Jepun pula kesan objek

Jepun pula kesan objek


Jepun pula kesan objek

Posted: 27 Mar 2014 02:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Foto

GRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP


Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.


Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Keasyikan lelaki terbantut

Posted: 27 Mar 2014 02:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.

Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.

Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung.


Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.


"Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.

"Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan," katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

"Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/28

Beli burger dapat asid

Posted: 27 Mar 2014 02:33 PM PDT

Pasir Puteh: "Saya sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan," kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.

Tuan Zulashraf yang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, dibenarkan keluar namun rakannya itu terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan ditempatkan Unit Rawatan Kebakaran.

Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.

Foto

KEADAAN muka Tuan Zulashraf yang melecur selepas terkena tempias simbahan asid ketika dia bersama rakan membeli burger.


Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/28

'Tengku Abdullah calon sesuai'

Posted: 27 Mar 2014 09:45 AM PDT

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) mempunyai kelebihan untuk mengambil alih pucuk pimpinan badan bola sepak negeri itu seandai ayahandanya, Sultan Ahmad Shah memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan.

Pandangan itu disuarakan bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad yang melihat kepimpinan Tengku Abdullah adalah penting kepada badan induk berkenaan untuk terus melangkah ke depan.

"Sepatutnya jika Presiden tidak bertanding, Timbalan Presiden adalah individu paling tepat mengambil alih. Tengku Abdullah mempunyai kelebihan berbanding calon lain sekiranya Sultan Ahmad Shah tidak mempertahankan jawatan terutamanya apabila berbicara mengenai aspek pengalaman di pentas antarabangsa," kata Ibrahim yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM dari 2005 hingga 2007.

Tiga nama dicalonkan ahli gabungan FAM mengisi pucuk pimpinan badan induk berkenaan pada Mesyuarat Kongres Pemilihan FAM 25 Mei ini termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang juga Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Foto


"Ahli gabungan perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya kerana Tengku Abdullah sudah mendapat pendedahan di pentas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/28

Bukan senang jadi ʻStand-Up Comedianʼ

Posted: 27 Mar 2014 06:30 AM PDT

Karakter bersahaja mereka ketika mengacarakan Anugerah Skrin TV3 tahun lalu untuk segmen iklan bagi menghiburkan penonton di Stadium Malawati, Shah Alam nyata tidak sia-sia apabila sekali lagi bakat pengacaraan mereka terserlah melalui Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang disiarkan di TV3 hujung Februari lalu.

Bagaikan tidak percaya mempunyai bakat sebagai pengacara, Zulin Aziz, 25, dan Sherry Alhadad, 30, nyata begitu serasi ketika diganding�kan bersama-sama. Tidak sedar bakat pengacaraan itu ada dalam diri mereka, Zulin dan Sherry gembira apabila diberi penghormatan mengacarakan DFKL.

Bertemu pada sesi fotografi bersama Harian Metro baru-baru, masing-masing mengakui gementar dan gembira ketika itu, malah berharap diberi peluang �mengacara lagi pada masa akan datang.

Keakraban mereka turut terjalin disebabkan masing-masing belajar di tempat yang sama, malah Zulin pernah menjadi anak didik Sherry di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Foto

PETAH bercakap membuatkan dua sahabat ini dikenali ramai.


Hadir mewarnai industri seni sebagai pelakon, Zulin dan Sherry adalah pelajar daripada ASWARA namun Sherry sehingga kini masih aktif sebagai Tutor.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/28