Anak tempatan disebut calon |
- Anak tempatan disebut calon
- MISI JEJAK DINOSAUR: Wartawan temui lokasi
- Berjaya Corp serah RM500,000
- YKN beri bantuan RM20,000
Posted: 22 Feb 2014 02:55 PM PST Mukah: Ketika nama Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, disebut bakal mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beberapa nama anak tempatan, turut dicanang sebagai calon Barisan Nasional (BN). Antara nama yang disebut penduduk tempatan di DUN Balingian ialah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak, Akit Sebli, yang juga Naib Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Balingian. Beberapa nama lain turut disebut ialah Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (PELITA), Datuk Sulaiman Husaini; Pegawai Daerah Dalat, Yusibnosh Balo; pegawai bank, Abdullah Zaini serta Pengerusi Eksekutif Hornbill Skyways Sdn Bhd, Datuk Aidan Wing. "Sebagai anak tempatan, semua nama itu memang cukup dikenali di kawasan DUN Balingian ini tetapi tidak pasti sama ada mereka berminat untuk menceburi politik kerana masing-masing memegang jawatan yang baik dalam kerajaan dan swasta. "Selain tiga nama itu, ramai juga yang beranggapan Aidan tidak perlu lagi bertanding kerana sebelum ini beliau pernah menjadi wakil rakyat di Lambir, Miri," kata sumber. Pada masa sama, nama Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, turut disebut-sebut akan meneruskan legasi bapanya di DUN Balingian. Ketika ditanya kemungkinan pucuk pimpinan memilih Juanda, sumber itu berkata beliau yakin pengundi Balingian, menyokong penuh tokoh agama itu. |
MISI JEJAK DINOSAUR: Wartawan temui lokasi Posted: 22 Feb 2014 02:53 PM PST Maran: Selepas melakukan penjelajahan kira-kira 850 kilometer sejak Rabu lalu, merangkumi empat daerah iaitu Kuantan, Maran, Temerloh dan Bera, wartawan dan jurugambar BH akhirnya sampai ke destinasi yang berkemungkinan besar lokasi penemuan fosil dinosaur spinosaradae. Bagaimanapun, BH tidak dapat mendedahkan lokasi itu kepada umum bagi menghormati keputusan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang hanya membuat pengumuman mengenainya selepas kajian selesai. Perkampungan itu juga terletak di pesisiran Sungai Pahang dan lokasinya cuma boleh diakses menggunakan kenderaan jenis pacuan empat roda (4x4) manakala kawasannya dikelilingi ladang kelapa sawit milik persendirian. Jika Khamis lalu BH boleh menghulu ke Sungai Pahang menggunakan bot sehingga ke sempadan Paloh Hinai, pastinya lokasi terbabit ditemui lebih awal memandangkan ia berada kirakira 100 meter dari tebing Sungai Pahang. Ikuti catatan hari keempat dalam akhbar BH hari ini |
Posted: 22 Feb 2014 02:52 PM PST Kuala Lumpur: Berjaya Corporation Berhad (Berjaya Corp) menyerahkan sumbangan RM500,000 kepada Media Prima Berhad (MPB) bagi menjalankan pelbagai kerja kebajikan. Replika cek tajaan itu diserahkan Pengerusinya, Tan Sri Vincent Tan kepada Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat MPB, Datuk Ahmad A Talib, sempena sambutan Berjaya Founder's Day (BFD) keempat, di ruang legar Berjaya Times Square, semalam. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Vicent dan sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin," katanya. |
Posted: 22 Feb 2014 02:27 PM PST Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menghulurkan bantuan RM20,000 kepada pengacara televisyen program Makan Angin, Adzriefaiz Adzlan, bagi menampung kos rawatan anaknya, Adra Afieya, 7, bulan. Sumbangan bagi meringankan beban keluarga Adzriefaiz atau dikenali sebagai Faiz, selepas dipaparkan menerusi laman sosial. Faiz memaparkan derita anaknya yang menghidap penyakit kronik Biliary Atresia, lebih sebulan lalu. Bantu ringan beban Beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban ditanggung Faiz sekeluarga selain menampung perbelanjaan pembedahan pemindahan hati Adra Afieya, membabitkan kos RM500,000. "Saya menyeru lebih ramai menghulurkan bantuan termasuk badan korporat bagi membolehkan bayi ini menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura," katanya selepas melawat bayi itu. Beliau turut menghulurkan sumbangan cenderahati kepada tiga pesakit kanak-kanak di wad 7PA, PPUM. Sumbangan YKN adalah bantuan di bawah peruntukan dana spesifik-Bantuan Khas Perubatan yang diperkenalkan pada 2012. Sejak itu sebanyak RM436,000 disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Sementara itu, Perunding Pediatrik PPUM, Profesor Dr Lee Way Seah, berkata Adra Afieya baru selesai menjalani pembedahan menyambungkan saluran hempedu kepada hati. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |