Kongsi foto dan menang |
- Kongsi foto dan menang
- Meninggal 'senyum' dalam solat
- Dirantai macam haiwan
- Alasan sebenar jadi tanda tanya
- Semakin memilih watak lakonan
Posted: 20 Feb 2014 01:53 PM PST KUALA LUMPUR: Pelanggan rangkaian Celcom kini berpeluang memenangi rebat kredit bernilai RM50 terus ke telefon bimbit setiap hari dengan menghantar seberapa banyak gambar menarik menggunakan platform MMS ke talian 23600. Pertandingan dikenali Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro adalah kerjasama di antara Harian Metro, Celcom Axiata Berhad dan penyedia kandungan (CP) iaitu IdotTV Sdn Bhd. Ketua Perkhidmatan Digital Celcom Axiata, Afizulazha Abdullah, berkata sebagai penyedia telekomunikasi mudah alih pertama Malaysia, pihaknya bekerjasama menganjurkan pertandingan itu menggunakan pelantar Kempen The Cube. Menurutnya, Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro menyediakan pelantar kepada masyarakat untuk berkongsi gambar menarik yang berlaku setiap hari di sekeliling mereka.
Majlis pelancaran peraduan berkenaan disempurnakan oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Afizulazha dan Pengarah Eksekutif IdottV, Firoz Mohd Noor. Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail; Ketua Bahagian Keperluan Perniagaan Celcom Axiata, Mohamad Sukeri Abdullah; Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat; Pengarang Eksekutif (Rencana), Sharifuddin Mohamed dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran), Salim Bachok. Afizulazha berkata, kempen berkenaan juga mampu mengumpulkan seberapa banyak gambar daripada pelanggan Celcom seterusnya dapat menikmati hadiah menarik daripada pihaknya. "Harian Metro akan menilai gambar yang dihantar oleh pelanggan Celcom setiap hari selama tiga bulan bermula 21 Februari sehingga 26 Mei 2014. "Hasrat menganjurkan kempen seperti ini sudah lama dirancang oleh Celcom, jadi sudah sampai masanya kami merealisasikannya berikutan rakyat lebih gemar memuatnaik gambar menggunakan telefon bimbit masing-masing," katanya. Katanya, Celcom sentiasa mengutamakan kualiti dalam produk dan kandungan dalam Portal The CUbe berbanding jumlah pengunjung. "Jika produk yang ditawarkan menarik dan berkualiti tinggi, kami percaya bukan saja pelanggan setia akan melanggan lebih banyak produk tetapi juga dapat menarik lebih ramai pelanggan baru," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21 |
Meninggal 'senyum' dalam solat Posted: 20 Feb 2014 01:53 PM PST Pasir Mas: "Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini. "Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum," kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya. Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21 |
Posted: 20 Feb 2014 01:52 PM PST Sungai Petani: Empat warga Myanmar etnik Rohingya dilayan seperti hamba abdi apabila bukan saja tidak diberi makan selama tiga hari, malah dirantai umpama binatang sejak tiba di negara ini kira-kira sembilan hari lalu. Mereka yang berusia 30-an dikurung di sebuah rumah buruk di belakang sebuah hotel di Jalan Pasar, di sini, oleh satu sindiket yang didalangi rakan senegara untuk mendapatkan tebusan daripada keluarga mangsa. Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota polis menyerbu kediaman berkenaan dan menemui semua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dengan tangan mereka dirantai. Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh sepasukan 19 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Turus D9 Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi. EMPAT lelaki yang diselamatkan polis, semalam. TEMPAT kurungan empat mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/21 |
Alasan sebenar jadi tanda tanya Posted: 20 Feb 2014 01:52 PM PST Kelana Jaya: Walaupun terkilan dengan ketiadaan penyerang Norshahrul Idlan Talaha, pengurus pasukan negara Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan pihak pengurusan tetap memberikan pengecualian kepada pemain itu daripada menyertai latihan skuad kebangsaan. Namun alasan sebenar pemain Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu tidak bersama skuad Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee masih menjadi tanda tanya apabila Subahan yang ditemui pemberita semalam enggan mendedahkan perkara sebenar. "Malam tadi dia (Norshahrul) ada bertemu dengan saya. Dia memberikan alasan untuk pergi menunaikan umrah, tapi ada satu lagi alasan sebenarnya yang menyebabkan dia tidak dapat bersama skuad kebangsaan. "Bagi saya alasan itu saya rasa biarlah dia sendiri yang menceritakannya. Memang umrah ini bagus tapi bila-bila masa kita boleh pergi dan bukan masa ini kerana kita ada misi untuk dilaksanakan. ANAK buah Kim Swee jalani latihan tanpa kelibat Mat Yo.
|
Posted: 20 Feb 2014 06:39 AM PST Usia perkahwinan mereka baru mencecah kira-kira lima bulan. Pelakon jelita Fouziah Gous dan suami, Md Zhafran Md Yusof yang juga seorang ahli perniagaan masih lagi dalam suasana berbulan madu sejak mendirikan rumah tangga pada 21 September lalu. Justeru, tidak hairanlah, Fouziah dan suaminya sering berkongsi pelbagai foto romantik mereka dalam laman Instagram, sekali gus berkongsi kebahagiaan yang dikecapi ketika ini. Antaranya, gambar dan video percutian romantik mereka ketika berbulan madu di Krabi, Thailand dengan menaiki Star Cruise, baru-baru ini. Namun, ada segelintir pihak yang seolah-olah kurang senang melihat kebahagiaan rumah tangga yang dikecapinya ketika ini dengan mendakwa dirinya ingin menunjuk-nunjuk kebahagian dan kemewahannya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |