Di mana Irfan agaknya...

Di mana Irfan agaknya...


Di mana Irfan agaknya...

Posted: 10 Feb 2014 12:55 PM PST

KETIKA penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali melafazkan sumpah di depan al-Quran, di Kuala Terengganu, ketiadaan tonggak simpanan, Muhammad Irfan Abdul Ghani, menjadi tanda tanya.

Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.

Bagaimanapun, Irfan yang menjadi tumpuan berikutan kenyataan mengejutnya dengan mendakwa kejadian itu tidak berlaku, gagal hadir dalam majlis berkenaan walaupun diminta berbuat sedemikian.

Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu.

Foto

AZLAN dan Khairan Ezuan mengangkat sumpah di depan al-Quran dengan disaksikan Ahmad Said di Kuala Terengganu, malam tadi. FOTO Tg Syamim Tg Ismail


Dalam sumpahnya itu, Azlan menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar dan dia tidak berbohong.


Begitu juga dengan Khairan yang turut menyatakan insiden terbabit memang berlaku.

Sementara itu, Ahmad berkata, majlis angkat sumpah bertujuan membuktikan kenyataan pemain dan pegawai T-Team adalah benar.

"Sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar.

"Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT).

"Apatah lagi dakwaan juga dibuat pertahanan T-Team iaitu Irfan. Terpulang kepada Johor DT sama ada akan turut bersumpah atau sebaliknya, yang penting kita buat.

"Bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, dengan cara bersumpah ini dapat membuktikan kebenaran berkaitan insiden terowong di Larkin itu," katanya pada Majlis Menteri Besar bersama pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu
.
Mengenai Irfan, beliau harap pemain itu datang bersumpah membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam siding media sebelum ini.

"Jika pemain dan pegawai T-Team sanggup bersumpah, saya mengharapkan pemain itu melakukan sumpah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dia tidak berbohong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11

Geng Onai kebas RM1j

Posted: 10 Feb 2014 10:44 AM PST

Subang Jaya: Polis daerah ini berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan kenderaan membabitkan nilai RM1 juta dengan tertangkapnya seorang individu yang dikenal pasti sebagai Geng Onai, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 9 pagi itu, suspek terbabit ditahan di sebuah rumah di Taman Permai, Sungai Buaya selepas polis mendapatkan maklumat awam dan melakukan risikan.

Antara barangan yang dirampas ialah Toyota Camry dan PERODUA Myvi, barang kemas, televisyen, pelbagai kad pengenalan dan kad mesin teler automatik (ATM), komputer riba, jam tangan serta wang tunai asing.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kumpulan terbabit dipercayai bergerak aktif melakukan kegiatan jenayah mereka di Puchong, Nilai dan Bandar Baru Klang.

Foto

YAHAYA (dua dari kiri) menunjukkan antara barangan yang dirampas dalam serbuan berkenaan.


Katanya, suspek lelaki berusia 21 itu bergerak dalam kumpulan tiga orang dan dua daripadanya masih bebas dan kini diburu polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11

Asyik cium ibu

Posted: 10 Feb 2014 10:43 AM PST

Batu Pahat: "Arwah Syakir beberapa kali mencium ibu dan adik bongsu kami selain banyak mendiamkan diri beberapa hari sebelum kejadian," kata Mohd Syafiq Zaini, 27.

Mohd Syafiq adalah abang kepada Mohd Syakir Nazmi, 15, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Parit Jalil di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 7.15 malam itu, Mohd Syakir Nazmi membonceng motosikal Yamaha LC miliknya bersama seorang rakan selepas selesai bermain bola sepak di padang berhampiran Balai Polis Tongkang Pechah di sini.

Menurut Mohd Syafiq, adiknya yang juga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Putera aktif bersukan dan bermain bola sepak hampir setiap petang di padang berhampiran rumah mereka.

Foto

JENAZAH Mohd Syakir dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tongkang Pechah.


"Semalam (kelmarin) arwah sempat menghantar dan mengambil adik bongsu kami ke sekolah sebelum dia pergi bermain bola sepak. Kejadian ini memang memeranjatkan kerana memang setiap hari arwah keluar bermain bola.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11

Mujur cepat bertindak

Posted: 10 Feb 2014 10:43 AM PST

Shah Alam: Tindakan pantas penduduk memadam api di sebuah tanah lapang menyelamatkan lima rumah daripada hangus dijilat api dalam kejadian di Taman Jati Indah, Seksyen 32, di sini, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 11 pagi apabila kawasan tanah lapang berumput berhampiran rumah penduduk tiba-tiba terbakar ekoran keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ahmad Khusyairi, 40, berkata, ketika kejadian, dia dan jirannya tiada di rumah kerana keluar bekerja dan hanya mengetahui kebakaran itu apabila pulang ke rumah untuk mengambil barang jam 12 tengah hari.

"Ketika tiba di rumah, saya dapati api sudah dipadamkan penduduk manakala anggota bomba melakukan proses pemadaman bara saja bagi memastikan kebakaran tidak berlaku semula.

Foto

KAWASAN tanah lapang yang terbakar berhampiran dengan penempatan penduduk.


"Kawasan yang terbakar terletak empat meter dari rumah penduduk. Tindakan pantas jiran yang memadamkan api sejurus menyedarinya menyelamatkan rumah kami daripada terbakar," katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11

Cetusan melodi Melayu santai

Posted: 10 Feb 2014 05:32 AM PST

Kali terakhir penyanyi dan komposer terkenal Ajai menghasilkan lagu solo menerusi Bisikan Asmara kira -kira 10 tahun lalu.

Lagu itu turut dimuatkan dalam album kompilasi Terbaik Dariku Ajai bersama Warner Music sebelum ini.

Justeru, bagi mengubat kerinduan peminatnya, Ajai yang hampir 22 tahun terbabit dalam bidang penciptaan lagu kembali lagi dengan bingkisan solo terbarunya berjudul Aduh pada penghujung tahun lalu.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Mohd Faizal Maas mengakui, dia juga membuat kajian selama empat tahun membabitkan trend dan pasaran muzik tempatan bagi memberikan 'material' terbaiknya buat peminat.

Foto


Menurutnya, Aduh adalah lagu yang berkonsep M-Pop dan dihasilkan sepenuhnya mengikut hasil sentuhannya sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/11