Kenduri buat peminat, penyokong

Kenduri buat peminat, penyokong


Kenduri buat peminat, penyokong

Posted: 07 Feb 2014 12:46 PM PST

SHAH ALAM: "Kami ucap terima kasih kepada penyokong dan pengundi dan merancang untuk mengadakan majlis kenduri bagi meraikan mereka nanti," kata Sepahtu.

Kumpulan Sepahtu dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Shahmira Muhamad (Shuib) dan Rahim Mat Ali (Rahim) muncul juara final Maharaja Lawak Mega 2013 selepas menewaskan empat lagi kumpulan lain, malam tadi.

Jep pula berkata: "Wang kemenangan belum difikirkan lagi untuk digunakan tapi akan diberikan sama rata. Kedudukan Rahim juga hanya untuk projek MLM 2013 dan selanjutnya kami belum dapat tentukan."

Kejutan dilakukan Sepahtu dengan komedi yang menarik dan menggeletek hati peminat memberi peluang mereka membawa pulang RM500,000 tunai dan trofi.

Foto


Tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohd Hanaffi Razak (Ajak). Mereka membawa pulang RM250,000.


Tempat ketiga membawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Bocey yang dianggotai Farid Bocik, Abam Bocik dan Achey.

Kumpulan Jambu dan Nabil yang mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Warna, Rostam Said dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anuar Salleh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

Penyokong berbalas baling objek

Posted: 07 Feb 2014 12:42 PM PST

KUANTAN: Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi.

Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.

Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.

Foto

Foto


Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.

Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang ditempatkan di stadium dapat mengawal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.

"Kekecohan hanyalah berpunca daripada provokasi kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.

"Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui, di sini.

Pada perlawanan itu, Pahang melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT
3-2.

Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol
kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain
tengah, Azidan Sarudin.

Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 2-2 dengan gol Pahang dijaringkan Matias Conti pada minit ke-13 dan Fauzi Roslan (47') manakala gol skuad 'Harimau
Selatan' dijaringkan Pablo Aimar (45+2') dan Mohd Safee Sali (72').

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

Bersalin mati

Posted: 07 Feb 2014 12:09 PM PST

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Yusliza Yakimir Abd Talib, Kalidevi Mogan Kumarappa dan Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Maut. Itu harga terpaksa dibayar dua lelaki apabila membenarkan isteri mereka bersalin di rumah tanpa kehadiran pakar perubatan moden atau bidan berpengalaman.

Dalam dua kejadian pada Jun dan Disember tahun lalu di Ampang dan Sungai Buloh, dekat sini, dua wanita berusia 30-an yang hanya 'berbidankan' suami ketika bersalin di rumah maut akibat komplikasi ketika proses kelahiran.

Mendedahkan perkara itu, seorang pakar perubatan yang enggan namanya disiarkan berkata, kedua-dua wanita terbabit boleh dianggap sebagai mangsa kepada 'trend' terkini dipromosikan pihak tertentu yang berpendirian bersalin di rumah lebih baik daripada di hospital.

Menurutnya, kaedah dinamakan AMANI itu aktif dipromosikan di dalam dan luar negara oleh kelompok tertentu di atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Foto

WANITA yang mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis ataupun pernah dibedah mempunyai risiko cukup tinggi dan tidak boleh bersalin di rumah.


AMANI adalah singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris iaitu Assisting Mothers for Active, Natural and Instinctive Birth atau membantu ibu melahirkan bayi secara aktif, semula jadi dan berdasarkan naluri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

'Saya masih sayangkan Cici'

Posted: 07 Feb 2014 12:05 PM PST

Kota Kinabalu: "Dia isteri saya yang sah dan saya masih sayangkan dia. Saya yakin dia (isteri) dipengaruhi pihak tertentu supaya menuntut cerai," kata bekas pengurus restoran, Riduan Masmud (gambar), 41, yang kecewa apabila mendakwa tindakan isterinya yang berusia 13 tahun meminta cerai itu sebenarnya dipengaruhi pihak tertentu.

Riduan yang ditemui Harian Metro semalam berkata, dia tidak akan menjatuhkan talak terhadap isterinya dikenali sebagai 'Cici' dan berharap wanita itu bersabar.

"Saya akan kembali dan akan merayu semula (terhadap hukuman yang dijatuhkan mahkamah)," katanya.

Riduan sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah terhadap kesalahan merogol 'isterinya' itu di Mahkamah Sesyen, Isnin lalu.

Foto


Menurutnya, berdosa bagi sesiapa saja yang mahu meruntuhkan 'masjid' dibinanya kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

Kasih ibu 100 tahun

Posted: 07 Feb 2014 11:28 AM PST

Kuala Nerang: Pengorbanan seorang ibu berusia 100 tahun menjaga anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) berusia 62 tahun, sangat menyentuh hati walaupun warga emas itu sudah lanjut usia dan uzur.

Usia melebihi satu abad tidak menghalang Meliah Md Diah menunjukkan kasih sayang terhadap anak bongsu daripada empat beradik, Abd Rahman Saud, yang hanya mampu meniarap dan boleh bercakap dengan sempurna sejak dilahirkan akibat penyakit sawan.

Meliah yang berasal dari Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing Kanan, di sini, berkata, sejak suaminya meninggal dunia 20 tahun lalu, dia mengambil alih menjaga anaknya sehingga sekarang walaupun kudratnya tidak kuat lagi.

"Nenek sedih mengenangkan nasib dia sekiranya ditakdirkan nenek meninggal dunia kerana tiga abang dan kakaknya juga sudah meninggal dunia. Dua anak nenek meninggal dunia semasa kecil manakala seorang lagi meninggal dunia ketika berusia 23 tahun.

Foto

MELIAH menyuapkan anaknya nasi.


"Kini yang tinggal hanya kami berdua menghabiskan sisa hidup bersama. Sejak kecil sehingga sekarang, Man (Abd Rahman) dilahirkan cacat kerana penyakit sawan yang dialaminya. Dia hanya mampu meniarap dan mengensot sedikit demi sedikit untuk bergerak," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08