Sturridge buat Fulham gigit jari |
- Sturridge buat Fulham gigit jari
- Derita isteri gaji besar
- Dibunuh akibat seks
- Transit dalam hutan
- Piya bersedia
- Kami profesional soal lakonan
Sturridge buat Fulham gigit jari Posted: 12 Feb 2014 02:32 PM PST JARINGAN penyamaan Daniel Sturridge memadamkan kekecewaan seketika akibat gol sendiri oleh Kolo Toure pada awal perlawanan sekali gus menyuntik semangat barisan Liverpool untuk mencuri tiga mata apabila menang 3-2, ketika menentang Fulham, di Craven Cottage, awal pagi tadi. Sturridge yang menerima hantaran lengkok kapten Steven Gerrad menolak masuk gol penyamaan di celah pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga Fulham, Maarten Stekelenburg, ketika babak pertama hanya berbaki empat minit. Ketika Liverpool meneruskan penguasaan dan asakan ke kubu lawan, barisan pelawat dikejutkan dengan gol Fulham yang dihasilkan menerusi Kieran Richardson pada minit ke-63 untuk menjadikan kedudukan 2-1 buat tuan rumah. Bagaimanapun, larian solo oleh Phillipe Coutinho berjaya membuahkan gol penyamaan buat Liverpool apabila rembatan penyerang Brazil itu gagal ditampan Stekelenburg pada minit ke-72.
Arsenal yang menerima kunjungan Manchester United gagal untuk menggunakan peluang tempat sendiri apabila hanya seri 0-0 dalam pertemuan itu. KEPUTUSAN Fulham 2-3 Liverpool Stoke City 1-1 Swansea City Arsenal 0-0 Man United Newcastle 0-4 Tottenham Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13 |
Posted: 12 Feb 2014 01:41 PM PST Kuala Lumpur: Pengorbanan mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai, malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul, mengugut serta mendera secara seksual. Itu nasib tiga wanita berjawatan tinggi yang menjadi mangsa penganiayaan suami masing-masing, menyebabkan hidup mereka menderita biarpun selepas seorang daripada mereka bercerai. Mangsa pertama mahu dikenali sebagai Ayu, 30 yang bekerja sebagai pengurus syarikat swasta, 30, berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik pada 2008 atas dasar suka sama suka. Bagaimanapun, katanya, selepas hampir empat tahun hidup bersama pelbagai masalah timbul kerana suami yang gajinya lebih rendah, hanya tahu menghabiskan wang dan langsung tidak menyumbang dalam nafkah zahir. AYU menceritakan kisah ditumbuk suami kepada wartawan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13 |
Posted: 12 Feb 2014 01:40 PM PST Kuala Lumpur: Misteri kehilangan seorang bekas penuntut universiti warga Sri Lanka terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Taman Desa, di sini, kelmarin. Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi disedari seorang rakan mangsa yang datang ke rumah itu selepas mangsa yang berusia 34 tahun tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu. Sebaik tiba di rumah, rakan mangsa terhidu bau busuk sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan kondominium memecahkan pintu rumah. Rakan mangsa terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di atas katil dengan keadaan sudah mereput dan berbau busuk. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah berikutan ada kesan geledah dan pergelutan. ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13 |
Posted: 12 Feb 2014 01:40 PM PST Baling: Helah lima warga asing bermalam dalam hutan bagi mengelak diberkas anggota penguat kuasa tidak berhasil apabila dicekup ketika pemeriksaan berhampiran sebuah tapak pembinaan di Pulai, dekat sini, dalam Ops 6P Bersepadu, awal pagi semalam. Taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada lelaki warga Myanmar berkenaan dikesan apabila anggota penguat kuasa ternampak sebuah pondok kira-kira 20 meter dari tapak binaan itu selepas mendapati rumah kongsi tidak berpenghuni. Timbalan Ketua Bahagian Penguat kuasanya Aidil Safri Adnan berkata, kelima-lima warga Myanmar berusia 20-an itu ditahan dalam pondok kayu yang dijadikan tempat berteduh kira-kira jam 3 pagi dipercayai bagi mengelak dikesan anggota penguat kuasa. Menurutnya, seorang wanita warga Indonesia turut ditahan ketika tidur dalam rumah kongsi di tapak pembinaan sama dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah. WARGA asing yang ditahan dalam Ops 6P Bersepadu, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13 |
Posted: 12 Feb 2014 01:40 PM PST Kuala Lumpur: Selepas dihimpit kontroversi bersama skuad kebangsaan tahun lalu kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi (gambar) masih mendapat kepercayaan jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee untuk berada dalam senarai 25 pemain bagi persiapan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 awal bulan depan. Badhri atau turut dikenali sebagai Piya sebelum ini didakwa tidak berminat menyertai Harimau Malaya ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal apabila gagal menghadirkan diri bagi latihan pusat Julai lalu dan hampir dikenakan tindakan sebelum pemain perancang tengah itu memberikan alasan mengalami kecederaan. Namun bagi pemain berusia 31 tahun itu, dia bersedia untuk membalas kepercayaan yang diberikan Kim Swee walaupun ada pihak melihat prestasinya bersama skuad kebangsaan kurang menyengat berbanding ketika mewakili Kelantan. "Saya tahu ramai mempersoalkan kemampuan saya kenapa saya tidak menyerlah dengan skuad kebangsaan berbanding ketika bersama Kelantan. Saya masih mahu belajar dan saya yakin dengan kehadiran ramai pemain hebat Liga Malaysia, saya akan mendapat ilmu dan pengalaman yang cukup berguna.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13 |
Posted: 12 Feb 2014 01:39 PM PST Selepas setahun mendiamkan diri, pelakon kacak Aeril Zafrel me�ngakui sudah sampai masanya dia kembali merancakkan persada hiburan tanah air. Bagi pelakon berbakat ini, kontroversi pernikahannya dengan pelakon popular Wawa Zainal sebelum ini banyak mematangkannya dalam meniti liku kehidupan sebagai anak seni. "Saya tidak anggap apa yang berlaku itu kontroversi kerana semuanya terjadi gara-gara orang salah tafsir. Justeru, saya dan Wawa mengambil pendekatan berdiam diri ketika kontroversi yang melanda kami semakin panas sebelum ini. Lebih baiklah kami berdiam diri dan menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak kami yang masih bayi di rumah. "Kami juga tidak ada publisiti kerana saya dan Wawa juga jarang menghadiri majlis berkaitan bidang hiburan kerana tidak mahu diungkit lagi cerita lama itu," katanya kepada RAP, baru-baru ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |