Mayat hidup semula |
- Mayat hidup semula
- Pelakon ugut bunuh
- 15 kambing rentung di kandang
- Cabaran buat Kim Swee
- Hyper Act 'demand'
Posted: 04 Feb 2014 12:06 PM PST Kuala Lumpur: "Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap 'jenazah' saya yang disahkan sudah meninggal dunia," kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62. Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru. Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang 'hidup' semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan. Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi. ZULROZI menunjukkan bekas pembedahan di kepala ayahnya. ABDULLAH menyediakan ubat untuak rawatan kencing manis pesakitnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05 |
Posted: 04 Feb 2014 12:04 PM PST Kangar: "Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya," kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, Khamis lalu. Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan 'WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan' di laman sosial Facebook milik artis berkenaan. Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan perkara itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status lain selepas ugutan itu. Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin. MESEJ ugutan dalam laman Facebook milik Azahar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05 |
Posted: 04 Feb 2014 12:03 PM PST Alor Setar: "Saya sebak melihat 15 daripada 30 kambing peliharaan rentung akibat terperangkap dalam kandang kerana semuanya jinak dengan saya. "Paling menyedihkan apabila jiran memberitahu terdengar bunyi bising seperti kambing menggelupur dalam kebakaran itu," kata Zaini Zain, 51, selepas kandang kambingnya di Lorong Suri, Jalan Pegawai, di sini, terbakar kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, dia yang sedang bekerja syif malam sebagai pengawal keselamatan di Indah Water Konsortium (IWK), di sini, terkejut apabila menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan kandang kambingnya terbakar. "Kebanyakan kambing itu sudah cukup umur dan sedia untuk dijual, malah saya bersyukur penduduk kampung sempat menyelamatkan sebahagian kambing di kandang ini dan hanya 15 ekor saja terselamat. ZAINI menunjukkan kambing yang rentung selepas kandang terbakar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05 |
Posted: 04 Feb 2014 11:08 AM PST Kuala Lumpur: Tugas berat bakal menanti Datuk Ong Kim Swee untuk membuktikan beliau layak membimbing skuad Harimau Malaya selepas ada yang berpendapat hanya jurulatih import bekemampuan membawa pasukan negara ke peringkat lebih tinggi. Bukan mahu menidakkan kemampuan jurulatih tempatan tapi bagi bekas pemain kebangsaan Khalid Ali, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) harus mencari jurulatih import untuk jawatan tetap bagi program jangka masa panjang. "Saya fikir buat masa ini belum ada jurulatih tempatan layak membimbing skuad kebangsaan kerana kita tidak mempunyai pemain berkualiti. Takkan kita asyik nak bercakap mengenai misi menang Piala AFF dan Sukan SEA saja, kita juga mahu layak ke Piala Asia dan mungkin juga Piala Dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang. "Apa yang saya perkatakan ini berdasarkan pengalaman, saya pernah beraksi di bawah kendalian jurulatih import dan tempatan sebelum ini," katanya yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama sembilan tahun pada pertengahan 70-an hingga 80-an. Kim Swee
|
Posted: 04 Feb 2014 07:16 AM PST Masih terngiang-ngiang malam Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) lalu yang semestinya meninggalkan kenangan bermakna baik penyanyi bertanding mahupun pengikut industri muzik sekalipun. Pertama kali menaiki pentas penuh berprestij himpunan penyanyi handalan itu, 'band' Hyper Act tentu sekali antara yang paling gembira berikutan kemenangan tempat kedua begitu indah buat mereka. Mana tidaknya, tepukan gemuruh yang luar biasa serta penonton turut sama menyanyikan lagu berhantu mereka Hanya Aku membuktikan band berkenaan sedang meniti kemuncak selepas bertahun lama menantikan momen itu. Terbayar segala penat-lelah selama ini berkarya di mana awalnya penubuhan 'band' dianggotai enam sahabat karib hanya suka-suka dan atas dasar sehidup sejiwa mencintai muzik.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |