'Biar anak mati dulu'

'Biar anak mati dulu'


'Biar anak mati dulu'

Posted: 03 Feb 2014 10:49 AM PST

Johor Bahru: "Saya sudah tua serta uzur, tapi saya berdoa mudah-mudahan Allah panjangkan umur saya dan jika boleh, biarlah anak saya yang mati dulu."

Itu harapan warga emas dikenali sebagai Samsiah, 75, dari Tampoi, di sini yang berdepan pelbagai kesukaran menjaga dua anak lelaki orang kelainan upaya (OKU).

Samsiah berkata, dia bukan mahukan dua anaknya yang berusia 29 dan 55 tahun itu mati cepat, tapi bimbang tiada orang yang menjaga mereka apabila dia meninggal dunia kelak.

"Saya amat menyayangi mereka serta tidak mahu mereka hidup menderita dan terbiar apabila saya sudah tiada. Kini, walaupun serba kekurangan, kami tidak sanggup berpisah dan akan terus menghadapi ujian Allah SWT ini bersama-sama," katanya.

Foto

SAMSIAH bersama dua anaknya yang tidak mampu menguruskan diri.


Samsiah berkata, nasib ketiga-tiga mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana tidak lama selepas kehilangan ketua keluarga tiga tahun lalu, dia berdepan masalah kesihatan menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04

Linangan air mata

Posted: 03 Feb 2014 10:48 AM PST

Kota Kinabalu: Linangan air mata mengakhiri episod bekas pengurus restoran yang akhirnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol 'isterinya' yang berusia 12 tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh Riduan Masmud, 41, yang hadir dengan memakai kemeja-T dan seluar jean gelap dilihat menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas Hakim Ummu Khaltom Abd Samad menilai segala hujahan bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum menjatuhkan hukuman.

Dalam penghakimannya, Ummu Khaltom berkata, hukuman dijatuhkan itu sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan alasan perkahwinan untuk melepaskan diri selepas melakukan kesalahan rogol.

"Tertuduh sebagai individu dewasa boleh berfikiran waras dan matang sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa yang juga kanak-kanak dengan usia 12 tahun enam bulan.

Foto

RIDUAN memeluk anak dan isterinya selepas dijatuhkan hukuman penjara, semalam.


"Malah, perbuatan tertuduh meninggalkan kesan terhadap mangsa dari segi tekanan perasaan dan emosi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04

Khianat bakar patung

Posted: 03 Feb 2014 10:48 AM PST

Shah Alam: Polis memburu tiga lelaki bertopeng yang membakar patung dalam muzium lilin pertama negara, Red Carpet@i-City selepas meneliti bukti dikemukakan i-Berhad ketika membuat laporan polis mengenai kejadian berlaku Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada i-Berhad berhubung kejadian itu bersama rakaman kamera litar tertutup (CCTV) muzium berkenaan pada 29 Disember lalu.

"Polis meneliti rakaman berkenaan yang diserahkan syarikat itu dan gerakan memburu tiga lelaki memecah masuk muzium sebelum membakar patung berkenaan, kini giat dijalankan.

"Mereka yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api," katanya.

Foto

RAKAMAN CCTV menunjukkan tiga suspek membakar patung di muzium lilin.

Foto

RAKAMAN CCTV menunjukkan tiga suspek membakar patung di muzium lilin.

Foto

RAKAMAN CCTV menunjukkan tiga suspek membakar patung di muzium lilin.


Sementara itu, i-Berhad dalam kenyataan dikeluarkannya di sini, semalam, menyatakan muzium itu beroperasi seperti biasa dengan hanya menutup bahagian utama pameran untuk kerja baik pulih.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04

'Lupakan Troussier, Kim Swee kan ada'

Posted: 03 Feb 2014 10:25 AM PST

Kelana Jaya: Lupakan Philippe Troussier dan berikan peluang kepada Datuk Ong Kim Swee untuk membuktikan kemampuannya membimbing skuad Harimau Malaya.

Keputusan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam selepas mereka mengesahkan tiada lagi rundingan untuk mendapatkan khidmat pengendali dari Perancis itu apabila rundingan diadakan minggu lalu gagal mencapai persetujuan.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Kim Swee akan kekal sebagai jurulatih sementara namun tidak menafikan peluang jurulatih Harimau Muda itu untuk dilantik secara tetap jika skuad kebangsaan mencapai keputusan positif sepanjang tahun ini termasuk ujian awal perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Filipina pada 1 Mac ini sebelum berdepan Yaman dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 empat hari kemudian.

"Memang kami ada mengadakan perbincangan dengan Troussier minggu lalu, tapi tidak mendapat seperti apa yang diinginkan jadi kami sudah tidak mahu 'memburunya' lagi. Memang kami akan ada tambahan calon (jurulatih import) daripada 42 calon asal tapi buat masa ini biarlah Kim Swee melaksanakan tugas diberikan.

Foto

Kim Swee (kiri) dilantik jurulatih sementara Harimau Malaya.


"Kami yakin dengan kemampuannya, siapa tahu beliau akan menjadi ketua jurulatih (tetap) selepas ini. Beri beliau peluang untuk buktikan dirinya sebagai jurulatih terbaik di Malaysia," katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04

Kembali selepas lapan tahun

Posted: 03 Feb 2014 06:03 AM PST

Lama meninggalkan bidang teater, pelakon Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin menyahut cabaran menerima tawaran daripada pihak Istana Budaya (IB) untuk melakonkan watak Permaisuri Laila Sari menerusi teater bangsawan berjudul Bidasari.

Teater yang akan dipentaskan pada 10 hingga 17 Februari ini turut menggandingkan nama-nama besar seperti Datuk Jalaludin Hassan, Nur Fathia Latif, Aiman Hakim Redza dan Hairul Azreen.

Mengulas mengenai pembabitannya, dia yang mesra dengan panggilan Kak Engku ini mengakui terpanggil untuk menerima watak berkenaan apabila ditawarkan oleh Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

"Sudah agak lama saya meninggalkan bidang teater, seingat saya kali terakhir saya berlakon teater lapan tahun lalu menerusi teater Sinbad. Perasaan ingin beraksi semula di pentas teater timbul selepas beberapa kali menyaksikan persembahan teman-teman di IB.

Foto


"Lebih mengujakan apabila Datuk Juhari sendiri menawarkan saya watak di dalam cerita yang berasal daripada kisah adaptasi cerita Melayu Klasik yang pastinya cukup popular sekitar tahun 1960-an ini di mana ia dilakonkan Datuk Sarimah Ahmad dan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04