17 pelajar hilang asrama

17 pelajar hilang asrama


17 pelajar hilang asrama

Posted: 13 Feb 2014 12:34 PM PST

KUANTAN: Tujuh belas pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai bermula dari setor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama.

Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak, di sini.

Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit.

Foto


Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.


Warden asrama, Zamroni Husaini, 22, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah.

"Tiba-tiba saya terasa bahang panas dan apabila tersedar saya lihat api sudah marak.

"Saya berlari keluar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian berkenaan.

"Syukur ketika kejadian pelajar tidak berada di sini kerana mereka menghadiri kuliah di tempat lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

Musibat 4 paku

Posted: 13 Feb 2014 10:51 AM PST

Kuala Lumpur: "Saya tidak tahu perbuatan itu syirik dan terpedaya membeli empat paku demak berharga RM200 bertujuan mengubati isteri saya yang sakit selama dua tahun, tetapi tidak sangka kesan sebaliknya berlaku apabila dia bertambah sakit," kata Fauzi, 32, yang insaf atas perbuatannya menggunakan pendinding untuk menghalau makhluk halus.

Menurutnya, dia diperkenalkan rakan kepada seorang lelaki menggelarkan diri sebagai ustaz yang dikatakan mempunyai kelebihan mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

"Dia mencadangkan saya berjumpa dengan ustaz ini di Pahang.

"Sebelum itu pelbagai ikhtiar sudah dilakukan termasuk berjumpa doktor, tetapi dia tidak sembuh, sehingga saya sanggup buat apa saja termasuk membeli empat paku yang dijual ustaz ini," katanya.

Foto

PENDINDING selain Allah adalah perbuatan syirik.


Katanya, dia pada mula tidak mengesyaki membeli paku besi sepanjang 10.16 sentimeter (4 inci) untuk dijadikan sebagai tangkal merawat isterinya itu perbuatan syirik yang sebenarnya mengundang syaitan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

Sambaran cat panas

Posted: 13 Feb 2014 10:46 AM PST

Klang: "Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan adik yang memaklumkan mereka (anak) terbabit dalam letupan kecil selepas membuang sampah di hadapan rumah," kata Mohd Zaidi Mat Kasnin, 35, mengenai kejadian dua anaknya yang melecur teruk di muka akibat terkena percikan bahan cecair dari tin penyembur cat yang meletup di tempat membuang sampah berhampiran rumahnya di Batu 4, Jalan Kapar kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa Mohd Danish Haikal Mohd Zaidi, 11, dan adik bongsunya Nur Qasih Danisha Qistina Mohd Zaidi, 3, melecur hampir 100 peratus di muka, namun si abang cuba membantu menyelamatkan adiknya terlebih dahulu walaupun mukanya turut terkena cat panas dalam letupan itu.

Katanya, kedua-dua anaknya itu bangun kira-kira jam 11 pagi untuk membantu ibu saudara mereka mengemas rumah sementara beliau masih tidur akibat keletihan kerana memandu jauh.

"Adik saya memaklumkan Danish keluar untuk membuang sampah di lokasi pembakaran sampah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah dan tidak menyedari Qasih mengekorinya dari belakang.

Foto

KEADAAN muka Mohd Danish selepas kejadian.


"Ketika sampai di lokasi kejadian, Danish mula menyapu sampah berhampiran unggun api berkenaan dan tidak menyedari terdapat tin penyembur cat di kawasan itu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

Kim Swee tiada pilihan

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Kuala Lumpur: Seperti yang diduga, pengumuman senarai pemain baru skuad kebangsaan oleh jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee kelmarin mengundang pelbagai reaksi pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.

Dengan hanya dua muka baru dalam senarai 25 pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat bermula 19 Februari ini, ada yang menganggap Kim Swee tidak dapat lari daripada bayangan skuad pengendali terdahulu Datuk K Rajagobal.

Malah kehadiran sembilan pemain dari Johor Darul Takzim termasuk dua penyerang berpengalaman yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Jurulatih berpengalaman Datuk M Karathu berkata, walaupun berasakan pemain yang jarang beraksi tidak sepatutnya berada dalam skuad kebangsaan namun dengan perkembangan pemain tempatan ketika ini, beliau percaya Kim Swee sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan.

Foto

KIM Swee sepatutnya pilih pemain kerap beraksi bersama pasukan masing-masing.


"Pemain yang mewakili Malaysia mestilah beraksi dalam skuad utama pasukan masing-masing. Kalau pilih Azamuddin (Akil) bagi saya OK sebab dia selalu bermain dengan Pahang, tapi Mat Yo (Norshahrul) dan Safee kurang mendapat peluang. Kalau pemain sering berada di bangku simpanan, permainan mereka tidak akan meningkat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

Bekas kekasih haru-biru!

Posted: 13 Feb 2014 05:21 AM PST

Bahasa tubuh mereka membicarakan segalanya, betapa di antara mereka wujudnya keserasian sehingga langsung bersahabat baik sekalipun di luar layar lebar.

Kali pertama disatukan dalam sebuah produksi yang sama iaitu pada 2006 menerusi filem Anak Halal yang menjengah panggung pada 13 Disember 2007, Maya Karin, Bront Palarae dan Remy Ishak sekali lagi digandingkan dan kali ini menerusi Sejoli.

Ironinya, Sejoli diarahkan pengarah yang sama mengarahkan Anak Halal dan beliau tidak lain tidak bukan pemegang trofi Pengarah Terbaik Filem Anugerah Skrin 2011, Osman Ali.

Bezanya, jika Anak Halal memperkenankan genre 'drama, aksi dan jenayah', Sejoli pula membongkar versatiliti Osman sebagai pengarah 'komedi romantik'.

Foto


Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 35, yang boleh dianggap sebagai aktres 'favourite' Osman menyifatkan Sejoli sebuah filem yang sangat 'comel' serta menghiburkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14