Kahwin ekspres mencanak |
- Kahwin ekspres mencanak
- Tok kadi paling meriah
- Meraba-raba urus ibu sakit tua
- Seluruh England bukan keutamaan
- Semuanya bagai mimpi
Posted: 19 Feb 2014 12:46 PM PST Pengkalan Hulu: Aktiviti 'kahwin senyap' oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain. Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad. Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan 'tidak menang tangan' bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari. Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas. PEJABAT Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala, Betong kini menjadi pilihan pasangan dari Malaysia untuk berkahwin. MAZLAN (kiri) mengakui ramai pasangan dari Malaysia berkahwin di Betong.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20 |
Posted: 19 Feb 2014 12:45 PM PST Batu Pahat: Tok kadi jenaka. Itu gelaran diberikan kepada Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat Mohd Assubhi Sidon, 36, atau lebih dikenali Ustaz Suboh. Gelaran itu diberikan selepas Mohd Assubhi gemar berjenaka ketika mahu menikahkan pengantin hingga menimbulkan suasana lucu kepada hadirin sepanjang majlis berlangsung. Mohd Assubhi semakin popular selepas rakaman video beliau menikahkan pasangan pengantin dimuat naik ke laman YouTube bertajuk 'Tok Qadi-Best Ever Seen In Batu Pahat Johor' tersebar disusuli laman sosial Facebook (FB) dan Twitter sejak akhir Januari lalu. Rakaman berdurasi tiga minit 10 saat itu dimuat naik di YouTube pada 15 Januari dan hingga kini, ia sudah ditonton kira-kira 300,000 pengunjung. MOHD Assubhi (kanan) menikahkan pasangan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20 |
Meraba-raba urus ibu sakit tua Posted: 19 Feb 2014 12:45 PM PST Bukit Mertajam: Perasaan kasih dan taat seorang anak membuatkan Hindun Nasir, 58, yang cacat penglihatan sedaya upaya menguruskan ibunya, Halijah Abdullah, 90, yang kini terlantar akibat sakit tua sejak tiga bulan lalu. Tugas itu terpaksa dipikul Hindun seorang diri selepas adik lelakinya yang menjadi tempat bergantung selama ini menghilangkan diri selepas berkahwin dengan wanita pilihannya. Dalam keadaan matanya buta, Hindun dari Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini, terpaksa meraba-raba membantu menguruskan Halijah termasuk menyuapkan makanan dan memandikan ibunya itu. Hindun berkata, sebelum ini, dia banyak bergantung kepada adiknya, Rahmat Nasir, 53, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menguruskan keperluan ibu mereka, namun adik bongsunya itu gagal dikesan sejak lebih tiga bulan lalu kerana dipercayai mengikut isteri yang baru dinikahinya. HINDUN yang cacat penglihatan terpaksa menguruskan keperluan ibunya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20 |
Seluruh England bukan keutamaan Posted: 19 Feb 2014 12:45 PM PST Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui saingan Seluruh England yang dijadual berlangsung di Birmingham dari 4 hingga 9 Mac bukanlah menjadi keutamaannya tahun ini. Sebaliknya, juara dua kali Seluruh England itu menegaskan, dia lebih memikirkan saingan lebih besar seperti Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Asia serta Kejohanan Dunia yang pada anggapannya lebih penting. "Benar, semua orang bercakap mengenai saingan Seluruh England sebab ia berlangsung setiap tahun dan saya pun sudah menang dua kali. "Tapi untuk tahun ini, saya memang tidak terlalu memberi fokus pada kejohanan ini sebab banyak lagi saingan yang lebih besar perlu saya hadapi. Lee Chong Wei
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20 |
Posted: 19 Feb 2014 12:44 PM PST Bergelar juara program realiti Projek Metro 2013 (PM 2013) musim pertama hampir dua bulan lalu pastinya menjadi kenangan paling manis buat Khairu Norliza Khairuddin atau Liza. Tentu saja ia sukar dilupakan buat gadis berusia 28 tahun berasal dari Kuantan, Pahang ini apatah lagi kejayaan itu sekali gus membuka pintu buatnya terjun ke industri penyiaran tanah air. Mengimbas perjalanannya sepanjang program terbabit, Liza menjadi antara peserta 'underdog' yang akhirnya membuktikan bahawa kualiti hasil kerja adalah senjata utama kemenangannya. Maklumlah, dia sendiri mengakui berbanding peserta lain, dia agak terkebelakang dari segi penampilan diri namun itu dijadikannya sebagai satu cabaran.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |