AIR MATA MH370

AIR MATA MH370


AIR MATA MH370

Posted: 21 Mar 2014 03:25 PM PDT

AIR MATA MH370

Selepas 14 hari pesawat MAS hilang, ahli keluarga penumpang, kru terus meratap mengharapkan insan tersayang pulang

Putrajaya: Keluarga penumpang pesawat MH370 tidak putus harap supaya kapal terbang yang hilang sejak 8 Mac lalu ditemui dengan selamat, berserta penumpangnya.

Walaupun pihak berkuasa memaklumkan mengenai penemuan dua objek di Lautan Hindi yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat, mereka enggan mempercayainya selagi belum mendapat pengesahan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

PRK Kajang: 'Pilih yang berpengalaman'

Posted: 21 Mar 2014 03:13 PM PDT

Rakyat diminta ketepi sentimen dan emosi, jangan perjudikan nasib

Serdang: Pengalaman kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh ditandingi pembangkang dan rakyat tidak boleh memperjudikan nasib mereka hanya kerana sentimen dan emosi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengalaman pahit getir dan manis diraih kerajaan sejak negara merdeka hingga kini menyaksikan negara meraih pelbagai kemajuan bagi memenuhi harapan dan aspirasi pelbagai pihak.

"Kita sudah melalui pelbagai zaman susah senang selama tempoh 57 tahun, termasuk cabaran krisis kewangan untuk menjaga keperluan kebajikan dan tuntutan semua kaum yang pelbagai dan kompleks.

"Mungkin orang kata bagi kami (pembangkang) pel uang, betul juga, tapi ia tidak boleh menandingi pengalaman kita (BN).

"Kenapa kita mahu tolak kerajaan yang terbukti berpengalaman, sedangkan pemimpin pembangkang mempunyai pengalaman sedikit dan ada tiada pengalaman langsung.

Bukan tugas mudah
"Menguruskan negara bukan mudah, terutama dalam situasi sekarang dan kerajaan sudah melalui pengalaman ini, nasib kita tidak boleh diperjudikan begitu saja," katanya pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama Penjawat Awam, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata pada masa sama, kerajaan tidak sesekali meragui kesetiaan penjawat dan bekas penjawat awam yang sehingga kini terus menyokong BN untuk menerajui tampuk kepimpinan negara.

Beliau berkata, kesetiaan yang tinggi itu terjalin erat kerana kedua-dua pihak selama ini turut terbabit dalam dasar pelaksanaan negara.

"Ia adalah hasil bersama idea dan input pimpinan dan pegawai tertinggi kerajaan sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.

PRK Kajang: Beri jaminan jadi ADUN sepenuh masa

Posted: 21 Mar 2014 03:03 PM PDT

PRK Kajang: Beri jaminan jadi ADUN sepenuh masaMei Fun hadir pada program khidmat masyarakat PDK OKU Semai Bakti di Kajang. - Foto Asyraf Hamzah

Dengar suara rakyat, faham masalah, berusaha mengatasinya

Kajang: "Saya akan jadi wakil rakyat yang senang dihubungi penduduk jika diberi peluang," kata Datin Paduka Chew Mei Fun, mengulangi janjinya andai diberi mandat oleh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Pilihan Raya Kecil (PRK), esok.

Calon Barisan Nasional (BN) itu juga memberi jaminan, beliau akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepenuh masa yang berkhidmat untuk rakyat dan akan sentiasa turun padang menyelesaikan masalah mereka.

"Saya akan jadi wakil rakyat yang efektif, dengar suara rakyat, memahami masalah mereka dan berusaha mengatasi masalah mereka," katanya selepas menghadiri program khidmat masyarakat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Orang Kelainan Upaya (OKU) Semai Bakti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah, di sini semalam.

Jadi kawasan selamat

Ditanya apa yang paling ingin dilakukannya jika terpilih sebagai ADUN Kajang, Naib Presiden MCA itu berkata, beliau mahu mewujudkan kawasan kediaman yang selamat, bersih dan bebas denggi, selain mengurangkan jenayah serta kesesakan lalu lintas.

"Saya dapati ada banyak isu tempatan sepanjang 28 hari berada di kawasan ini. Tiada orang yang peduli dan membantu, seolah-olah Kajang tiada wakil rakyat," katanya merujuk masalah yang sering dibangkitkan penduduk Kajang sepanjang kawasan berkenaan diwakili PKR.
Mei Fun juga memberi jaminan akan menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebelum ini untuk melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada pertubuhan kebajikan berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan istimewa di DUN Kajang.

PRK Balingian: Pembinaan dua sekolah bukti BN tepati janji

Posted: 21 Mar 2014 02:58 PM PDT

Mukah: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian, di sini, adalah testimoni kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji kepada rakyat.

Malah, peruntukan RM79 juta bagi membiayai pembinaan kedua-dua sekolah itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pendidikan, di sini, kelmarin, membuktikan BN bukan parti politik yang menabur janji kosong seperti pembangkang.

Pengumuman Muhyiddin itu mengakhiri penantian hampir dua dekad penduduk di kedua-dua kawasan kubu kuat BN itu untuk memiliki dua sekolah baru demi keperluan pendidikan anak mereka.

Berita gembira

Penduduk Balingian, Ismail Harun, 35, berkata berita menggembirakan itu sudah ditunggu masyarakat setempat.

"Apabila dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri akan berkunjung ke sini, kami yakin beliau membawa bersama 'ole-ole' dan nampaknya buah tangan itu cukup besar bagi penduduk Balingian dan Kampung Tellian.

"Sukar digambarkan kegembiraan kami sebaik beliau mengumumkan pembinaan sekolah itu, malah terbayang wajah riang anak kami pulang dari sekolah baru itu kelak," katanya.
Seorang peniaga, Jamaludin Hayat Abdullah, 28, menarik nafas lega kerana tidak perlu memikirkan soal menghantar anaknya ke sekolah menengah di bandar.

"Anak saya masih di prasekolah dan saya yakin mereka sempat mendapat manfaat sekolah baru itu apabila tiba masanya," katanya.

100,000 berselawat

Posted: 21 Mar 2014 02:53 PM PDT

100,000 berselawatNajib menyertai Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra selepas menunaikan solat sunat hajat di Masjid Putra. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Program agama dapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat

Putrajaya: Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H yang berlangsung di Dataran Masjid Putra, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, malam tadi.

Sambutan yang sungguh menggalakkan ini membuktikan persembahan bercorak kerohanian dan keagamaan dianggap unik serta membanggakan kerana ia mendapat tempat di kalangan orang ramai yang hadir dari pelbagai peringkat usia.

Ia adalah satu fenomena dan apabila kita lihat rakaman video daripada atas, ia boleh digambarkan seperti kota suci Makkah" Izelan Basar, Pengarah Publisiti dan Promosi Sekretariat Selawat Perdana


Persembahan dimulakan dengan tayangan video klip Zikir Terapi dari Hafiz Hamidun

diikuti solat hajat berjemaah bagi mendoakan keselamatan penumpang dan kru pesawat MAS MH 370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kemudian diakhiri dengan selawat perdana sehingga jam 11 malam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

SKOR BH bantu pelajar tingkat pencapaian

Posted: 21 Mar 2014 02:42 PM PDT

Puchong: Contoh soalan seiras peperiksaan sebenar dan teknik menjawab berkesan ditampilkan sisipan Pendidikan SKOR BH, berjaya meningkatkan pencapaian 220 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 1, Bandar Kinrara, di sini.

Setiausaha Peperiksaan SPM sekolah itu, Rafizah Mohd Radzi, berkata sekolah itu menunjukkan prestasi baik dengan peratus kelulusan 81 peratus berbanding 79 peratus, tahun sebelumnya.

"Lima calon lulus semua A, manakala lebih 20 calon lagi mendapat keputusan 7A, 8A dan 9A.

Sekolah melanggan SKOR untuk calon SPM kerana sisipan itu sesuai sebagai bahan rujukan" Rafizah Mohd Radzi, Setiausaha Peperiksaan SPM SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara


"Selain komitmen guru serta usaha murid, pencapaian baik calon dibantu penggunaan sisipan SKOR, sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas atau sebagai bahan ulang kaji pelajar di rumah.

"Sekolah melanggan sisipan SKOR untuk calon SPM kerana sisipan itu sesuai sebagai bahan rujukan yang menyelitkan tip, topik, penerangan jelas dan soalan disediakan guru cemerlang," katanya semalam.

Rafizah berkata, penggunaan SKOR membantu meningkatkan pencapaian dalam subjek Bahasa Melayu, selain mata pelajaran, termasuk Fizik, Kimia dan Biologi, yang mencatat kelulusan 100 peratus.