi lapangan terbang. "Tindakan pemandu teksi eksekutif mengenakan tambang mahal memburukkan nama kami kerana pengguna menyangka mereka dinaungi persatuan ini. "Setiap hari dianggar 60 teksi eksekutif mengambil penumpang di LTAS dan mereka tetap berdegil walaupun sudah beberapa kali disaman," katanya. |
Posted: 26 Feb 2014 02:50 PM PST Kuala Lumpur: Penyelesaian isu pelanggaran perintah berhubung bayaran RM4.404 juta yang difailkan bekas isteri ahli perniagaan, Datuk Rosman Ridzwan, masih buntu apabila dia gagal hadir ke mahkamah, semalam. Walaupun waran tangkap dikeluarkan, pengarah syarikat telekomunikasi itu masih ingkar. Malah, anggota polis yang dua kali ke rumahnya sejak Isnin lalu, gagal melaksanakan waran terbabit kerana defendan tiada di rumah. Yusmawati yang baru dilantik 12 Februari lalu memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang notis saman berkaitan kes itu tetapi percaya ia boleh diselesaikan secara baik. Terdahulu, Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab, berkata waran tangkap terhadap Rosman masih hidup dan meminta peguam itu menasihati defendan supaya hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes terbabit. "Kes ini adalah pertikaian. Malah, perintah (waran tangkap) juga sudah dikeluarkan. Justeru, saya meminta peguam memainkan peranan dengan menasihati defendan untuk hadir dan boleh batalkan waran tangkap," hujahnya. Sementara itu, peguam syarie, Siti Nor Aira Mat Johar, yang mewakili bekas isteri Rosman, Hayati Mohammad, memohon peguam defendan memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah pada tarikh akan datang, selain memohon lanjutan waran tangkap itu. |
Qobin terus misi tawan puncak ketujuh Posted: 26 Feb 2014 02:49 PM PST Sepang: "Pendakian kali ini ibarat percaturan antara hidup dan mati, kerana saya perlu bergantung kepada tali untuk merentasi jurang sedalam 880 meter dalam usaha menawan puncak Gunung Carsztensz Pyramid. "Saya jangka pendakian kali ini lebih mencabar berbanding Gunung Everest kerana muka bumi yang berbatu serta licin," kata pendaki negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 31, berhubung cabarannya menawan puncak tertinggi di Indonesia itu. Katanya, cubaan mendaki gunung terbabit adalah kali ketiga dilakukannya selepas kegagalan menawan puncak itu pada Ogos 2011 dan Mac 2012. Kerenah birokrasi "Antara faktor kegagalan pendakian kali pertama dan kedua itu termasuk keadaan cuaca yang tidak mengizinkan serta kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam. sebelum berlepas ke Irian Jaya, Indonesia. Tegasnya, kejayaan menawan Gunung Carsztensz Pyramid, bakal menyelesaikan Ekspedisi 7 Puncak, 7 Benua, 7 Nilai, yang dimulakannya sejak 2010 bermula dengan Gunung Everest. |
Posted: 26 Feb 2014 02:48 PM PST Butterworth: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Taman Inderawasih, Perai di sini, malam kelmarin. Bayi berbalut tuala itu ditemui seorang wanita berusia 29 tahun yang mendakwa terdengar bunyi tangisan ketika menjemur baju di hadapan rumahnya, jam 9 malam. "Wanita itu membawa bayi berkenaan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), untuk mendapatkan rawatan. "Bayi berkenaan mungkin dilahirkan di tempat lain sebelum dibersih dan ditinggalkan di hadapan rumah wanita berkenaan. "Ibu bayi itu giat dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau klinik serta hospital yang merawat wanita baru bersalin dalam keadaan mencurigakan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |