Pilihan raya Sarawak awal

Pilihan raya Sarawak awal


Pilihan raya Sarawak awal

Posted: 06 Feb 2014 02:01 PM PST

Pilihan raya Sarawak awal

Pengunduran Taib Mahmud: Taklimat keselamatan dijangka di pejabat Ketua Menteri Isnin

Kuching: Spekulasi pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh tamat penggal pada April 2016.

Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan, termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin ini.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

UKAS setuju SPRM siasat latar belakang syarikat luar

Posted: 06 Feb 2014 01:54 PM PST

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyemak latar belakang semua syarikat yang bekerjasama dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata UKAS sudah bersetuju supaya syarikat yang mahu bekerjasama dengan unit itu menjalani proses semakan latar belakang oleh pihaknya.

"Langkah ini dibuat bagi memastikan syarikat berkenaan benar-benar mempunyai integriti, selain bebas sebarang kelemahan yang mungkin membawa kemudaratan pada masa akan datang.

Pendekatan ini amat penting kerana usaha kita menangani rasuah sudah mula diiktiraf pada peringkat antarabangsa" Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM


Usaha mula diiktiraf

"Saya berpendapat pendekatan ini amat penting kerana usaha kita menangani rasuah sudah mula diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Jika dilihat negara yang pesat membangun seperti Korea Selatan, suatu ketika dulu kerjasama antara swasta dan kerajaan cukup berat.

"Akibatnya, ia adalah antara negara yang mengalami kesan paling buruk ketika krisis ekonomi 1997," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Ikrar Integriti Korporat (CIP) oleh Syarikat-Syarikat Berkaitan Projek Kerjasama Awam Swasta dan Dana Mudahcara, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah UKAS, Datuk Ahmad Husni Hussin. Majlis berkenaan adalah lanjutan daripada Seminar Ikrar Integriti Korporat yang diadakan tahun lalu.
Sebanyak 35 syarikat termasuk Cyberview Sdn Bhd, Putrajaya Holding Sdn Bhd, Tokuyama Malaysia Sdn Bhd dan Kesas Sdn Bhd menyerahkan dokumen berkenaan kepada Abu Kassim sambil disaksikan Ali.

Abu Kassim berkata, SPRM yakin dapat mempersiapkan negara bagi menghadapi sebarang kemungkinan dengan mengurangkan ketirisan menggunakan CIP jika krisis ekonomi seperti yang dialami pada 1997 berulang.

Katanya, menerusi dokumen berkenaan, syarikat terbabit bersetuju mendokong lima dasar pencegahan rasuah di negara ini dan memberi komitmen tidak akan terbabit dalam sebarang jenayah rasuah.

Selaras premium kenderaan motor baharu 15 Februari

Posted: 06 Feb 2014 01:52 PM PST

Kuala Lumpur: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengesahkan pelarasan premium kenderaan motor baharu akan dilaksanakan bermula 15 Februari ini.

PIAM dalam kenyataan berkata, pelarasan itu bertujuan meningkatkan kecekapan dalam penyediaan perlindungan motor oleh industri dan pelarasan harga secara berperingkat yang akan memastikan orang ramai mampu membeli insurans pada kadar premium berpatutan.

Katanya, pelarasan itu dibuat menerusi Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu yang diperkenalkan pada 2012 dan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun sama.

Pelarasan itu bertujuan tingkatkan kecekapan dalam penyediaan perlindungan motor oleh industri" Kenyataan PIAM


"Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 110cc, kenaikan premium dikenakan antara RM1 hingga RM3.50 (maksimum 30 sen sebulan) dalam tempoh empat tahun akan datang.

"Kereta persendirian berkapasiti 1,400 cc, pelarasan premium dikenakan antara RM6 hingga RM34 setiap tahun (maksimum RM2.80 sebulan) bagi tempoh sama," katanya.

Selain itu, PIAM memaklumkan bagi pengangkutan bas ekspres, pelarasan premium dikenakan paling kecil iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan, berbanding tiada sebarang pelarasan dikenakan sebelum ini bagi kenderaan komersial seperti teksi dan teksi sewa.

Bagaimanapun katanya, bagi bas sekolah, kilang, henti-henti, pelancongan dan kereta sewa, pelarasan premium belum dilakukan sepenuhnya.
Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu adalah langkah positif untuk menggalakkan sektor insurans meningkatkan proses penyelesaian insurans kenderaan bermotor di negara ini.

Perkenal pusat panggilan

Bagi meningkatkan proses penyelesaian tuntutan itu, pelbagai langkah digunakan penanggung insurans dan satu daripadanya ialah memperkenalkan Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan yang menyediakan bantuan kecemasan kepada pemegang polisi menerusi talian 24 jam 1300-22-11-88, selain menyediakan perkhidmatan menunda.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataannya sebelum ini, turut mengumumkan kenaikan berperingkat yang dikeluarkan pada 11 Mac 2011 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012, masih boleh diakses dalam laman web bank pusat itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebarannya dalam laman sosial hingga mencetus kebimbangan orang ramai bahawa premium insurans kenderaan bermotor akan dinaikkan sebanyak 15 peratus lagi mulai 15 Februari ini.

'Elak guna isu moral raih undi'

Posted: 06 Feb 2014 01:49 PM PST

'Elak guna isu moral raih undi'Shafie menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua pengarah RISDA, Datuk Wan Mohd Zuki Mohammad (kiri) dan Naib Chanselor Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Omar Osman sambil pada Majlis Amanat Tahun Baru RISDA di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Kuala Lumpur: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua pihak mematuhi peraturan yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ia termasuk tidak menggunakan isu moral dan video berbaur lucah untuk meraih sokongan pengundi.

"Kita mahu penguatkuasaan setiap peraturan pada PRK DUN ini dilaksana secara berkesan kerana isu moral dalam ruang siber tidak dikawal," katanya yang ditemui media pada Majlis Amanat Tahun Baru RISDA 2014, semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan berkata pihaknya akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Tolak tawaran Teresa

Sementara itu, Mohd Shafie turut menolak tawaran Teresa Kok untuk menonton video Onederful Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen Seputeh itu sempena Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Sebaliknya, beliau mahu pemimpin DAP Selangor itu memberi tumpuan mentadbir negeri dan tidak merosakkannya.
"Saya ada kerja lebih baik daripada harus menonton video yang tidak memberi manfaat buat negara secara keseluruhan. Saya juga menyarankan individu seperti ini tidak menggunakan platform sebegini untuk tujuan agenda politik," katanya.

Ahli Parlimen Semporna berkenan sebelum ini dilaporkan tersinggung dengan tindakan Teresa yang didakwanya memburukkan insiden pencerobohan Lahad Datu yang turut mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan.

Bongkar: Batal permit jual barangan polis

Posted: 06 Feb 2014 01:42 PM PST

Bongkar: Batal permit jual barangan polisGunalan (dua dari kanan) bersama anggotanya memeriksa sebuah kedai menjual aksesori polis di Kompleks Campbell di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Sairien Nafis

2 kedai disita jual aksesori PDRM susulan pendedahan BH

Kuala Lumpur: Polis akan membatalkan permit penjualan pakaian dan lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh seorang peniaga di Kompleks Campbell di sini, kerana menjualnya kepada orang awam.

Tindakan sama akan dikenakan terhadap seorang lagi peniaga di kompleks sama, selepas siasatan terhadapnya selesai.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


Polis tidak berkompromi terhadap peniaga yang tidak mematuhi syarat permit" Zainuddin Ahmad, Ketua Polis Daerah Dang Wangi


Bongkar: Gerakan pemutihan TASKA

Posted: 06 Feb 2014 01:38 PM PST

Pemeriksaan berkala lebih kerap jejaki pusat asuhan tak berdaftar

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melancarkan gerakan pemutihan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) tidak berdaftar secara besar-besaran di seluruh negara dalam masa terdekat.

Untuk tujuan itu, KPWKM akan memantapkan pasukan penguatkuasanya dengan menstruktur semula Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


Kita sudah beri peluang dan masa mencukupi kepada mereka. Sekarang masa untuk bertindak" Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat