Dua beradik mati dikelar amah |
- Dua beradik mati dikelar amah
- Temani anak gugur janin
- Mahu transformasi
- Mara dengan Love ZaraZya FC
- Balasan tunai cabar Tuhan
Posted: 25 Feb 2014 12:16 PM PST Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia enam bulan dan dua tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam. Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka. Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang. "Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi. Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah
Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu. Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25 |
Posted: 25 Feb 2014 12:07 PM PST Banting: Klinik yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan ada antara 'pelanggan' membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani ibunya. Itu pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu. Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan menerima 'balasan segera' daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. "Sebagai seorang Islam, saya rasa seperti bersubahat ketika bekerja di situ, malah jika ditanya tempat bekerja, saya terpaksa menipu untuk mengelak daripada dipandang serong masyarakat sekeliling. Ariana
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26 |
Posted: 25 Feb 2014 11:55 AM PST Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Mohd Shapian Ali menyatakan kesediaannya untuk merebut jawatan presiden badan induk itu daripada Datuk Ahmad Ismail pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), April ini. Berbekalkan misi 'mengembalikan semula maruah negara yang sudah lama diaibkan', Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu itu berkata, beliau bertekad untuk melakukan transformasi dan perubahan secara total dalam pengurusan PSM agar matlamat mengangkat martabat sukan itu tercapai. Menurutnya, hasrat untuk bertanding jawatan nombor satu dalam badan induk itu berpunca daripada desakan beberapa ahli gabungan yang inginkan beliau memimpin PSM. "Memang ada desakan dari rakan-rakan yang mahukan saya bertanding. Mereka kata saya sudah lama berdiam diri. Sudah tiba masanya untuk saya bersuara demi memartabatkan kembali sepak takraw di peta dunia. SHAPIAN (kanan) mahu kembalikan maruah sepak takraw negara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26 |
Posted: 25 Feb 2014 11:52 AM PST Tempoh 10 tahun berjuang membina nama dalam industri lakonan tanah air dengan penuh kesabaran dan nekad menggunakan laluan yang betul nyata memberi impak mendalam pada pelakon meningkat naik, Zara Zya. Pada usia yang kini mencecah 29 tahun, Zara Zya mengakui sudah mampu tersenyum puas dengan segala pencapaian yang diraihnya dalam sekelip mata tanpa pernah diduga. Mengakui bukan mudah baginya berada pada tahap sekarang, Zara Zya berkata, dia pernah dipandang rendah suatu ketika dulu. Apatah lagi, dengan sikapnya yang pemalu. Di kala mengimbau kenangan lalu, Zara Zya mengakui pelbagai kesukaran pernah dihadapi dalam usaha mengetengahkan bakat lakonannya di persada industri hiburan tempatan. MELUANGKAN masa bersama peminat dengan bermain bowling.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26 |
Posted: 25 Feb 2014 11:48 AM PST Ipoh: "Mereka menjerit mencabar kuasa Tuhan sambil mencekik isteri saya sekuat hati. Akhirnya dosa mereka dibalas apabila ketiga-tiga mereka mati ditembak polis Ahad lalu," kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang enggan namanya didedahkan. Dalam kejadian jam 4 pagi pada 4 Januari lalu, sekumpulan tiga perompak dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah mangsa di Kampung Dendang, Beruas. Penjenayah turut bertindak kejam apabila mengacukan parang ke arah leher anak lelaki mangsa berusia empat tahun selain mengugut mahu menikam mati bayinya yang baru berusia lima bulan. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah ibunya itu susulan mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur. MANGSA bergelar Datuk menceritakan semula kejadian rompakan rumahnya didalangi tiga penjenayah warga asing.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |