Nampak macam sama

Nampak macam sama


Nampak macam sama

Posted: 11 Mar 2014 11:09 AM PDT

SEPANG: Seorang daripada dua lelaki Iran yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines #dimanaMH370 didapati memiliki wajah hampir seiras dengan pemegang pasport asal, Luigi Maraldi yang berasal dari Itali.

Ini berdasarkan gambar Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, yang diedarkan menerusi sidang media oleh Interpol di Lyon, Perancis and Polis Diraja Malaysia, di sini, dan foto Luigi Maraldi oleh agensi berita EPA ketika sidang media warga Itali itu di Pattaya, Thailand pada 10 Mac.

Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata, rakaman menunjukkan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan Pouri Nur Mehdrad, 19, menaiki pesawat pada masa sama.

Nobel berkata, maklumat setakat ini mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Foto

LUIGI Maraldi, warga Itali (kiri), Delavar Seyed Mohammad Reza, warga Iran (kanan). FOTO Reuters dan EPA


"Mereka kemungkinan besar adalah mangsa perdagangan manusia. Apa yang membimbangkan adalah kemungkinan lebih satu bilion kali setiap tahun, mereka yang melewati sempadan atau menggunakan pengangkutan udara, pasport mereka tidak disemak teliti dengan pangkalan data Interpol.


Dua lelaki Iran menggunakan pasport negara asal mereka untuk masuk ke Malaysia menggunakan pasport curi dan menyamar sebagai warga Austria dan Itali ketika mendaftar masuk bagi menaiki pesawat MH370.

Pouri yang menggunakan pasport curi milik warga Austria dipercayai ingin berhijrah ke negara Jerman.

Sebelum ini, Itali dan Austria menafikan rakyat mereka berada dalam pesawat MH370 dan pihak berkuasa berkenaan mendakwa pasport Luigi Maraldi (Itali) dan Christan Kozel (Austria) telah dicuri di Asia Tenggara beberapa tahun lalu.

Tiket dua penumpang ini juga dibeli dengan China Southern Airlines dalam mata wang baht pada masa sama.

Kedua-dua tiket penerbangan itu ditempah bagi destinasi Kuala Lumpur-Beijing sebelum diteruskan ke Amsterdam.

Delavar sepatutnya meneruskan perjalanan ke Copenhagen manakala Pouri akan ke Frankfurt.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah Selatan Thai Lt Jeneral Panya Maman memberitahu AFP: "Kami percaya kedua pasport ini dicuri sindiket pemerdagangan manusia yang menghantar mangsa bekerja di negara lain terutama di Eropah."

Katanya, lelaki Iran dikenali sebagai "Mr Ali" yang menempah tiket di atas nama dua pemegang pasport Eropah dipercayai pernah menetap di Malaysia dan mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa.

Menurutnya, kira-kira 2,000 pasport hilang atau dicuri di Thailand setiap tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12

Ibu dedah identiti

Posted: 11 Mar 2014 11:05 AM PDT

Sepang: Dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi dikenal pasti berasal dari Iran dan dipercayai tiada kaitan dengan kumpulan pengganas, namun polis masih memfokuskan siasatan kepada kemungkinan pesawat itu dirampas atau disabotaj.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang daripada mereka dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad yang menggunakan pasport milik warga Austria, Christian Kozel.

Menurutnya, lelaki berusia 19 tahun itu dalam perjalanan ke Jerman dan dipercayai dia mahu berhijrah ke negara itu.

"Maklumat ini diperoleh selepas ibunya yang berada di Frankfurt, Jerman menghubungi pihak berkuasa negara ini selepas anaknya tidak muncul di balai ketibaan lapangan terbang di sana.

Foto

KHALID (tengah) ketika menjawab persoalan dalam sidang media, semalam.

Foto

POURIA guna pasport Christian Kozel

Foto

DELAVAR guna pasport Luigi Maraldi


"Hasil maklumat ibunya, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa beberapa negara bagi memeriksa profil dan latar belakang Pouria. Setakat ini, tiada maklumat yang boleh mengaitkannya dengan kumpulan pengganas," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12

Pintasan maut

Posted: 11 Mar 2014 10:47 AM PDT

Sungai Petani: Tiga penjenayah warga Indonesia yang terbabit dalam kegiatan samun bersenjata ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis dalam Ops Cantas Khas di persimpangan masuk ke Jalan Kongsi 14, Ladang Kuala Muda, Jalan Kuala Ketil, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengejar sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki tiga penjenayah terbabit.

Sebelum kejadian itu, sepasukan sembilan anggota Ops Cantas Khas yang diketuai Asisten Superintendan Toh Eng San membuat pemantauan khusus di sekitar daerah ini, Baling dan Kulim dan ketika itu sedang membuat rondaan di Jalan Kuala Ketil, di sini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tiga penjenayah itu dikesan anggota Ops Cantas Khas yang membuat rondaan dari Jalan Kuala Ketil ke Sungai Petani dalam keadaan mencurigakan.

Foto

ANGGOTA polis memeriksa tiga mayat penjenayah.

Foto

KERETA yang digunakan suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Beliau berkata, sebaik tiba di persimpangan masuk Jalan Bukit Selambau, pasukan itu terserempak dengan sebuah kereta Proton Perdana V6 berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran KB 351 dalam keadaan mencurigakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12

2 muka baru

Posted: 11 Mar 2014 10:33 AM PDT

Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menyenarai pendek enam jurulatih import termasuk dua calon baru iaitu bekas pengurus kelab Inggeris Leeds United dan Aston Villa, David O'Leary serta jurulatih dari Itali Fabio Lopez untuk mengisi kerusi panas membimbing skuad Harimau Malaya.

Selain O'Leary yang pernah beraksi dengan Arsenal pada 1975-1993 dan Lopez, empat lagi calon membabitkan Peter Reid (bekas jurulatih Thailand), Bob Houghton (bekas jurulatih China), Zdenek Zeman (bekas jurulatih AS Roma) dan Marcel Desailly (bekas pemain Perancis).

Bagaimanapun berdasarkan senarai FAM itu, calon yang berminat itu tidaklah sehebat reputasi bekas jurulatih Jepun yang menjadi buruan sebelum ini, Philippe Troussier sekali gus mencetuskan kemungkinan dua calon jurulatih tempatan Datuk Ong Kim Swee dan Dollah Salleh masih mempunyai peluang.

Menurut Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan enam calon jurulatih import itu dalam masa terdekat ini.

Foto

FAM sedia bincang dengan O'Leary (kiri) dan Lopez.


Bagaimanapun beliau menjangkakan pengumuman siapa yang bakal dilantik mengambil tempat ditinggalkan Datuk K Rajagobal, hanya akan diketahui Jun nanti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12

Melancong guna duit sendiri

Posted: 11 Mar 2014 07:40 AM PDT

Dalam tempoh lima tahun berkecimpung dalam bidang seni, nama pelakon berbakat Ika Nabella tidak pernah sunyi dari dikaitkan dengan gosip mahupun kontroversi.

Bermula perbalahan dengan pengikut laman sosial, gosip bercinta dengan 'pengkid', nama Ika terpalit lagi dengan gosip terbaru yang mendakwa dirinya ditaja pihak tertentu kerana kerap bercuti ke destinasi luar negara, sejak kebelakangan ini.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 24, berkata, dia kecewa dengan gosip yang turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.

"Gosip yang mendakwa saya ditaja seseorang itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, saya memang suka melancong dan meneroka keindahan negara orang sejak dulu.


"Malah, saya juga sanggup bekerja siang dan malam mengumpul wang untuk bercuti ke luar negara, sekali gus merehatkan fikiran selepas penat di lokasi penggambaran. Saya minta tolong hentikan gosip saya ditaja itu kerana setakat ini saya masih mampu melancong dengan duit sendiri," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/12