Satelit sendiri |
Posted: 29 Mar 2014 03:20 PM PDT Berita UtamaOleh NAZARALI SAERIL, AMIR ABD HAMID, FIRDAUS IBRAHIM, ISKANDAR SHAH MOHAMED, FIRDAUS SAHAT, SURAYA ROSLAN, ANIZA ZAINUDIN, KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA, FARDY BUNGGA, RIZANIZAM ABD HAMID, MAHAIZURA ABD MALIK dan IKRAM ISMAIL. Kuala Lumpur: Kebergantungan negara terhadap satelit milik kuasa besar seperti dalam kes pencarian serpihan pesawat MH370 akan dapat dikurangkan pada masa depan. Ini berikutan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menetapkan sasaran untuk membina satelit sendiri dalam tempoh 10 tahun lagi. Ia program jangka panjang ANGKASA selain pelan jangka pendek iaitu pelancaran satelit penderiaan jauh (remote sensing) RazakSAT-2 pada 2016. Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad berkata, pihaknya yakin kedua-dua sasaran itu mampu dilaksanakan dengan pertambahan pakar tempatan. DR Noordin menerangkan penggunaan satelit bagi mengesan penerbangan MH370.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/30 |
Posted: 29 Mar 2014 03:20 PM PDT Putrajaya: "Semua persoalan dan ketidakpuasan hati sudah terjawab. Buat masa ini kita berpuas hati dengan penjelasan diberi," kata Sharil Shaari, 36, ahli keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Sharil yang juga sepupu kepada Mohd Razahan Zamani, 23, berkata, sebelum ini dia tidak berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, namun kini ia dijelaskan sepenuhnya oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam pertemuan semalam. "Banyak soalan ditanya waris penumpang dan beliau (Hishammuddin) memberi jawapan panjang lebar. Beliau juga menyatakan usaha mencari pesawat, penumpang dan anak kapal tetap diteruskan. "Kebanyakan waris bertanya perkara berkaitan penerbangan pesawat yang dikatakan berakhir di Lautan Hindi yang selama ini menjadi tanda tanya kepada kami," katanya ketika ditemui selepas majlis pertemuan dengan Hishammuddin di Hotel Everly, di sini, semalam. HISHAMMUDDIN dan isteri, Tengku Marsilla bertemu waris penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/30 |
Posted: 29 Mar 2014 03:19 PM PDT Alor Gajah: Seorang juruteknik berdepan detik mencemaskan apabila sebuah kereta terbabas sebelum melambung dan 'mendarat' dalam keadaan terbalik di bahagian but keretanya di Kilometer 217.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.50 petang, Azri Nizam, 24, yang memandu di lorong tengah, dikejutkan dengan kemunculan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas dari laluan sebelah kiri dan melambung ke arah keretanya sebelum menukar gear dan memecut bagi mengelak kereta terbabit menghempap keretanya. Kereta itu 'mendarat' dalam keadaan terbalik di but keretanya sebelum terseret dan dirempuh kereta Honda Jazz dipandu Norsuraya Ab Hamid, 34. Pemandu Honda City, Esmond Lee Chong Cherng, 18, dan penumpangnya Alvin Chackor Thomas, 21, parah apabila masing-masing patah kaki dan tangan selain cedera di bahu dan kepala, manakala Azri dan Nosuraya tidak cedera. KEADAAN kereta yang dipandu Esmond remuk teruk. Gambar kecil, mangsa menerima rawatan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/30 |
Posted: 29 Mar 2014 02:43 PM PDT Sepang: Pemandu Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton bakal memulakan perlumbaan hari ini di petak pertama selepas mencatat masa terpantas 1 minit 59.431s pada sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) yang berlangsung di Litar Sepang, semalam. Hamilton yang gagal menamatkan perlumbaan di Litar Albert Park, Australia dua minggu lalu, konsisten mencatat masa terpantas meskipun beraksi dalam cuaca tidak menentu. "Sesi kelayakan yang cukup sukar kerana cuaca tidak menentu. Semestinya saya gembira dengan keputusan ini. "Apapun, kami perlu bekerja keras pada perlumbaan sebenar kerana jarak masa antara kami dengan pasukan lain tidak banyak berbeza," katanya pada sidang media semalam. HAMILTON (tengah) catat masa 1 minit 59.431s.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/30 |
Posted: 28 Mar 2014 06:33 PM PDT Kecil molek, aktif dan lincah adalah ciri-ciri dimiliki Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Sharifah Amani. Namun begitu, siapa dapat menyangkal kredibilitinya dalam bidang lakonan. Selain bijak membawa karakter diberi, Sharifah Amani bijak mengintepretasi dialog serta bahasa tubuh yang jarang dilihat pada kebanyakan aktor tempatan. Semuanya kerana dia serius dalam apa dilakukan. Kematangannya juga jauh melangkau usia sebenar kerana ilmu dimiliki, baik dari sudut ilmu lakon, pengalaman dan sokongan keluarga yang sememangnya disegani sebagai keluarga 'seniman'. Namun dalam keseriusan menegakkan kepercayaannya dalam ilmu lakonan, ada yang melihat Sharifah Amani sebagai berlagak, sombong dan terlalu tegas.
"Dalam bengkel diadakan sempena Drama Festival Kuala Lumpur, saya bukan setakat berkongsi ilmu, tapi mencari pekerja yang bersung�guh-sungguh. "Ia bukan mengenai apa yang saya rasa atau fikirkan lagi. Ia mengenai industri ini yang selama 80 tahun masih berdepan isu sama," tegas Nani tatkala bercakap mengenai industri. Selayaknya Nani bercakap mengenai hal ini kerana anak kepada aktres dan jurulatih lakonan, Fatimah Abu Bakar ini membuktikannya di pentas anugerah melalui Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (FFM19) dan Pelakon Wanita Harapan (FFM18). Walaupun ada yang mengecam, bagi Nani, itu adalah lumrah tatkala mengambil langkah tegas meletakkan bidang lakonan ke tahap profesional selayaknya. Pada DFKL anjuran TV3 dan TV9 Februari lalu, Nani berkongsi pelbagai pengalamannya dalam bidang lakonan. Antaranya, pemahaman berada dalam dunia lakonan. "Orang fikir dunia lakonan ini glamor. Mereka kena bangun sebab ia tidak seperti yang difikirkan. Ini adalah realiti dan saya mahu masyarakat faham, terutama golongan muda, untuk menikmati proses kreatif. "Selepas sesi itu, saya membuatkan mereka balik dan berfikir semula. Mungkin industri akhirnya menemui 'pekerja' filem yang serius?" katanya. Nani akui, sejak akhir ini, makin ramai sedar industri ini bukan lagi lokasi 'mencari jodoh' atau tempat untuk dapat duit mudah. Pembabitan pelbagai agensi swasta dan kerajaan membuatkan industri menampakkan cahaya sendiri dalam suasana kelam sebelum ini. Antara membuatkan Nani bersyukur tatkala melihat sambutan filem The Journey yang mencatat kutipan RM17.7 juta, tertinggi dalam sejarah filem Malaysia. Saya bersyukur ia menjadi pecah panggung dan membuktikan karya mengenai budaya masyarakat kita adalah pilihan utama. "Cerita ini tidak ada bintang, ia hanya ada budaya dan cinta. Ini perkara yang kita mahu tonjolkan kepada dunia mengenai filem kita. "Ia memberi harapan baru bahawa genre filem boleh diubah, bukan lagi filem genre tahyul dan merepek yang bukan pasal kita," katanya. Dalam asyik berbual mengenai berita gembira itu, Nani sempat berkongsi mengenai usaha kecilnya menghasilkan skrip yang diharap mampu mengubah dan memberi harapan bari kepada dunia filem tempatan. Nani mengakui, ideanya tidak ada konsep atau plot yang 'popular' seperti filem kebiasaan kerana beranggapan tiba masa untuk mengubah industri. Perubahan ini, seperti dibuktikan melalui The Journey sebenarnya mampu memberi pulangan lumayan jika ceritanya bagus. "Kita ada banyak budaya yang belum lagi diang�kat, tapi saya bersyukur sudah ada kesatuan untuk ke arah itu, malah antara produser dan pengarah sendiri. "Saya dapat lihat usaha itu untuk membawa sesuatu yang positif ke masa depan," katanya yang menulis beberapa skrip yang menanti masa untuk direalisasikan. Bercakap dari segi pengarahan, keinginannya sangat tinggi tapi pada masa sama, rasa takut menjadi beban di bahunya. Apatah lagi, bergelar 'anak emas' Allahyarham Yasmin Ahmad, anak Fatimah Abu Bakar dan membesar dalam suasana set penggambaran Datuk Suhaimi Baba, tekanan itu makin menggunung. Nani akui, ramai bertanya soalan sama, bila mahu keluarkan filem sendiri, terutama selepas karya filem pendeknya mendapat kritikan membina daripada banyak pihak. Percaya atau tidak, soal�an itu bagai menekan dirinya. "Bikin filem bukan setakat mahu mencari duit, tapi ia lebih dari itu, terutama mencari produser yang berani melaburkan duit pada filem yang belum tentu untung ruginya. "Saya kena cari orang yang boleh percayakan saya tapi jujurnya rasa ragu-ragu masih bersarang dalam diri saya. Namun, sikit demi sikit saya mula buka mata dan ini adalah sisi saya. "Bukan saya tidak mahu buat sendiri, mengang�kat diri sebagai produser dan pengarah. Sebenarnya langkah itu berbahaya kerana pelbagai masalah lain akan timbul," katanya yang berharap peminat filem tempatan dapat memberi ruang kepadanya. Kata Nani, arwah (Yasmin) adalah satu-satunya tempat dianggap sekolah filem dan dia tidak mahu terus dibayangi kejayaan pengarah itu. Tambahan pula, usianya masih muda dan lebih sukakan drama, berbeza dengan arwah yang lebih ke arah sesuatu yang ringkas dan pendekatan rileks. "Kalau ada, adalah. Cuma saya harap, beri masa untuk saya betul-betul bersedia," katanya tatkala ditanya bila masyarakat dapat menonton karya pertamanya di layar lebar. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |