Ada isyarat pesawat berpatah balik |
- Ada isyarat pesawat berpatah balik
- Protokol keselamatan KLIA disemak
- 2 penumpang misteri beli tiket guna baht
- Nelayan dakwa lihat pesawat terbang rendah
- 5 tak naik pesawat timbul tanda tanya
- ‘Jom pergi mak’
Ada isyarat pesawat berpatah balik Posted: 09 Mar 2014 02:54 PM PDT Kuala Lumpur: Kehilangan pesawat MH370 terus diselubungi misteri apabila ada isyarat pada radar menunjukkan ia berpatah balik menghala Kota Bharu pada jam 2.40 pagi hari kejadian kelmarin. Menurut sumber, ia dikesan menara kawalan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth serta bilik kawalan beberapa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawasi keselamatan kawasan Laut China Selatan serta Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara Singapura. Kesan pergerakan "Radar tentera ada mengesan pergerakan pesawat berpatah balik dan menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di Pusat Penyelaras Operasi, di Sepang semalam. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan yang memaksa pesawat berpatah balik. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Protokol keselamatan KLIA disemak Posted: 09 Mar 2014 02:48 PM PDT Kuala Lumpur: Kerajaan akan menyemak semula semua protokol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan meningkatkan protokol sedia ada dari segi keselamatan jika perlu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh mengenai kemungkinan ada unsur pengganas berikutan kehilangan pesawat MH370. "Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," katanya. |
2 penumpang misteri beli tiket guna baht Posted: 09 Mar 2014 02:46 PM PDT Kuala Lumpur: Dua penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada pada 2012 dan 2013, disyaki membeli tiket penerbangan menerusi e-tiket menggunakan mata wang baht. Difahamkan, mereka yang menggunakan pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel juga membelinya secara bersama berdasarkan nombor sirinya yang berturutan dan pada harga sama. Ia disahkan sendiri sistem pengesahan rasmi e-tiket China, Travelsky. Kedua-duanya menempah tiket syarikat penerbangan China Southern Airlines yang mempunyai perkongsian kod dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menaiki pesawat MH370 ke Beijing, menggunakan pasport itu. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Nelayan dakwa lihat pesawat terbang rendah Posted: 09 Mar 2014 02:44 PM PDT Kuala Lumpur: Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu. Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa. Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain. "Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit," kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa. Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah. |
5 tak naik pesawat timbul tanda tanya Posted: 09 Mar 2014 02:39 PM PDT Sepang: Kegagalan lima penumpang menaiki pesawat MH370 walaupun telah mengesahkan penerbangan mereka untuk ke Beijing pada malam Sabtu lalu menimbulkan persoalan. Ini kerana mereka telah mendaftar masuk dan bagasi telahpun dimasukkan ke dalam pesawat. Namun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam menafikan ketidakhadiran mereka mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat terbabit. Terpaksa keluarkan bagasi Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata bagasi mereka terpaksa dikeluarkan kerana pemiliknya gagal mendaftar diri di balai berlepas dan tidak memasuki pesawat. "Berikutan itu kita terpaksa mengeluarkan bagasi terbabit berdasarkan prosedur ditetapkan pada peringkat antarabangsa. Bagaimanapun ini adalah prosedur biasa dan tiada kena mengena dengan kehilangan pesawat atau dua lelaki menaiki pesawat menggunakan pasport palsu," katanya ketika ditemui BH di sini semalam. |
Posted: 09 Mar 2014 02:30 PM PDT Banting: "Jom pergi mak. Mak saya pergi dulu". Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Saemah Sidek, ibu kepada pengurus pengeluaran syarikat elektronik, Freescale Semiconductor, Muzi Yusop, 50, salah penumpang MH370. Muzi sudah berkerja 28 tahun di kilang itu. Saemah, 70, berkata, sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang Jumaat lalu, Muzi beriya-beriya mengajaknya untuk menghantar anak sulungnya itu, tetapi beliau tidak mahu ikut. Minta sedia sambal bilis Katanya, memang sudah menjadi kebiasaan bagi Muzi untuk mengajaknya setiap kali mahu ke mana-mana. Namun, beliau tidak turut serta kerana perlu menjaga suaminya, Yusop Tahir, 76, yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. "Mak cik hanya sempat berpesan supaya elok-elok berada di tempat orang, memandangkan Muzi perlu bertugas di sana (Beijing) selama sebulan. Muzi adalah antara 29 kakitangan Freescale yang dihantar berkursus di China selama sebulan. Saemah berkata, hanya Haniza bersama tiga lagi anaknya, Fatin, 24; Amirul, 21, dan Fizah, 15, menghantar Muzi ke KLIA jam 6.30 petang, Jumaat lalu. Katanya, berita kehilangan pesawat dinaiki anaknya diketahui kira-kira jam 8 pagi, kelmarin daripada anak bongsunya, Mohd Izhar, 25. Mohd Izhar yang mendengar berita kehilangan pesawat itu ketika menonton berita televisyen, segera menelefon Fatin yang kemudian menghubungi MAS. "Sepatutnya, Haniza juga sepatutnya ke Perak, pada pagi itu. Tetapi apabila saya pulang dari pusat dialisis di Telok Panglima Garang, semalam (kelmarin), mak cik terkejut kerana beliau (Haniza) masih berada di rumah. "Mak cik tanya kenapa tak pergi Perak, beliau hanya beritahu Muzi masih belum tiba di Beijing. Suami (Yusop) yang ketika itu duduk, tiba-tiba pengsan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |