Jurulatih hoki wanita Sarawak kecewa

Jurulatih hoki wanita Sarawak kecewa


Jurulatih hoki wanita Sarawak kecewa

Posted: 07 Feb 2014 05:35 PM PST

by Harry Ilias. Posted on February 8, 2014, Saturday

KUCHING: Ketua Juru­latih skuad hoki wanita Sarawak, Siva Subramani­am meluahkan rasa kecewa dengan sikap beberapa sekolah yang enggan mem­beri pelepasan kepada pelajar untuk menyertai sesi latihan sebagai perse­diaan menghadapi SUKMA XVII di Perlis bermula pada 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Menurutnya, keengganan pihak sekolah berkenaan menyebabkan beliau sukar untuk merangka latihan sedangkan masa semakin suntuk.

"Saya hanya memohon agar empat pelajar yang terbabit diberi pelepasan pada hari Jumaat selama em­pat bulan agar mereka dapat menjalani latihan selama tiga hari hingga hari Ahad," ka­tanya di sini semalam.

"Sebaliknya, pihak sekolah enggan memberi kerjasama kerana tidak menggalakkan pelajar diberi pelepasan se­lama tempoh tersebut.

"Inilah masalah yang saya hadapi ketika ini dan akan menyukarkan perancangan kita menyediakan skuad hoki wanita mantap untuk menghadapi SUKMA Perlis kelak," ujarnya.

Menurut Siva, beliau telah berbincang dengan pega­wai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak mengenai perkara tersebut dan ber­harap permohonannya dapat dipertimbangkan semula pihak sekolah berkenaan.

"Saya juga berdepan den­gan masalah penarikan diri lima pemain pada saat akhir kerana faktor masih berse­kolah dan tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

"Semua pemain itu merupakan tonggak utama dan kita kehilangan besar bagi skuad kali ini," ka­tanya.

Keadaan tersebut me­maksa Siva mencari beberapa pengganti (pemain baharu) bagi melengkapkan skuad­nya sebelum berlepas ke Perlis nanti.

"Kita telah memulakan latihan sejak 1 Februari lalu, namun hanya 10 pemain yang mendaftar diri.

"Apapun saya pasti jum­lah pemain akan mening­kat dalam tempoh terdekat kerana sebahagian daripada mereka bekerja di luar Kuch­ing," jelasnya.

Skuad hoki wanita akan menghantar seramai 17 pe­main pada temasya SUKMA di Perlis kali ini.

Mereka menjalani latihan pada sebelah pagi bermula jam 6.30 hingga 9 pagi, man­akala sebelah petang bermula jam 4 hingga 7 malam di Sta­dium Hoki Sarawak.

Siva turut mengumumkan akan membawa skuad hoki menjalani latihan pendeda­han di Kuala Lumpur pada 21 hingga 30 Februari ini.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Darkness descends in Beribi as vandals disrupt electricity

Posted: 07 Feb 2014 05:26 PM PST

BANDAR SERI BEGAWAN: Thursday's blackout in the Beribi Industrial Area and its surrounding vicinity was attributed to the works of vandals, said Department of Electrical Services (DES) in a press statement yesterday, Brudirect reported.

The subsequent power disruption resulted from a vandalized eleven thousand volt distribution panel at the Main Intake Station (MIS) in Kg Kiarong. The press statement mentioned that investigations revealed a damage caused by 'irresponsible people who not only vandalized the MIS, but also stole the switchgear panel metallic cover sheets, a backup NiCD battery and an earthing cable from the station'.

Streetlamps along Jalan Perindustrian Beribi and a section of the Tungku Highway were also affected following the disruption.

It was not until 11.50pm on Thursday that electricity was restored in stages through the use of alternative sources. By 12.40am, power had been fully restored to all affected areas.

Acting Director of Electrical Services, Musa Mutali confirmed that 'vandals and thieves did the damage'. Musa also stated there was a minor electrical explosion that tripped the power supplies as a preventive measure. The explosion proved the effectiveness of safety measures that had been put in place by the DES.

According to him, three panels sustained minor damage and were still repairable. DES managed to complete repair works by 5pm yesterday. The repairs cost a few thousand dollars.

The department knew that the MIS was vandalized because only naïve people would want to open it. Musa lamented that some residents in affected areas were without electricity for two hours due to the vandals' irresponsible action. As to how the vandals were able to pull off such stunts were beyond Musa, as he said that 'you don't even have to touch it to get electrocuted because of the high voltage'.

The Acting Director added that DES was currently stepping up security measures at its facilities by fitting in metallic doors. The press statement also noted that during the blackout, DES' hotline received a flurry of complaints that resulted in thirty-minute line congestion.

DES apologized for any inconvenience caused by the outage. The department asked the cooperation of the public to report any suspicious activity at any DES facility to the department or make a complaint directly to the police. Damaging or stealing government property is an offence punishable by fine, imprisonment or both.

For more information, contact DES hotline at 144, Acting Director of DES at 8733489 or visit the department's Facebook page.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Musnah segala alatan pengajian

Posted: 07 Feb 2014 05:25 PM PST

by Jeremy Lanson. Posted on February 8, 2014, Saturday

Lapan pelajar hilang tempat berteduh dalam kebakaran rumah sewa

KUCHING: Lapan pelajar institusi pengajian tingga swasta (IPTS) bukan sahaja hilang tempat berteduh, malah turut hilang semua peralatan pengajian selepas rumah sewa yang didiami oleh mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi se­malam.

Difahamkan, insiden ber­laku di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Haji Taha, di sini di mana tingkat dua bangunan kedai terse­but musnah keseluruhannya dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4 pagi semalam.

Kesemua pelajar terse­but yang terdiri daripa­da lima perempuan dan lelaki bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak.

"Api bermula dari sebuah bilik di bahagian tengah yang kemudian merebak dengan cepat menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dari dalam bilik kami.

"Apa yang difikirkan kami masa itu hanya mahu menye­lamatkan diri masing-mas­ing," kata seorang daripada pelajar tersebut.

Menurutnya, kesemua peralatan pengajian seperti komputer riba, buku-buku rujukan dan alat-alat ele­ktronik semuanya musnah dalam kebakaran itu.

"Tiada apa yang tinggal, komputer riba, telefon bim­bit semuanya tidak sempat dibawa keluar, malah buku-buku pengajian juga semua musnah dalam kebakaran itu," katanya.

Kelapan-lapan pelajar yang berusia sekitar 20-an itu dikatakan berasal dari Sibu, Bintulu, Miri dan beberapa kawasan di luar Kuching.

Menurut jurucakap bomba, seramai 20 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Padungan bergegas ke tempat kejadian dengan diketuai oleh Pegawai Bomba Abu Bakar dan Awang Saiful.

"Jentera sampai di tempat kejadian pada jam 4.17 pagi, di mana api berjaya dikawal pada jam 4.37 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 5.09 pagi," kata jurucakap bomba berkenaan.

Menurutnya lagi, tiada ke­malangan jiwa dilaporkan.

"Punca dan anggaran keru­gian masih dalam siasatan," katanya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Ganjaran tampar Teresa, DAP buat laporan polis

Posted: 07 Feb 2014 05:24 PM PST

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak semalam membuat laporan polis terhadap Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, ganjaran daripada pihak terbabt adalah salah satu bentuk jenayah yang bukan hanya berunsur ancaman, tetapi juga ugutan jenayah.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia se­belum ini. Ganjaran ini sudah disiarkan lebih 24 jam, namun tiada sebarang tindakan diam­bil," katanya kepada pember­ita di sini, semalam.

Beberapa wakil rakyat di Sibu dan bahagian lain negeri ini turut membuat laporan polis terhadap perkara sama.

Sehingga petang semalam, ganjaran yang diberikan kepada individu berjaya menampar Teresa dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200.

Chong yang juga Ahli Parli­men Bandar Kuching berkata, tawaran terbuka seperti itu sepatutnya tidak berlaku di Malaysia.

Tambahnya, individu yang mendatangkan kecederaan kepada individu lain boleh dikenakan tindakan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa 12 jam dan sesuatu berlaku kepada Ter­esa, polis patut bertanggung­jawab kerana mengabaikan perkara ini," ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong dan ADUN Batu Kawa Cristina Chiew.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Polis siasat secara terperinci kematian pemandu lori

Posted: 07 Feb 2014 05:22 PM PST

SIBU: Polis di sini meneruskan siasatan ter­perinci berhubung kes ke­matian seorang pemandu lori yang ditemui mati se­lepas dipercayai terhimpit di antara lori dan pintu pagar kedai majikannya di Jalan Alan di sini, pagi Khamis lalu.

Keputusan bedah sia­sat dijalankan terhadap mangsa, Soo Chong Yii selesai jam 12.10 tengah hari semalam menun­jukkan punca kematiannya disebabkan kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kematian mangsa juga bukan dis­ebabkan kecederaan dala­man.

Dalam laporan akhbar, mangsa ditemui mati di hadapan pintu pagar di­percayai dihimpit lori yang dipandunya semasa dia mahu membuka pintu pagar kedai majikannya pada pagi itu.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa minta polis menjalankan siasatan lebih mendalam terhadap kes tersebut kerana mereka percaya kematian Soo bukan disebabkan kema­langan itu.

Ayah mangsa yang ditemui di balai polis memberitahu, dia pergi ke lokasi kejadian dan mendapati tiada kesan ke­rosakan pada pintu pagar atau bahagian hadapan lori dipandu anaknya.

"Tidak mungkin anak saya mati disebabkan lori yang bergerak ke hadapan semasa anak saya mem­buka pintu pagar berk­enaan, lagipun keadaan jalan di situ tidak begitu rata atau menurun sangat," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Kamal Kordi berkata kes kematian Soo belum dik­lasifikasikan sepenuhnya sehingga siasatan unit fo­rensik selesai.

Katanya, keputusan be­dah siasat menunjukkan kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di kepala.

Setakat ini, polis hanya berpandukan kepada fakta saksi yang membuat lapo­ran polis mengenai insiden tersebut.

Menurut saksi tersebut merupakan seorang ang­gota polis yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumahnya jam 2 pagi itu.

Mengikut laporan saksi, brek tangan lori berkenaan dikatakan tidak ditarik.

Bagaimanapun, KPD enggan mengulas lan­jut sebaliknya menunggu keputusan penuh daripada siasatan unit forensik.

Beliau, bagaimanapun meminta orang ramai memberi kerjasama pe­nuh dalam membantu polis menyiasat kes tersebut.

"Jika ada saksi lain, saya minta mereka tampil membuat laporan polis agar kes ini mampu disele­saikan secara lebih telus," katanya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Bekas banduan mengaku tidak bersalah menipu wanita warga asing

Posted: 07 Feb 2014 05:22 PM PST

MIRI: Seorang bekas band­uan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pagi semalam terhadap tuduhan menipu seorang wanita warga asing dan meng­gunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk tujuan menipu.

Mohamad Zulkaria Mo­hamad Sebli, 35, dari Kam­pung Pangkalan Lutong di sini didakwa atas dua tuduhan masing-masing mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 468 Kanun Kes­eksaan.

Seksyen 420 memperun­tukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta boleh disebat dan denda, manakala Seksyen 468 boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh dida­pati menipu seorang wan­ita warga Indonesia dengan mendorong mangsa supaya menyerahkan harta bagi tujuan melakukan proses permohonan taraf 'Pemas­tautin Tetap'.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi, sekitar Julai 2013 di kaki lima sebuah bank di Jalan Parry, di sini.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh didapati menggunakan dokumen palsu mempunyai kepala surat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) Bahagian Miri sebagai tulen bagi tujuan menipu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh sekitar Oktober 2013 di pejabat JPNM Bahagian Miri.

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa In­spektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes dan per­bicaraan memandangkan tertuduh mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Khairi turut mencadang­kan tertuduh dibebas dengan ikat jamin RM5,000 berserta dua penjamin tempatan.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dari Penjara Pusat Miri tahun lalu setelah menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan menipu memohon agar jum­lah wang jaminan dikurang­kan kepada RM1,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Februari ini untuk pengurusan kes dan perbicaraan pula ditetapkan pada 18 Mac.

Manakala tertuduh diper­intahkan supaya dibebas dengan ikat jamin RM3,000 berserta dua orang penjamin tempatan sementara men­unggu tarikh tersebut.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.