Mahu contohi Pulau Langkawi |
- Mahu contohi Pulau Langkawi
- Banglo peribadi jadi asrama pekerja asing
- UTM raih 25 pingat sempena MTE 2014
Posted: 24 Feb 2014 02:56 PM PST Ayer Keroh: Melaka berminat untuk mempelajari kaedah pengurusan sektor pelancongan di Kedah, khususnya bagi lokasi tarikan pelancong popular di negeri itu, Pulau Langkawi. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pihaknya tertarik dengan kecekapan sistem tadbir urus aspek berkaitan pelancongan di pulau peranginan itu khususnya pengurusan chalet yang dilihat begitu berkesan. "Perkara ini amat kritikal bagi Melaka kerana kita sentiasa perlu mengekalkan tahap kualiti tinggi perkhidmatan dan produk disediakan setanding Pulau Langkawi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di pejabatnya di Seri Negeri di sini, semalam. Mukhriz bersama delegasi yang terdiri daripada EXCO kerajaan negeri itu, melakukan lawatan kerja ke Melaka selama tiga hari, mulai kelmarin. Mengulas lanjut, Idris berkata pengurusan dan pentadbiran chalet di Melaka masih memerlukan penambahbaikan termasuk dalam aspek keselamatan, kebersihan dan mutu. Sistem boleh dimanfaat "Itu antara perkara yang saya ingin belajar daripada Pulau Langkawi kerana difahamkan, mereka mempunyai satu sistem yang boleh dimanfaatkan. "Justeru, kita akan mengadakan lawatan balas ke Kedah bagi membolehkan lebih banyak perkara dikongsi dalam hal ini," katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri juga berhasrat untuk mengadakan perbincangan dan perkongsian dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelaburan. "Sebenarnya, apabila dilihat dan dibuat perbandingan dalam sektor pembangunan ekonomi, sosial dan politik antara Melaka dan Kedah, banyak perkara yang saya kena belajar daripada negeri berkenaan," katanya. |
Banglo peribadi jadi asrama pekerja asing Posted: 24 Feb 2014 02:55 PM PST Johor Bahru: Dakwaan membina banglo peribadi, menjadi helah pihak tertentu mengelirukan penduduk sekitar Jalan Denai dekat Kempas di sini, sebelum binaan itu ditukar menjadi asrama pekerja asing apabila siap. Tindakan itu mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk setempat yang bimbang keselamatan dan ketenteraman kawasan kediaman mereka susulan penempatan ramai pekerja asing di situ. "Sekarang ini, kami dapati ada beberapa lagi projek pembangunan menggunakan alasan membina banglo dalam kawasan perumahan ini, sedangkan ia bertujuan dijadikan penempatan pekerja asing. Ia tidak sepatutnya berlaku dan perlu dihentikan. Mabuk cetus gangguan "Kehadiran pekerja asing dalam kawasan penempatan kami ini membimbangkan terutama dari segi keselamatan selain budaya mereka yang suka mabuk sehingga mencetuskan gangguan," katanya. "Perkara ini membimbangkan keselamatan kami. Mereka sering menimbulkan kekecohan apabila bergaduh sesama sendiri selepas mabuk hingga penduduk terpaksa membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat, menggesa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. "Saya difahamkan ada tiga asrama sedang dibina termasuk satu yang hampir siap di Jalan Denai 9, di sini yang mampu menempatkan lebih 1,000 pekerja asing dalam suatu masa. Pembinaan ini difahamkan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. "Walaupun disita dan perintah menghentikan kerja binaan sudah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), saya lihat pembinaan asrama ini masih berjalan. Tindakan tegas perlu diambil termasuk aspek perundangan agar ia dapat dibanteras," katanya. |
UTM raih 25 pingat sempena MTE 2014 Posted: 24 Feb 2014 02:55 PM PST Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta kecemerlangan apabila meraih 25 pingat dan anugerah terbaik pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE 2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM, Prof Dr Ruzairi Abd Rahim, berkata pada ekspo itu, UTM meraih enam pingat emas, sembilan (perak) dan sepuluh (gangsa). "BLFV berperanan menyelesaikan masalah matematik khusus dalam bidang mekanik bendalir membabitkan cecair viscoelastic, mudah difahami, selain mampu menghasilkan maklumat dengan pantas. Dibina dalam aplikasi android "Maklumat, bahan kajian dan manual penggunaannya dibina dalam aplikasi android bagi memudahkan pengguna memahami dan boleh diakses di mana-mana saja," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Ruzairi berkata, Dr Dayang Tiawa Awang Hamid pula meraih pingat emas menerusi produk ciptaannya, Badminton Agility Training and Testing Device (BATTD), iaitu peralatan latihan yang inovatif dan mencabar. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |