BR1M 3.0 dilancar 22 Februari |
- BR1M 3.0 dilancar 22 Februari
- Seri Paduka titah tentera pelihara nama baik
- Elaun untuk guru BI cemerlang
Posted: 08 Feb 2014 03:24 PM PST Taiping: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dilancarkan pada peringkat nasional pada 22 Februari ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, pengagihan BR1M pada peringkat Parlimen pula akan dilaksanakan sehari selepas itu. "Bagi BR1M kali ini, setiap penerima akan mendapat bantuan sebanyak RM650 serta insurans RM50, iaitu bernilai RM700 secara keseluruhan. "Ini adalah janji kita dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, iaitu dalam tempoh lima tahun penerima BR1M akan menerima sehingga RM1,200 seorang," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah Wisma UMNO Bahagian Bukit Gantang di Simpang di sini, semalam. Wisma setinggi tiga tingkat yang akan dibina di atas kawasan seluas 0.4 hektar bernilai RM5 juta itu lengkap dengan pejabat UMNO bahagian, dewan serba guna dan lot kedai dijangka siap dua tahun lagi. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, anggota EXCO kerajaan negeri serta beberapa pemimpin kanan UMNO negeri. Langkah baru ringan beban |
Seri Paduka titah tentera pelihara nama baik Posted: 08 Feb 2014 03:19 PM PST Port Dickson: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memelihara imej dan tingkah laku supaya pasukan itu sentiasa diberi penghormatan masyarakat. Baginda bertitah, disiplin ketenteraan yang menjadi teras institusi ketenteraan, perlu dipatuhi sepenuhnya supaya reputasi ATM sentiasa terpelihara dan dipandang mulia. "Beta menasihati kadet ATM terus berusaha menimba ilmu pengetahuan, sama ada ilmu ketenteraan atau pengetahuan semasa supaya dapat mengekalkan kredibiliti sebagai seorang pegawai, sekali gus mengangkat martabat ATM," titah baginda pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-76 di Kolej Tentera Darat (KTD) di sini, semalam. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat berkenaan. Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Terdahulu, Seri Paduka berdua mencemar duli menyempurnakan istiadat perbarisan itu yang diketuai Pegawai Rendah Kanan, Nor Ikhmar Madarsa yang turut diumumkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-76. Manakala Pegawai Rendah Muda, Mohamad Shafiq Ramzan diumumkan sebagai Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan Tauliah Jangka Pendek Ke-76. Seramai 59 Pegawai Kadet berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat. Kumpulan pegawai kadet itu adalah siri terakhir yang akan diuruskan oleh KTD. |
Posted: 08 Feb 2014 03:15 PM PST Pagoh: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti pemberian insentif baru kepada guru Bahasa Inggeris yang memiliki penguasaan tahap sangat tinggi iaitu C1 dan C2, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian insentif itu berikutan pemansuhan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) mulai Disember lalu. Kemuka syor kepada PM |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |