Empat penuntut kolej maut

Empat penuntut kolej maut


Empat penuntut kolej maut

Posted: 26 Feb 2014 04:29 PM PST

GOPENG: Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta n lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut.

"Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini.

Foto

Foto


"Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh bahagian kiri depan lori berkenaan," katanya.


Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kesemua mangsa maut di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

'Guantanamo' along

Posted: 26 Feb 2014 02:15 PM PST

Kuala Lumpur: "Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.

"Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia," kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam 'penjara' ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang.

Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai 'Guantanamo along' kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.

Ah Kim yang juga peniaga sayur mendakwa mula meminjam wang RM3,000 daripada lintah darat itu pada 2009.


"Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

Meraung peluk kekasih

Posted: 26 Feb 2014 02:14 PM PST

Ampang: Cinta yang mendalam terhadap kekasih 'Awang Hitam' membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam.

Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen.

Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Foto

KHAIRULDIN (tengah) menahan warga Afrika dalam Op Tiong, semalam.


Menurutnya, operasi bersepadu ini dilancarkan bagi membendung kes jenayah komersil membabitkan warga asing terutama warga Afrika yang terbabit dalam kes tipu parcel, pemalsuan dokumen, penggubalan wang haram, penipuan perniagaan yang tidak wujud dan lain-lain lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

Jeritan sayup 2 beradik

Posted: 26 Feb 2014 02:14 PM PST

Bintulu: Dua beradik perempuan sempat menjerit meminta tolong sebelum ditemui dalam keadaan rentung apabila rumah mereka di Kampung Baru Seberang, Taman Sebiew, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 1.10 petang itu mengorbankan Christina Christy anak Eddy, 4, serta adiknya Olivia Natasha, 3, selepas mereka gagal menyelamatkan diri berikutan api marak dengan cepat akibat rumah diperbuat daripada kayu.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian dia berada di rumahnya dan terdengar jeritan meminta pertolongan dua beradik terbabit.

"Kami cuba membantu memadam api, tetapi malangnya gagal. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka, tetapi kami tidak terdaya kerana api marak begitu cepat.

Foto

PASUKAN penyelamat membawa keluar mayat kedua-dua beradik yang rentung. Gambar kecil, Julia.


"Suara mereka meminta tolong masih kedengaran, namun lama-kelamaan terus hilang. Mereka kemudian ditemui rentung berhampiran dapur," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

'Saya tak nak jadi presiden'

Posted: 26 Feb 2014 08:41 AM PST

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini.

Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

"Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor.

"Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab.

Foto


"Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

Jadi buruan mak datin

Posted: 26 Feb 2014 05:38 AM PST

Bersandarkan bakat, populariti dan wajah kacak persis model, tidak hairanlah jika pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar kini menjadi buruan ramai peminat wanita termasuklah golongan 'mak datin' yang dikatakan cuba menghimpit dirinya.

Bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita, dia turut menjadi rebutan produser dan pengarah untuk digandingkan sebagai hero dalam karya mereka. Tidak cukup dengan itu, Shah juga sering menjadi sasaran gosip dengan ramai artis wanita yang digandingkan dengannya dalam drama sejak awal lagi.

Bermula gosip cinta dengan pelakon jelita Rozita Che Wan, nama Shah dikaitkan pula dengan Cacha Maembong dan Nad Zainal. Namanya turut terpalit dengan kontroversi apabila dikaitkan dengan kakak kepada pelakon Anzalna iaitu Diana Nasir yang turut meraih perhatian ramai di persada hiburan tempatan.

Terbaru, nama Shah dikaitkan pula dengan pelakon Intan Ladyana yang juga gandingannya dalam drama bersiri di Slot Akasia TV3, Jika Itu Takdirku arahan Eoon Shuhaini.

Foto

SHAH Iskandar bersama Intan Ladyana digandingkan dalam drama bersiri Jika Itu Takdirku.


Gambar 'mesranya' dengan Intan yang nampak seperti mereka bercium pula menimbulkan kekecohan di laman sosial, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27