Azan, doa mudahkan operasi |
- Azan, doa mudahkan operasi
- 'Kami dah penat'
- Kembar empat generasi
- Rodgers gesa pemain pamer ketajaman
- 'Mana saya pergi, mesti ayah tahu'
Posted: 22 Feb 2014 10:53 AM PST Oleh NAZARALI SAERIL, FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS, SITI NADIRAH HAFIDZIN, HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR, MOHD FAHD RAHMAT dan REDZUAN MUHARAM Segamat: "Saya melaungkan azan di enam penjuru dari atas bot bomba dalam usaha untuk mengesan sama ada operasi mencari dan menyelamat baki lima mangsa diganggu atau sebaliknya. "Alhamdulillah, ketika saya melaungkan azan dan membaca doa, tiada sebarang masalah dialami pasukan penyelamat," kata Imam Masjid al-Muhajirin Buloh Kasap Samsuri Ismail, 52, semalam. Operasi mencari dan menyelamat itu disertai 133 petugas keselamatan membabitkan bomba dan penyelamat Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Ia turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pejabat Daerah Segamat. PASUKAN Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat mayat mangsa lemas, Mohd Syafiq Md Syukor yang ditemui kira-kira pukul 2.06 petang sebaik sahaja azan Zuhur untuk solat berjemaah dilaungkan. KELUARGA mangsa tidak dapat menahan sebak selepas membuat pengecaman mayat.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23 |
Posted: 22 Feb 2014 08:52 AM PST Serdang: Ketiadaan bekalan air yang masuk hari ke-13 di Taman Impian Ehsan, Seri Kembangan, terus mendatangkan masalah kepada penduduk di situ sehingga ada dalam kalangan penduduk mengalami demam dan masalah sakit pinggang. Ia berikutan mereka mengerah kudrat mengangkat air sehingga ke tingkat lima apartmen yang tidak mempunyai kemudahan lif dan bekalan air dibekalkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak mencukupi. Tinjauan Metro Ahad ke Apartmen Inang, di sini, mendapati penduduk mengambil air daripada paip air yang disambungkan SYABAS dari tangki utama sementara menunggu bekalan air dari lori syarikat itu tiba. Penduduk Mokhtar Shaari, 59, berkata, dua cucunya demam disebabkan berulang alik mengambil air di bawah apartmen dengan menaiki tangga sehingga ke tingkat lima. PENDUDUK terputus bekalan air sejak 13 hari lalu. PENDUDUK mengambil air di tepi jalan masuk Taman Impian Ehsan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23 |
Posted: 22 Feb 2014 08:22 AM PST Hulu Langat: Bertuahnya keturunan ini apabila 10 keluarga daripada empat generasi mempunyai anak kembar yang kebanyakannya seiras hingga menjadi sebutan dalam kalangan penduduk setempat. Apa tidaknya, daripada moyang hingga ke cicit, pasti ada keluarga dalam setiap generasi dikurniakan anak kembar, sama ada lelaki atau perempuan. Generasi kedua keluarga ini, Mohd Yusoff Arif, 66, berkata, tradisi kembar dalam keluarganya bermula sejak generasi datuk dan neneknya sebelum berterusan dalam keluarga ayah dan ibunya. Menurutnya, dia memiliki lapan anak hasil perkahwinan dengan Juliana, 56, yang juga sepupunya tetapi tiada yang kembar. DARI Kiri : Danish Haizad, Nur Shazlien Azzurien, Nur Shafieza Zuliera, Nur Shamiera Anniesa, Noor Syafira Izzati, Noor Syafinaz Izzati, Danish Haiqal.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23 |
Rodgers gesa pemain pamer ketajaman Posted: 22 Feb 2014 07:02 AM PST Liverpool: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menggesa pemainnya mempamerkan ketajaman serangan menjelang pertemuan menentang bekas kelabnya, Swansea City di Anfield, malam ini. Skuad The Reds kini menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris, beraksi cemerlang di tempat sendiri musim ini, memenangi 11 daripada 13 perlawanan dengan menjaringkan 38 gol sepanjang musim ini. Penyokong di Anfield disajikan aksi perlawanan menarik ketika mereka membelasah Arsenal 5-1 dan mencatat kemenangan 4-0 ke atas Everton pada dua perlawanan terakhir liga di tempat sendiri membuatkan Rodgers tidak mahu sebarang peluang terlepas ketika mereka terus mengejar pendahulu liga, Chelsea. "Pendekatan kami sangat agresif," kata Rodgers. "Kami menghadapi setiap perlawanan terutamanya setiap kali kami beraksi di tempat sendiri.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23 |
'Mana saya pergi, mesti ayah tahu' Posted: 22 Feb 2014 05:07 AM PST Kanvas seni Emma Maembong, 22, tidak pernah sepi kontroversi. Sejak mula dikenali melalui drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, dia berdepan cerita sensasi dan berlarutan hingga hari ini. Bulan lalu, Emma dikecam berikutan dakwaan bercumbu dengan 'teman rapatnya', pelakon dan juga pengacara terkenal, Zizan Razak dalam penerbangan ke Amerika Syarikat. Tidak habis di situ, dia sekali lagi diasak apabila ada individu mendakwa dirinya jiran Zizan mendedahkan, pasangan ini bersekedudukan. Kecoh pula dengan isu tinggal serumah dan ia bukan perkara kecil, apatah lagi jelas melanggar syariat dan norma budaya Melayu. Bukan maruah si pelaku saja tercalar, bahkan keluarga turut terpalit sama.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |