Kesilapan Toure |
- Kesilapan Toure
- Ajal bawah konkrit
- Derita 4 tahun berakhir
- 'Aksi kampung': PBSNT
- Risteena tak pernah bercinta
Posted: 02 Feb 2014 02:29 PM PST LONDON: Kesilapan pemain pertahanan, Kolo Toure menyebabkan kedudukan tangga keempat Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris semakin terancam berikutan keputusan seri 1-1 menentang West Bromwich Albion (WBA) malam tadi. Liverpool berpeluang menjarakkan diri dari pasukan tempat kelima iaitu Everton dan mereka mendahului menerusi jaringan Daniel Sturridge namun kesilapan Toure menghantar bola tepat ke kaki penyerang WBA, Victor Anichebe yang pantas menyudahkan peluang membantutkan hasrat itu. Keputusan itu bermakna hanya dua mata memisahkan Liverpool dan Everton. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menurunkan kesebelasan utama yang membenam Everton beberapa hari lalu dan keputusannya membuahkan hasil apabila Sturridge menyudahkan hantaran silang Luis Suarez pada minit ke 24.
|
Posted: 02 Feb 2014 11:44 AM PST Tumpat: "Kami berkumpul sekeluarga untuk mengadakan kenduri sempena kami masuk ke rumah baru dan menyambut Maulidur Rasul, tetapi ia bertukar menjadi majlis tahlil. "Allahyarham ketika itu kelihatan biasa bermain dengan sepupunya tidak jauh daripada pandangan saya apabila secara tiba-tiba kami terdengar benda jatuh menyebabkan semua orang tergamam. "Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami dapati Allahyarham dihempap dinding konkrit yang runtuh itu dan berlumuran darah," kata Fadzilah Mahmad Wi, 35, ibu saudara kepada Muhammad Amirul Haikal Mohd Nor, 6, yang maut ditimpa dinding konkrit sisa kebakaran rumah nenek setinggi kira-kira dua meter di hadapan rumahnya di Kampung Geting, di sini, Jumaat lalu. Ketika kejadian, dia berada di rumah baru nenek bersama beberapa ahli keluarga dan sempat melihat mangsa bermain di tempat kejadian. SUHAINI menunjukkan gambar Muhammad Amirul (dalam bulatan) yang maut dihempap konkrit.
|
Posted: 02 Feb 2014 11:35 AM PST Kuala Terengganu: Selepas empat tahun dua bulan menjalani kehidupan di dunia ini, akhirnya Siti Solehah Mohd Mazolru yang mengalami kecacatan otak dan tidak memiliki hidung serta mulut sumbing menghembuskan nafas terakhir tepat jam 8.15 malam, pada 7 Januari lalu. Kanak-kanak istimewa yang dianggap permata keluarga bagi pasangan suami isteri, Mohd Mazolru Ibrahim, 31, dan Siti Haslina Sheikh Hussin, 34, serta tiga anak lelaki mereka, Mohd Ekmal Daniel, 12, Mohd Ekmal Darwisy, 9, dan Mohd Ekmal Darimie, 6, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, selepas lima hari dimasukkan ke hospital itu kerana muntah berdarah. Siti Haslina dari Kampung Nibong, di sini, berkata, walaupun sukar menerima kenyataan itu, dia dan suaminya reda pemergian Siti Solehah kerana menyedari setiap kejadian yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. "Saya dan suami sentiasa berada dalam keadaan bersedia menerima ujian ini kerana melihat penderitaannya, kami berasakan hayat Siti Solehah tidak panjang. SITI Haslina bersama Siti Solehah. SITI Haslina menunjukkan baju milik Siti Solehah kepada Mohamad Ekmal (kanan).
|
Posted: 02 Feb 2014 10:34 AM PST Kuala Terengganu: "Seperti bola sepak kampung," itu luahan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kesal dan tidak berpuas hati berhubung insiden yang menimpa penyerang import T-Team, Evaldo Rodrigues yang didakwa ditumbuk pengurusan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) manakala jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo dikasari pegawai keselamatan pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam kelmarin. Wan Ahmad Nizam berkata, beliau meminta siasatan terperinci dijalankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengetahui siapa yang bersalah dalam insiden itu selain menjaga maruah bola sepak tanah air. "Saya akui insiden menimpa pemain T-Team yang ditumbuk hingga hidung berdarah dan dikasari amat mendukacitakan serta memalukan kerana sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dalam era bola sepak profesional, tapi apa yang berlaku sebaliknya. "Saya akan minta Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh membuat laporan polis supaya insiden itu tidak akan berulang sambil menyerahkan kebijaksanaan badan induk bola sepak negara membuat keputusan berhubung isu itu," katanya. PEMAIN Johor DT terpaksa menunggu di tepi padang apabila pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan, kelmarin.
|
Posted: 02 Feb 2014 08:45 AM PST Kemunculan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 25, menerusi drama Playboy Itu Suami Aku bersama pasangannya Fattah Mohd Amin mendapat reaksi negatif daripada peminat. Pelbagai komen nakal dilemparkan antaranya lakonan mereka kayu dan tidak layak bergelar pelakon. Mengakui sedih dengan situasi itu, pelakon berasal dari Kepala Batas ini memotivasikan diri dengan menganggapnya sebagai satu dugaan untuk mencipta nama. Dia bekerja keras memperbaiki lakonannya dan akhirnya mampu tersenyum apabila siri ini berjaya mencatat rating yang membanggakan. "Saya diberi peluang oleh TV3 untuk membawakan watak Afina Alia. Saya tahu siri ini diangkat daripada novel popular dan cuba buat yang terbaik. Namun, awalnya memang susah untuk saya cipta keserasian dengan Fattah dan kekok kerana watak ini sangat besar. "Sebaik drama ini menemui penonton, apalagi teruk saya terima kritikan daripada penonton. Mula-mula memanglah saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya fikir semula kalau tak terima kritikan, lakonan saya tak ke mana.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |