Anichebe perosak rentak Chelsea

Anichebe perosak rentak Chelsea


Anichebe perosak rentak Chelsea

Posted: 11 Feb 2014 03:04 PM PST

PELUANG pendahulu singgahsana, Chelsea untuk memperkukuhkan kedudukan dan menjarakkan diri daripada saingan rapat tersentak seketika apabila diikat 1-1 ketika menentang Brom Wich di gelanggang lawan, pagi tadi.

Biarpun Brasnilav Ivanovic berjaya memperoleh gol pembukaan pada minit akhir iaitu sebelum berakhir babak pertama perlawanan, kegembiraan Chelsea tersentak apabila Victor Anichebe berjaya menjaringkan gol buat tuan rumah pada minit ke-87.

Anichebe sememangnya pemusnah apabila pemain gantian itu menanduk hantaran rakan sepasukan dan mewaslan Petr Cech.

Chelsea kini mengumpul 57 mata daripada 26 perlawanan dan dikejar rapat oleh Arsenal yang sudah memperoleh 55 markah dan diikuti Manchester City (54) dan Liperpool (50), dengan masing-masing mempunyai kelebihan satu perlawanan.


Arsenal yang tumpas teruk 1-5, di tangan Liverpool akan melayan kunjungan Manchester United manakala Man City pula akan menanti kunjungan Sunderland dengan Liverpool akan bertandang ke Fulham.


KEPUTUSAN

West Brom 1-1 Chelsea
West Ham 2-0 Norwich City,
Hull City 0-1Southampton,
Cardiff City 0-0 Aston Villa

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Maut dihempap rod besi

Posted: 11 Feb 2014 02:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Hajat seorang lelaki berasal dari Sabah untuk bekerja ibu negara tidak kesampaian apabila dia maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya dihempap lori membawa muatan rod besi.

Dalam kejadian 8.30 malam tadi, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an bersama sepupunya, 48, yang memandu Mitsubihi Triton dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.

Menurut sumber, ketika tiba berhampiran bulatan lumba kuda di susur keluar Seremban, tiba-tiba lori sarat dengan muatan rod besi hilang kawalan sebelum menghempap kereta dinaiki mangsa.

"Bagaimanapun, sepupunya terselamat dan dikeluarkan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian. Hanya mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto


"Difahamkan akibat cemas pemandu lori terbabit melarikan diri," katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pusat gerakan operasi Bomba dan Penyelamat Selangor pada 10.56 malam.

Menurutnya, seorang mangsa sudah berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi masih tersepit dan anggota bomba kemudian berusaha mengeluarkan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

10 hektar sampah terbakar

Posted: 11 Feb 2014 02:02 PM PST

ARAU: Sebahagian besar longgokan sampah di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal di Padang Siding di sini terbakar dipercayai berpunca daripada kebakaran kawasan semak berdekatan selain cuaca panas melampau di negeri ini sejak tengah hari tadi.

Kebakaran yang dipercayai bermula kira-kira jam 2 petang tadi itu menyebabkan keseluruhan kawasan pelupusan sampah berkeluasan hampir 10 hektar itu dilitupi asap tebal serta api.

Sehingga jam 10 malam tadi pihak bomba daripada beberapa balai di sekitar negeri masih berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kebun getah yang terletak berhampiran lokasi kebakaran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya masih berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan sudah beberapa jam berada di situ sejak petang tadi.


Beberapa anggota serta jentera ditempatkan di lokasi kejadian.


"Kami masih belum dapat memastikan punca kebakaran berkenaan dan percaya ia berpunca daripada kawasan semak berdekatan yang terbakar sebelum merebak ke kawasan longgokan sampah di sini.

"Sehingga sekarang (tadi) tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan kawasan yang terbakar itu sememangnya lengang dan terletak di kawasan belakang jauh daripada pintu masuk ke tapak pelupusan ini," katanya.

Menurtnya, bomba akan mengawal api daripada merebak di sekeliling kawasan kebakaran yang sehingga kini masih marak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Balasan amal dosa

Posted: 11 Feb 2014 02:01 PM PST

Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.

Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

"Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.

Foto

AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.


"Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Misteri terowong bakal terungkai

Posted: 11 Feb 2014 02:01 PM PST

Kelana Jaya: Misteri insiden pergaduhan dalam terowong antara tiga kes membabitkan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang akan dibawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Jawatankuasa Tatatertib dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan sama ada pertuduhan itu membabitkan pegawai atasan pasukan dari selatan tanah air itu.

"Kita hampir nak menyelesaikan (kes) ini di peringkat akhir, saya minta semua pihak bersabar. Kita akan mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat ini. Kategori pertuduhan ada banyak jadi bila sampai masanya saya akan umumkan.

"Selain daripada insiden (terowong) di Stadium Larkin, kami juga akan membuat pertuduhan perlawanan antara Johor DT dengan Perak yang mana insiden kereta pengurus Perak dipecahkan.

Foto


"Kami juga akan membawa kes kejadian (pergaduhan penyokong) di parkir (Stadium Darul Makmur) selepas perlawanan antara Pahang dengan Johor DT," katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Single sentuhan pencipta tempatan

Posted: 11 Feb 2014 02:01 PM PST

Barangkali ramai yang beranggapan dia mendapat laluan mudah untuk mencari tapak dalam bidang seni. Hakikatnya, perjalanan seni penyanyi yang digilap daripada program realiti Indonesian Idol musim kelima, Yuka Kharisma, 26, penuh berliku.

Namun, penyanyi kelahiran Lhokseumawe, Aceh Utara, Indonesia ini tidak pernah patah semangat demi mengejar impiannya dalam bidang nyanyian.

Buat permulaan, Yuka berhasrat mengembangkan bakatnya ke negara ini yang bagaikan 'rumah kedua�nya' kini.

Tidak hadir dengan tangan kosong, sebaliknya Yuka berbekalkan bingkisan tiga singlenya iaitu Kita Harus Percaya, Ku Bersedia (sentuhan dua komposer Indonesia iaitu Pay Burman dan Dewiq) serta single terbaru, Dengan Tiada Luka.

Foto


Berkongsi lanjut me�ngenai single baru�nya itu, kata Yuka, dia mempertaruhkan lagu Dengan Tiada Luka itu khusus buat peminatnya di negara ini.


"Single baru ini juga sentuhan komposer tempatan iaitu Azlan Abu Hassan dan liriknya, Shah Shamshiri. Apa yang menarik, ia juga menceritakan perjalanan hidup saya ketika berdepan dengan masalah perceraian ibu bapa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12