Jutaan imej dua petunjuk |
- Jutaan imej dua petunjuk
- Hari bahagia Harimau Muda
- Perangkap pusaran
- 'Main macam final'
- ZZforRR bukti setia kawan
Posted: 21 Mar 2014 02:35 PM PDT SYDNEY: Jumlah imej satelit terlalu banyak yang memerlukan masa untuk diteliti menyebabkan kelewatan mengenal pasti objek yang mungkin dapat dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi. Jurucakap DigitalGlobe yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat Turner Brinton berkata, lebih tiga juta kilometer persegi gambar kawasan bumi dirakam oleh lima satelit beresolusi tinggi setiap hari termasuk dua objek sepanjang 24 meter dan lima meter dikesan kira-kira 3,500 kilometer (KM) di barat daya Perth itu. "Jumlah imej yang dirakam terlalu banyak untuk diteliti secara langsung tanpa pengkhususan. Disebabkan keluasan kawasan carian yang luar biasa, masa yang diperlukan untuk analisis maklumat adalah mengikut yang dijangkakan," katanya. Brinton tidak menjelaskan sama ada objek itu dikesan oleh penganalisis syarikatnya, pihak kerajaan atau peserta platform sumber daya kerumunan (crowdsourcing) dipanggil Tomnod yang diaktifkan 11 Mac lalu bagi mengajak orang ramai meneliti imej satelit bagi mencari petanda baru.
Bagaimanapun, Pemangku Perdana Menteri Australia Warren Trus berkata, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang mengetuai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi hanya menerima imej satelit itu pagi semalam. Pada masa sama, imej itu juga perlu dikaji oleh Pertubuhan Pertahanan Imej dan Geospatial Australia (DIGO) terlebih dulu. "Imej satelit itu perlu dianalisa dulu untuk memastikan ia relevan dan boleh dijadikan alasan untuk menumpukan usaha pencarian ke lokasi berkenaan," kata Truss kepada radio Australian Broadcasting Corp. Kementerian Pertahanan Australia yang bertanggungjawab terhadap DIGO enggan menjelaskan proses atau jumlah masa yang diambil untuk meneliti imej tersebut. Truss berkata, DIGO meneruskan penelitian imej satelit itu walaupun gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan. "Ia usaha berterusan. Kami berusaha mendapatkan maklumat sebanyak mungkin bagi mengesahkan lokasi serta pergerakan objek itu sekali gus mengenal pasti usaha yang diperlukan dalam operasi pencarian," katanya. Walaupun Malaysia dan Australia yakin dengan petanda ini, mereka juga tidak menolak kemungkinan puing di dalam gambar itu tidak berkaitan dengan pesawat yang hilang. Imej ini membolehkan pencarian yang lebih khusus berdasarkan maklumat radar, satelit, kapal atau sumber lain, kata Steve Wood, bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat yang pernah mengetuai unit analisa DigitalGlobe. "Usaha pencarian kini lebih tertumpu," kata Wood. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/22 |
Posted: 21 Mar 2014 02:35 PM PDT Kota Kinabalu: Penyerang sensasi Harimau Muda Ruzaimi Abdul Rahman, 22, selamat bergelar suami apabila menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang dikenali sejak setahun lalu, Nurul Adilah Junaidi, 18, awal malam ini. Pasangan pengantin itu dinikahkan Pegawai Agama Istana Negeri Imbran Angun dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Taman Sempelang, Sembulan. Majlis pernikahan diadakan pada jam 7.30 malam tadi hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan. Majlis persandingan akan diadakan di Dewan Wisma Wanita, Ahad ini. Penyerang Harimau Muda, Ruzaimi Abdul Rahman bergambar bersama isterinya, Nurul Adilah Junaidi. |
Posted: 21 Mar 2014 11:51 AM PDT Kuala Lumpur: "Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya." Itu kata Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia yang menjadi tumpuan dunia sekarang. Kawasan dianggap antara lokasi terpencil dunia itu menjadi perhatian selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott kelmarin mengumumkan satelit mengesan dua objek besar yang berkemungkinan ada kaitan dengan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu. Dr Azizan berkata, saiz pusaran besar dinamakan gyre di Lautan Hindi itu amat luas dan merangkumi Sumatera, Indonesia hingga ke perairan Madagascar. JURUTERBANG pesawat P-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia melihat kapal kargo Norway ketika membuat tinjauan. PESAWAT P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Barat Australia untuk menyertai operasi SAR.
|
Posted: 21 Mar 2014 10:33 AM PDT Ipoh: Bayangkan seperti aksi final. Demikian ingatan pengendali skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kepada pemainnya menjelang pertemuan getir dengan gergasi dunia Australia hari ini yang bakal menentukan sama ada skuad negara berjaya melangkah ke pentas final Piala Sultan Azlan Shah atau sebaliknya. Atas kertas, segala-galanya memihak kepada skuad bimbingan Ric Charlesworth itu yang menampilkan hampir 100 peratus pasukan yang dijangka akan diturunkan pada saingan Piala Dunia di The Hague, Belanda bermula 31 Mei depan. Selepas empat perlawanan, Australia itu ternyata begitu unggul apabila menjaringkan 25 gol dan hanya bolos sekali saja iaitu ketika menang 5-1 ke atas juara Asia, Korea Selatan kelmarin. Situasi itu nyata jauh berbeza berbanding skuad negara yang menampilkan ramai muka baru dengan tujuh daripadanya meraih penampilan pertama bersama skuad senior ketika bertemu Afrika Selatan pada perlawanan pertama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/22 |
Posted: 21 Mar 2014 07:38 AM PDT Wanita yang menjadi penghias muka depan RAP hari ini seorang tetamu yang cukup istimewa. Dia antara butiran bintang berkilauan di persada seni yang tak mungkin berganti. Dia tidak lain tidak bukan adalah 'the one and only' Ziana Zain. Mengenali wanita dilahirkan dengan nama Siti Roziana Zin ini, melalui paparan dan hebahan kisah kerjaya dan kehidupannya yang penuh warna sejak 1991 hingga sekarang, tidak keterlaluan jika Ziana antara ikon wanita berjaya di negara ini. Dia bukan saja seorang penghibur tersohor tetapi juga isteri, ibu serta usahawan. ZIANA (belakang) ketika menjadi pramugari MAS.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |