Mesej Maira meruntun jiwa |
- Mesej Maira meruntun jiwa
- Pampasan awal dibayar
- Ayat 'power' orang lama
- Garang belasah China
- Forteen rahsiakan bintang undangan
Posted: 19 Mar 2014 03:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Seluruh warga kelab Liverpool terharu dengan mesej anak perempuan ketua pramugara pesawat MAS MH370 yang merayu ayahnya `pulang' untuk menyaksikan perlawanan Liverpool. Kelab Liga Perdana Inggeris itu kemudiannya membalas mesej Maira Elizabeth Nari, iaitu anak perempuan kepada Andrew Nari, yang dimuat naik ke laman sosial Twitter pada hari Liverpool menumpaskan Manchester United, 3-0. Mesej itu berbunyi: `Daddy, Liverpool is winning the game. Come home, so you can watch the game! You never miss watching the game. It's your very first time," kata Nari menerusi akaun Twitter miliknya. Pesawat MAS MH370 hilang sejak 8 Mac lalu, ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Maira kemudian menjawab: "Jika ayah lihat ini (mesej daripada Liverpool), dia pasti gembira. Dia akan senyum. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia. Ayah adalah peminat tegar LFC!" Liverpool turut memuatnaik mesej daripada Nari ke laman Facebook kelab itu yang kemudiannya dikongsi sekurang-kurangnya 7,000 kali. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20 |
Posted: 19 Mar 2014 12:08 PM PDT Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) selaku pemilik pesawat penerbangan MH370 dan semua penumpang serta anak kapalnya sudah dibayar 100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal. Reuters memetik akhbar harian German, Handelsblatt yang melaporkan Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain. Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans. "Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang," kata laporan itu. WARIS penumpang MH370 yang hilang tidak dapat menahan sebak ketika dia keluar dari dewan taklimat di sebuah hotel di Beijing, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20 |
Posted: 19 Mar 2014 11:57 AM PDT Alor Gajah: "Satu hari selepas habis kelas mengaji saya berseloroh jika hendak mencari calon isteri di sini terdapat ramai wanita warga emas dan pilihlah mana yang berkenan. "Dengan nada selamba katanya dia hanya berkenan dengan saya, namun saya anggap ia hanya gurauan. Tidak sangka dari bergurau kini kami sah bergelar suami isteri," kata Sapiah Ali, 64, isteri kepada Md Dali Sharif, 75. Pasangan warga emas ini dinikahkan Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maarof kira-kira jam 9 pagi dalam satu majlis pernikahan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Komplek Seri Penyayang, Jalan Lesung Batu, di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar, Pengarah JKM negeri Zulyadin Limat dan Pegawai JKM Daerah Alor Gajah Shahrawati Shahbudin. SAPIAH tersenyum riang apabila disarungkan cincin oleh suaminya, Md Dali.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20 |
Posted: 19 Mar 2014 11:34 AM PDT Ipoh: Skuad hoki negara umpama melepaskan geram berikutan penggantungan satu perlawanan penyerang utama negara Faizal Saari apabila mempamerkan karakter garang dengan membelasah China 7-3 pada perlawanan keempat saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam. Kemenangan ketiga daripada empat perlawanan itu semakin mencerahkan peluang untuk skuad negara melangkah ke pentas final. Faizal dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan semalam kerana didapati bersalah memecahkan kerusi plastik menggunakan kayu hoki sebagai rasa protes dilayangkan kad kuning pada minit ke-24 sewaktu bertemu Kanada kelmarin. Berita hukuman ke atas Faizal yang diterima pagi semalam cukup meresahkan skuad negara kerana kehadiran pemain itu pada tiga perlawanan sebelum ini sememangnya banyak membantu skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah. IZAD (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20 |
Forteen rahsiakan bintang undangan Posted: 19 Mar 2014 08:03 AM PDT Ketika ada segelintir anak muda masih terkial-kial mencari peluang dan ruang untuk membina nama sebagai insan seni berjaya, tuah nyata menyebelahi Forteen. Dianggotai empat jejaka kacak, dalam tempoh empat tahun nampaknya Forteen semakin kukuh. Meskipun salah seorang anggotanya yang juga pelakon popular, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam sudah mendirikan rumah tangga, namun populariti Forteen tidak merudum. Kini, apa yang paling mendebarkan Forteen adalah menghitung hari untuk konsert istimewa mereka iaitu Konsert Kita 20Forteen di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 29 Mac ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |