Tahlil ganti hari jadi

Tahlil ganti hari jadi


Tahlil ganti hari jadi

Posted: 14 Feb 2014 02:41 PM PST

DUNGUN: "Sebelum ini kami gembira dan tak sabar meraikan hari jadi anak ketiga. Tapi, nampaknya majlis ulang tahun bertukar menjadi tahlil," kata S Roslina Abdul Halim, 38, selepas suaminya, jurukimpal maut dipercayai terkena renjatan elektrik, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Mohd Nasir Setafa, 43, sedang melakukan kerja kimpalan bersama tiga rakan di rumahnya di Kampung Santong, Paka.

Roslina berkata, ketika kejadian dia bersama empat anaknya yang berusia dua hingga 11 tahun berada di rumah ibunya, kira-kira 500 meter dari kediamannya, pada 4 petang.

"Saya hampir pengsan bila seorang rakan suami datang dan beritahu suami tak sedarkan diri dan ketika berlari pulang ke rumah, suami saya sudah dibawa tiga rakannya ke Klinik Kesihatan Paka," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, malam tadi.


Roslina yang bekerja sebagai kerani di Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), bergegas ke Klinik Kesihatan Paka dan setengah jam selepas itu dia dimaklumkan suaminya sudah meninggal dunia.


"Arwah seorang pendiam dan kami berjanji untuk makan malam di kedai bersama anak-anak sempena meraikan hari jadi anak ketiga kami yang berusia tujuh tahun," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15

Kasih tanpa sempadan

Posted: 14 Feb 2014 02:41 PM PST

Kuala Lumpur: Orang lain memanggil Awang Hitam yang bunyinya agak kasar dan negatif, tetapi wanita Melayu tempatan yang sudah terpaut hati serta berkongsi hidup dengan mereka, 'si hitam manis' menjadi gelaran pilihan.

Selain lebih sedap didengar, ia juga sebagai tanda sayang serta hormat kerana lelaki berkulit hitam dari benua Afrika itu kini suami dan bapa kepada anak mereka.

Segala tohmahan terhadap suami tercinta kini tidak lagi menjadi kudis dan onak yang ditempuh sepanjang perkahwinan termasuk daripada keluarga sendiri, semuanya menjadikan hati lebih cekal.

Bagi Noorin Wirda Ahamad, 33, bekas chef hotel terkemuka di ibu negara, hampir 10 tahun bersama warga Nigeria, Abdul Razak Abdul Salam Salah, 54, tidak kelihatan cela pada lelaki itu yang boleh menyebabkan dia menyesal bersuamikan warga asing.


"Sedikitpun saya tak pernah menyesal memilih dia, apatah lagi dalam tempoh perkahwinan kami, suami banyak memberi tunjuk ajar, mendidik dan kami dikurniakan tiga anak berusia empat, lima dan lapan tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15

Main gigit-gigit pula

Posted: 14 Feb 2014 02:40 PM PST

Ipoh: Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.

Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis.

"Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.

Foto

ANTARA pelacur Vietnam ditahan. Gambar atas, anggota polis memeriksa pelacur.


"Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan," kata sumber itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15

'Tonton dulu baru komen'

Posted: 14 Feb 2014 02:40 PM PST

Kuala Lumpur: "Pemain lama tak semestinya permainan pun sama, setiap jurulatih ada strategi dan latihan berbeza," kata jurulatih sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee yang mempertahankan pemilihan pemainnya.

Bagi pengendali berusia 43 tahun itu, beliau tidak kisah jika ada pihak yang kurang senang dengan barisan 25 pemain dipanggil bagi sesi latihan pusat 19 Februari ini kerana dua perlawanan dengan Filipina dan Yaman bakal menentukan sama ada percaturannya itu tepat atau sebaliknya.

"Tunggu perlawanan pertama dengan Filipina dan Yaman nanti, selepas itu baru beri pendapat. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk memberikan pendapat tapi saya mengharapkan dengan pemain yang ada, corak permainan kita bertambah baik," katanya.

Kim Swee yang juga jurulatih Harimau Muda A berkata demikian selepas menyaksikan skuad muda itu menewaskan pasukan Liga FAM, Kuala Lumpur 2-0 pada aksi persahabatan semalam.

Foto


Keputusan Kim Swee yang hanya menyenaraikan dua muka baru iaitu penjaga gol Khairul Azhan Khalid dan Mohd Hafiz Kamal dalam skuad Harimau Malaya mendapat kritikan pemerhati dan peminat bola sepak tempatan apabila pasukan itu dikatakan sama seperti skuad jurulatih terdahulu Datuk K Rajagobal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15

Geram diciplak

Posted: 14 Feb 2014 02:40 PM PST

Lagu Havoc bukan sekadar mencetuskan fenomena di radio. Single yang mengangkat semula nama Joe Flizzow ini juga menjadi 'trending' dan 'branding' yang cukup mengganas di pasaran.

Percaya atau tidak, impak daripada kehebatan dan populariti lagu itu, ada ramai peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai cenderahati khususnya T-shirt Havoc yang menciplak 100 peratus idea Nadia Jasmin, pereka bagi setiap barangan Havoc yang dilesenkan di bawah hak cipta terpelihara syarikat rakaman milik Joe iaitu Kartel Record Sdn Bhd.

Justeru, kesempatan menemui Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, baru-baru ini digunakan untuk menanyakan mengenai gejala penjualan barangan tiruan Havoc yang mendapat sambutan hangat itu.

Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.

Foto


"Rekaan ke atas Havoc adalah hak cipta kami, itu rezeki kami. Kalau yang lain nak mencuri, biarlah mereka jadi pencuri. Saya tiada sebarang komen pasal benda ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/15