Tiada jejak MH370 di koridor utara |
- Tiada jejak MH370 di koridor utara
- Misi khas kesan lapangan terbang
- Mamat parang panjang
- Kim Swee tersepit
- Noh Salleh pilih muzik gaya ejen perisikan
Tiada jejak MH370 di koridor utara Posted: 17 Mar 2014 03:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat negara yang terletak di koridor utara operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 memaklumkan tidak mengesan sebarang jejak pesawat itu melintasi ruang udara negara mereka. Pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera di India, Pakistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan menegaskan, radar awam atau tentera pasti dapat mengesan pergerakan pesawat itu jika benar ia melintasi ruang udara mereka. Malah, pejuang Taliban di sempadan pergunungan Pakistan - Afghanistan turut menafikan kemungkinan MH370 melintasi kawasan mereka. Malaysia mengumumkan pencarian pesawat penumpang Boeing 777-200ER milik MAS yang hilang pada 8 Mac lalu diperluas ke koridor utara menghala Kazakhstan dan Kyrgyzstan manakala koridor selatan ke Lautan Hindi selepas siasatan mendapati pesawat itu berpatah balik ketika berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Antarabangsa Lumpur (KLIA) Sepang ke Beijing. Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan mengesahkan tidak mengesan sebarang 'penggunaan tanpa sekatan' di ruang udaranya 8 Mac lalu. EMPAT negara di koridor utara serta Taliban yang menguasai sempadan Afghnistan-Pakistan turut nafikan kelibat MH370. Grafik Hanafi Nordin Koridor utara bagi operasi SAR MH370. Grafik Hanafi Nordin
"Pihak tentera mengawasi ruang udara negara ini dan pesawat juga terpaksa merentasi ruang udara beberapa negara lain. Zon penerbangan ini dipantau dengan teliti. Kami pasti akan menerima maklumat daripada negara berkenaan," katanya. Sementara itu, pihak penerbangan awam Kyrgyzstan juga menolak kemungkinan pesawat itu hilang berhampiran negaranya. "Pesawat ini tidak terbang di ruang udara Kyrgyzstan. Tentera Udara Russia dan Amerika Syarikat yang berpangkalan di negara ini mempunyai alat radar yang pasti dapat mengesan pesawat ini," kata Timbalan Presiden Lapangan Terbang Awam Manas dekat Bishkek, Dair Tokobayev. Pegawai penerbangan awam Pakistan, India dan Afghanistan turut menjelaskan mereka tidak tahu lokasi MH370 walaupun telah maklum dengan pencarian pesawat itu telah diperluaskan ke wilayah berkenaan. "Idea bahawa pesawat terbang di ruang udara India selama beberapa jam tanpa dikesan adalah sesuatu yang tak masuk akal," kata pegawai Kementerian Pertahanan India yang tidak mahu dikenali. Menurutnya, laporan itu tidak berasas kerana juruterbang terbabit perlu tahu lokasi tepat semua radar dan sistem pemantauan di India jika mahu mengelak daripada dikesan sedangkan pemantauan di ruang udara India amat ketat berikutan krisis sempadan yang dihadapi dengan jirannya Pakistan. Pegawai tentera India yang mengulas teori MH370 terbang melintasi banjaran Himalaya yang kurang mendapat liputan radar pula menjelaskan, rupa bumi banjaran itu memerlukan kepintaran dan kemahiran juruterbang tentera untuk berbuat demikian. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan juga memberitahu pihaknya tidak mengesan sebarang keganjilan di ruang angkasanya selepas MH370 dilaporkan hilang. "Kami telah memeriksa rekod radar kami dalam tempoh berkenaan tetapi gagal menemui sebarang bukti kehadiran pesawat itu," katanya. Malah, teori mengatakan MH370 melintasi kawasan pergunungan di sempadan Pakistan - Afghanistan yang menjadi lokasi Taliban berkubu juga ditolak oleh kumpulan pejuang itu. Jurucakap Taliban di Afghanistan Zabihullah Mujahid berkata, kehilangan pesawat itu tidak ada kena mengena dengan mereka. "Ia berlaku di luar Afghanistan dan anda sendiri boleh lihat bahawa negara yang memiliki peralatan dan kemudahan canggih sekalipun tidak tahu ke mana perginya pesawat itu. Oleh itu, kami juga tidak ada sebarang maklumat, lagi pun ia urusan negara luar," katanya. - AGENSI Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18 |
Misi khas kesan lapangan terbang Posted: 17 Mar 2014 11:37 AM PDT Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu. Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara. Justeru, sumber PDRM memberitahu Harian Metro jika pesawat MH370 mendarat di lapangan terbang awam, komersial atau milik tentera, sudah tentu pendaratannya diketahui umum. AHLI keluarga penumpang menunggu maklumat terkini operasi pencarian penerbangan MH370 di Beijing.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18 |
Posted: 17 Mar 2014 11:31 AM PDT Kangar: "Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya ternampak dia berlari sejurus dikejar seorang lelaki sebelum terjatuh akibat libasan parang di belakang badan dan kepalanya," kata Tan Ong An, 17, selepas rakannya cedera parah akibat dilibas dengan parang, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Ong An bersama mangsa Cheng Chin Shin, 32, berada di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Raja Syed Alwi, di sini. Ong An berkata, kedua-duanya yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta berdekatan pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal menuju ke arah mereka. "Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turun dari motosikal membawa sebilah parang panjang sebelum menuju ke arah Chin Shin. Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya sempat melihat rakan melarikan diri apabila suspek mengejarnya. CHIN Shin parah di bahagian kepala dan terpaksa menerima lebih 20 jahitan apabila diserang seorang lelaki tidak dikenali.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18 |
Posted: 17 Mar 2014 11:14 AM PDT Kuala Lumpur: Perancangan jurulatih sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee untuk mengadakan perlawanan berstatus A bulan depan sedikit terjejas apabila kes Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) masih lagi tertangguh. FAM didakwa AFC di bawah Artikel 65, 66, dan 67 berikutan insiden kekecohan dicetuskan Ultras Malaya pada aksi persahabatan skuad kebangsaan dengan Filipina pada 1 Mac lalu namun kes itu masih belum diputuskan Jabatan Tatatertib AFC. Situasi itu menyebabkan Kim Swee tersepit dalam usaha mengatur perlawanan persahabatan ketika memanggil pemain untuk menjalani latihan pusat selama 10 hari bermula 20 April depan. "Saya bercadang mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh itu, namun belum tahu keputusan AFC sama ada membenarkan kami beraksi di sini atau di luar. Kalau kami membuat keputusan menunggu keputusan AFC itu pasti menyukarkan kami mengatur perlawanan dengan mana-mana pasukan pada saat akhir. KIM SWEE (dua dari kanan) mahu pastikan Harimau Malaya tidak hilang rentak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18 |
Noh Salleh pilih muzik gaya ejen perisikan Posted: 17 Mar 2014 06:35 AM PDT Dia akhirnya muncul dengan album solo selepas lapan tahun bersama Hujan. Album dengan judul Noh Salleh menitipkan pelbagai cerita menarik. Berputar soal perasaan terhadap isteri tercinta, Mizz Nina dan juga persahabatan. Selain itu, ia turut membawa pendengar berfantasi ke alam perisikan juga suasana era 1950-an di Sweden. Kemunculan album ini bagaikan petanda apakah karier muziknya bersama kumpulan Hujan akan berakhir?
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |