Sampai hati ibu |
- Sampai hati ibu
- Jasad ayah terapung
- Tekap perut nak terburai
- Tuduhan tak berasas!
- Kemunculan bersama Bocey bawa tuah
Posted: 17 Feb 2014 10:11 AM PST Johor Bahru: "Saya tidak benci ibu walaupun dia pernah cuba menjual saya, tetapi sejak tiga tahun lalu saya terpaksa merahsiakan tempat tinggal dan aktiviti saya kerana tidak mahu fikiran saya bercelaru. "Saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT membuka hati ibu menerima keputusan saya menyambung pengajian bagi mencapai impian untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan," kata seorang bekas pelatih projek perintis perlindungan kanak-kanak dikenali sebagai sebagai Mimi, 22, semalam. Mimi berkata, dia terpaksa 'menyembunyikan' diri daripada ibunya kerana sejak Januari lalu wanita itu mahu dia berhenti belajar dan bekerja bagi menampung kehidupannya. "Saya hanya mahu berjaya dalam hidup, saya mahu terus belajar dan mengubah hidup dan pastinya membantu ibu juga nanti," katanya. MIMI menunjukkan SMS daripada ibunya yang memintanya supaya menamatkan pengajian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/18 |
Posted: 17 Feb 2014 10:06 AM PST Kuala Terengganu: "Kali terakhir saya berjumpa anak saya itu hampir seminggu lalu dan ketika itu tiada yang pelik dengan sikapnya," kata Wan Muda Wan Ibrahim, 64, bapa Penolong Kanan Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Terengganu Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, yang ditemui mati terapung di Sungai Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam. Menurutnya, sepatutnya anaknya itu pulang ke rumahnya di Kampung Raja, Besut, minggu lalu namun menangguhkan hasrat itu kerana menghadiri kenduri di sini. "Wan Hariff yang berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah selama hampir sembilan tahun di beberapa daerah, suka senyum dan tidak banyak bercakap," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam. Rakan Wan Hariff Rafany, Wan Hassan Wan Jaafar, 40, berkata anaknya tidak menunjukkan perubahan pelik, tetapi mengeluh dengan tekanan kerja menguruskan pampasan perpindahan penduduk Kampung Tanjung di sini kepadanya. DUA anak mangsa, Wan Nor Sofia Hana (kiri) dan adiknya Wan Iman Nasrid sayu ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/18 |
Posted: 17 Feb 2014 09:32 AM PST Alor Gajah: Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit. Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri. Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya. AD Win cedera parah akibat tikaman di bahagian perut. ANGGOTA paramedik Hospital Alor Gajah memberi rawatan kecemasan kepada seorang mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/18 |
Posted: 17 Feb 2014 09:02 AM PST Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan skuad Harimau Muda A tidak akan menarik diri daripada menyertai Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia bermula Mac depan biarpun timbul kontroversi yang mengaitkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dengan aktiviti rasuah dan mengatur perlawanan. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin nyata kesal dengan laporan tidak berasas yang disiarkan media Australia, Brisbane Times kelmarin dan mengesahkan bahawa Harimau Muda A bersih daripada gejala tidak bermoral ketika menyertai Liga Singapura dua tahun lalu. "Ia hanyalah spekulasi media luar (Australia) saja dan kami tetap akan beraksi di NPL Queensland. Mengapa harus tarik diri sedangkan FAM telah mendapat kebenaran dari FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) untuk beraksi di NPL Queensland? "Saya tidak nampak kenapa Harimau Muda A harus tarik diri kerana persiapan skuad muda negara adalah lebih penting daripada kita melayan tanggapan negatif media Australia," katanya.
|
Kemunculan bersama Bocey bawa tuah Posted: 17 Feb 2014 06:10 AM PST Walaupun sudah menceburi bidang seni sejak 2009, populariti pelakon Hairul Azreeen, 26, masih kurang menyerlah di mata penonton. Tiada drama lakonannya yang benar-benar menjadi sebutan dalam kalangan peminat. Kalau adapun, hanya sekitar kejayaan menjuarai musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia bergandingan dengan Dazrin Kamarudin serta kisah putus cinta dengan pelakon Faralyna Idris selepas empat tahun menyulam kasih. Bagaimanapun, semua itu langsung tidak menjadi kudis buat anak muda bersemangat waja ini kerana baginya populariti bukan ukuran. Apa yang penting dia memberikan komitmen amat tinggi terhadap setiap tawaran yang datang dan hasilnya rezeki masih menyebelahinya. Hairul baru saja habis berlakon teater Bidasari di Istana Budaya yang berakhir semalam. Ditemui di lokasi sama, Hairul memberitahu kepalanya kini botak kerana baru selesai mengerjakan umrah bersama keluarga. Ia juga bagi memenuhi nazar kerana kejayaan menjuarai Fear Factor Selebriti Malaysia.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |