'Ayah masih hidup'

'Ayah masih hidup'


'Ayah masih hidup'

Posted: 26 Mar 2014 02:38 PM PDT

Subang Jaya: "Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup," demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.

"Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin.

Foto

AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.


Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Pemegang insurans tanggung RM330j

Posted: 26 Mar 2014 02:37 PM PDT

Kuala Lumpur: Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Dilaporkan, insurans itu terbahagi antara badan kapal dan tanggungan iaitu semua polisi komprehensif, kerugian penumpang dan pesawat serta polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils.

"Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat," kata seorang pakar insurans.

Foto

PEMANGKU Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuju ke pentas untuk memberikan sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.


Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Patah balik enjin terbakar

Posted: 26 Mar 2014 02:37 PM PDT

Oleh Iskandar Shah Mohamed, Yusliza Yakimir Abd Talib, Ekhwan Haque Fazlul Haque, Fardy Bungga dan Ikram Ismail

Kuala Lumpur: Kecekapan juruterbang pesawat ATR72-600 milik Malindo Air yang dalam penerbangan ke Kuala Terengganu dari Subang berjaya mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Subang selepas mendapati enjin kirinya terbakar, pagi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Ramamuthy, berkata pesawat dipandu Kapten Wong Y Y itu terpaksa berpatah balik ketika berada pada ketinggian 2,100 meter (7,000 kaki) selepas lima minit berlepas.

Pesawat yang membawa 53 penumpang termasuk kru dilapor berlepas jam 7.30 pagi apabila kapten pesawat mendapati sistem pengesan kebakaran menghantar isyarat kebakaran.

Katanya, kapten kapal terpaksa mengambil tindakan drastik dengan berpatah balik menghala ke Lapangan Terbang Subang.

Foto

PEMAIN bolasepak pasukan Terengganu selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan menaiki pesawat lain.


"Kapten kapal berjaya mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Subang dalam tempoh 7 hingga ke 10 minit. Tiada penumpang atau anak kapal yang cedera dalam kejadian itu," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Rosberg pilih hujan

Posted: 26 Mar 2014 10:28 AM PDT

Kuala Lumpur: Pemandu pasukan Mercedes Amg PETRONAS Nico Rosberg yang memulakan kempen perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini dengan cemerlang apabila menjuarai aksi pembuka tirai di Australia minggu lalu, mahu meneruskan rentak kemenangan pada Grand Prix F1 Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad ini.

Menurut pelumba kelahiran Jerman itu, saingan di Sepang ibarat perlumbaan di halaman sendiri dengan keadaan cuaca yang tidak menentu bakal menjadi faktor penentu kejuaraan.

"Sepang sentiasa menjanjikan perlumbaan dramatik serta sukar diduga. Apa yang merisaukan saya faktor cuaca tidak menentu.

"Jika dipilih, saya mahu berlumba dalam suasana hujan kerana lebih sejuk dan tidak panas. Walaupun berlumba dalam keadaan permukaan litar basah, saya yakin situasi itu memberikan kelebihan buat kami.

Foto

ROSBERG (kanan duduk) melayan peminat di KLCC.

Foto

ROSBERG (kiri) memberi hadiah kepada peminat di KLCC.


"Bagi saya, faktor pemanduan dan pengalaman akan diuji sepenuhnya di Sepang. Apapun kita nantikan saja hujung minggu ini," katanya ketika ditemui pada sesi bertemu peminat di Aquaria Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27

Lebih banyak aksi akrobatik

Posted: 26 Mar 2014 07:02 AM PDT

Peminat komik Marvel Captain Amerika pasti tidak sabar mengetahui nasib wira itu apabila berdepan cabaran mengharungi kehidupan baru di abad ke-21 selepas 'tidur' selama 70 tahun.

Hari ini, wira itu kembali menemui peminatnya menerusi filem siri kedua, Captain America: The Winter Soldier di pawagam seluruh dunia.

Siri kali ini dikatakan menonjol kelainan dan lebih menarik kerana bukan mengisahkan mengenai Perang Dunia Kedua atau serangan makhluk asing ke atas New York.

Dalam filem itu, Steve Rogers iaitu Captain Amerika bakal berdepan dengan The Winter Soldier yang sebenarnya adalah rakan seperjuangan wira itu ketika Perang Dunia Kedua dulu.

Foto


Ketika Rogers menyangka semua orang dikenalinya sudah meninggal dunia, tanpa diduga seorang rakannya, Bucky Barnes diselamatkan warga Rusia ketika Perang Dunia Kedua seterusnya mengubah lelaki itu menjadi Winter Soldier.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/27