Onar Pak Arab

Onar Pak Arab


Onar Pak Arab

Posted: 08 Feb 2014 10:43 AM PST

Kuala Lumpur: Pelacuran, dadah, pergaduhan dan prebet sapu. Itulah onar segelintir pak Arab yang semakin mendominasi kawasan Bukit Bintang di ibu kota hingga menjadikan lokasi itu bagaikan 'zon merah' di rantau Asia Barat.

Malah, siasatan Metro Ahad mendapati samseng Arab mengambil alih kuasa dari kumpulan kongsi gelap tempatan, terutama di sekitar premis di jalan utama, hingga makin berani menimbulkan pelbagai masalah sosial di kawasan yang kini turut dikenali sebagai Ain Arabia.

Sebelum ini kehadiran mereka sebagai pelancong diterima dengan tangan terbuka, namun kini tindakan segelintir samseng berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.

Kegiatan menjengkelkan itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh pemandu teksi dikenali sebagai Alim, 37, yang lebih 10 tahun memandu teksi sekitar ibu kota.

Foto


Menurut Alim, tidak dinafikan bukan semua pak Arab yang datang ke situ berniat jahat, namun sebilangan mereka turut terbabit dengan aktiviti kurang sihat, terutama pelacuran dan dadah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Koma 7 bulan

Posted: 08 Feb 2014 10:34 AM PST

Kuala Terengganu: "Saya sanggup tinggal sehelai sepinggang asalkan anak sembuh," kata Asmah Pik, 28, ibu kepada Nik Muhammad Faizul Izwan Nik Abdullah, 4, yang koma sejak tujuh bulan lalu selepas lemas di parit Kampung Alor Belanga, Besut.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu yang koma disebabkan otak gagal berfungsi, terpaksa bergantung kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk dimasukkan susu.

Menceritakan insiden malang itu, Asmah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang pada 9 Julai tahun lalu apabila anaknya keluar rumah secara senyap-senyap bersama rakan sebaya menuju ke parit 30 meter dari kediamannya.

Suri rumah itu berkata, ketika leka bermain, Nik Muhammad Faizul tergelincir sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam paras dada orang dewasa.

Foto

ASMAH dan Nik Abdullah melihat keadaan Faizul yang terlantar sejak tujuh bulan lalu.


Katanya, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pinggan sebelum berasa tidak sedap hati apabila kelibat anak bongsunya tiada di rumah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Belia tirai besi

Posted: 08 Feb 2014 10:30 AM PST

Miri: Usianya ketika itu baru 15 tahun tapi sudah menjanda dan memiliki dua anak hinggakan hidupnya terumbang-ambing termasuk pernah bersembahyang di gereja, terbabit seks bebas selain terjebak dalam kegiatan jenayah.

Itu episod hitam dalam hidup Ratnawati Abdullah, 18, (bukan nama sebenar) sebelum menerima hidayah Allah ketika dipenjarakan akibat kesalahan jenayah.

Gadis ini antara beribu-ribu remaja dan belia yang terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi akibat kesilapan dalam membuat percaturan hidup.

Ikuti kisah lanjut gadis ini selain pengalaman beberapa banduan yang terpaksa menjalani kehidupan di Penjara Lambir Miri, Sarawak dengan harapan menjadi teladan dan pengajaran kepada masyarakat terutama golongan muda.

Foto

RATNAWATI ditemu bual oleh wartawan Metro Ahad.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Fletcher idam kedudukan terbaik

Posted: 08 Feb 2014 10:04 AM PST

Manchester: Pemain tengah Manchester United, Darren Fletcher (gambar) mengakui perlu menamatkan saingan pada kedudukan terbaik apabila juara bertahan itu membuat persiapan terbaik menanti kunjungan Fulham di Old Trafford hari ini.

United berdepan kempen penuh ranjau bersaing dalam perebutan Liga Perdana Inggeris selepas meraih kejayaan meyakinkan musim lalu di bawah pengendalian bekas pengurus, Sir Alex Ferguson.

Dengan berbaki 14 perlawanan musim ini, United memiliki peluang tipis mengekalkan gelaran apabila tercicir 15 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Bagaimanapun, Fletcher pemain tengah antarabangsa Scotland menegaskan kepentingan mengaut seberapa banyak mata mungkin antara sekarang hingga Mei depan untuk cuba berada dalam empat kedudukan teratas untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Foto


"Kami perlu menamatkan saingan musim ini dengan kesungguhan dan penuh yakin," kata Fletcher.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09

Tak rela berjauhan

Posted: 08 Feb 2014 06:32 AM PST

Sewaktu kecil, kisah do�ngeng sering menjadi halwa mata dan telinganya. Betapa indah hidup sang puteri apabila bertemu cinta sejati. Kalaupun awal cerita hidup terseksa, penderitaan itu berakhir apabila muncul putera idaman sebagai penyelamat.

Bagai magis, kisah fantasi itu benar-benar terjadi dalam hidup Diana Danielle. Ia bukan sekadar penyeri tidur zaman kanak-kanaknya lagi, sebaliknya Diana mengecapi kebahagiaan sama apabila dilamar putera idaman�nya, Farid Kamil.

Kini bahtera dibina semakin berseri dengan kehadiran bayi comel diberi nama Muhammad. Hampir tujuh bulan bergelar ibu, setiap hari dilalui Diana lebih bermakna.

Sebahagian besar masanya hanya untuk Muhammad, malah dia sanggup mengorbankan tawaran yang hadir semata-mata tidak sanggup berjauhan dengan si kecil itu.

Foto


"Muhammad nyawa saya. Kami sangat rapat dan saya tidak boleh berjauhan dengannya. Saya tidak mahu terlepas detik penting bersamanya, apatah lagi dia semakin membesar.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/09