Mampu kumpul RM1,000 sehari

Mampu kumpul RM1,000 sehari


Mampu kumpul RM1,000 sehari

Posted: 15 Feb 2014 08:39 AM PST

Kuala Lumpur: Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yang mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin 'Children's Joy Foundation' yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Foto


Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama dan jumlah sumbangan penderma.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16

Samun ketika takbir

Posted: 15 Feb 2014 08:32 AM PST

Machang: Sungguh kurang ajar apabila seorang penjenayah memeras ugut seorang suri rumah meminta supaya menyerahkan beg tangan dan barang kemas sehingga mangsa kerugian kira-kira RM28,000 dengan mengacukan pisau lipat dan menyumpah seranah ketika jemaah mengangkat takbiruntuk menunaikan solat Jumaat berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Nor Aini Mohd Nor, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah depan sedang menunggu suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 58, menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Kereta diparkir di luar masjid dalam jarak kira-kira 100 meter dan tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju Melayu serta meletakkan kain pelekat di kepala di tepi kereta dan dalam keadaan cermin tingkap kereta terbuka sepenuhnya, dia mengacukan pisau lipat sambil menyumpah seranah meminta mangsa menyerahkan barang kemas dipakai dan beg tangan yang diletakkan di kaki.

Menurut Nor Aini, dia tidak menyangka sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang tiba-tiba di parkir di belakang keretanya adalah kereta penjenayah.

Foto

NOR AINI melakonkan semula kejadian.


"Saya membuka cermin tingkap kereta kerana mahu mendengar khutbah dan berdoa. Tiba-tiba sebuah kereta di parkir di belakang kereta saya dan ketika jemaah mengangkat takbir untuk solat Jumaat muncul seorang lelaki tidak dikenali di tepi kereta mengacukan pisau lipat, malah menyumpah seranah dan meminta saya menyerahkan barang kemas dan beg tangan saya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16

Ditetak geng topeng

Posted: 15 Feb 2014 08:23 AM PST

Ipoh: Seorang lelaki maut akibat ditetak di kepala dengan parang oleh sekumpulan lelaki bertopeng ketika mangsa baru ingin memasuki kereta selepas keluar dari sebuah bank berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang menaiki kereta Proton Waja bersama tiga lagi rakannya dipercayai berhenti di lampu isyarat depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dan sebaik keluar dari bank, mangsa yang didatangi empat lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi.

Sebaik dihampiri, tiga lelaki bertopeng keluar dan menyerang mangsa dengan parang ketika mangsa baru saja mahu memasuki kereta di bahagian penumpang depan.

Mangsa yang pada awalnya cedera parah di bahagian kepala dan badan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Foto

ESWARAN (gambar kecil) yang berlumuran darah akibat ditetak di kepala cuba diselamatkan, namun meninggal dunia di wad kecemasan ketika mendapatkan rawatan.


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 9.15 pagi memaklumkan seorang lelaki ditetak di hadapan bank berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16

Pilihan tepat

Posted: 15 Feb 2014 05:28 AM PST

Kuala Lumpur: Persoalan sama ada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mampu mengharungi cabaran Kelayakan Piala Asia 2015 mungkin tidak banyak dibicarakan, tetapi apa yang kerap disebut ketika ini ialah pemain yang menjadi pilihan.

Mungkin ada yang mula membandingkan pilihan beliau dengan pengendali sebelumnya, Datuk K Rajagobal tetapi dengan senarai yang sudah dimaklumi semua, sebenarnya tidak banyak rombakan dilakukan andai peminat mengharapkan kejutan.

Pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh mengakui pilihan Kim Swee boleh dianggap tepat apatah lagi dengan musim Liga Malaysia yang baru saja bermula.

Begitupun, beliau gembira apabila pemain Pahang, Mohd Hafiz Kamal (gambar) turut diberi peluang untuk berada dalam skuad terbabit.

Foto

EMPAT pemain negara menyekat pemain Qatar pada aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam.


Hafiz mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol kemenangan sewaktu skuad Tok Gajah menewaskan Johor Darul Ta'zim 3-2 dalam saingan Liga Super baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16

Tetap mahu berlakon drama

Posted: 15 Feb 2014 03:39 AM PST

Selepas 10 tahun membabitkan diri dalam dunia lakonan, kerjaya seni Nora Danish, 32, semakin kukuh. Malah, kebelakangan ini namanya menjadi pilihan penerbit untuk memegang peranan utama dalam filem.

Kesibukannya membintangi filem sepanjang tahun lalu menyebabkan pembabitan Nora dalam drama semakin kurang hingga ramai merindui aksinya menerusi drama bersiri selepas kejayaan Tentang Dhia yang disiarkan di TV3, tiga tahun lalu berganding dengan Adi Putra.

Kali terakhir pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini membintangi drama bersiri adalah Ariana Mikhail yang disiarkan TV9.

Mungkinkah kerana popularitinya semakin kukuh sebagai pelakon filem menyebabkan Nora mengambil keputusan mengurangkan pembabitannya dalam drama?


Dari sudut lain, perkara itu dibuat bagi memastikan wajah dan aksinya lebih eksklusif di layar lebar dan tidak dilihat 'bersepah' di TV. Penonton tidak mahu membeli tiket menonton filem jika pelakon itu selalu muncul di televisyen.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/16