Operasi jejak, kutip objek diperhebat

Operasi jejak, kutip objek diperhebat


Operasi jejak, kutip objek diperhebat

Posted: 28 Mar 2014 07:41 PM PDT

Kuala Lumpur: Siasatan dan operasi mencari MH370 yang memasuki hari ke-21 semalam, kini bertumpu kepada usaha menjejaki dan mengutip objek yang dikesan oleh satelit di selatan Lautan Hindi.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini bagi membolehkan pihak berkuasa membuat pengesahan sama ada objek berkenaan adalah serpihan MH370.

"Fokus ketika ini ialah mengerah sebanyak mungkin kapal dan pesawat ke kawasan objek terbabit dikesan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Kawasan pencarian pesawat itu sudah dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira
1,100 kilometer di timur laut Perth, Australia, berdasarkan maklumat terkini yang disalurkan oleh pasukan penyiasatan antarabangsa di Malaysia.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Misi pencarian dialih 1,000km ke utara Perth

Posted: 28 Mar 2014 07:40 PM PDT

Perth: Selepas tujuh hari mencari pesawat MH370 di lokasi terpencil di Lautan Hindi, kira-kira 2,500 ke barat daya Perth, operasi itu kini dialihkan ke lokasi baharu lebih 1,000 kilometer(km) ke utaranya.

Ini berikutan petunjuk baharu diterima Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dari pasukan penyiasat antarabangsa yang menyiasat kehilangan pesawat MH370.

Maklumat itu diperoleh selepas pengiraan semula secara saintifik oleh pasukan penyiasat mendapati MH370 terbang lebih laju daripada yang dikira sebelum ini, mengakibatkan penggunaan minyak berlebihan dan mengurangkan kemungkinan pesawat itu terbang jauh ke selatan Lautan Hindi.

Analisis radar

Maklumat terkini itu berdasarkan analisis berterusan data semua radar yang merakam pergerakan pesawat berkenaan, di antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum ia dilaporkan hilang.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Petugas selenggara disiasat

Posted: 28 Mar 2014 03:48 PM PDT

Mukah: Siasatan polis Bukit Aman kini bertumpu kepada latar belakang penggunaan pesawat MH370 termasuk petugas yang menyelenggaranya, sebelum ia berlepas ke Beijing, China, pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan itu bagi mengenal pasti individu atau pihak yang terbabit dalam penggunaan terakhir pesawat Boeing 777-200 berkenaan sebelum berlaku insiden kehilangannya.

"Penyiasatan yang dikendalikan pasukan khas kita masih bertumpu kepada empat aspek utama, termasuk unsur sabotaj. Justeru, kita menyiasat di mana pesawat itu diletakkan selepas kali terakhir ia digunakan bagi penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac lalu.

"Kita turut menyiasat secara terperinci siapa yang menjaga dan menyelenggara pesawat terbabit, siapa yang memasukkan muatan kargo dan jenis kargo ke dalam pesawat, termasuk dakwaan menyatakan pesawat itu ada membawa kargo sensitif pada malam kejadian," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Paras air susut, catuan diteruskan

Posted: 28 Mar 2014 03:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Pengagihan air berjadual akan disambung ke peringkat keempat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 4 April ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendapati paras air di beberapa empangan terus mengalami penyusutan menyebabkan catuan perlu diteruskan.

Jumlah hujan yang berkurangan sejak pertengahan Januari tahun ini dan ditambah dengan peningkatan pengeluaran air terawat berbanding tahun sebelumnya menyebabkan paras air di empangan terus menyusut.

Kerajaan Selangor memutuskan untuk menambah pengurangan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH) menjadikan jumlah pengurangan sebanyak 1,000 JLH.

SPAN memaklumkan tarikh dan kawasan terbabit yang lebih terperinci akan diumumkan pada sidang media yang akan diadakan 1 April depan.

Selain itu, peringkat pertama pengagihan air berjadual yang dimulakan pada 27 Februari lalu bagi kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang juga diteruskan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

2 keluarga penyokong PAS diusir agensi kerajaan DAP

Posted: 28 Mar 2014 03:46 PM PDT

Georgetown: Dua keluarga penyokong PAS di negeri ini menjadi mangsa Kerajaan DAP Pulau Pinang apabila diusir keluar dari rumah mereka yang didiami sejak 80 tahun lalu.

Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut mengarahkan ahli PAS seumur hidup, Abdul Najib Darus bersama 10 ahli keluarganya yang turut menyokong PAS untuk keluar dari rumah mereka.

Notis pengusiran dikeluarkan kepada dua keluarga terbabit pada 4 Mac lalu yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan premis kediaman di Jalan Kebun Bunga, dekat sini, selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Alasan yang diberikan kerajaan negeri ialah tanah yang diduduki dua keluarga terbabit perlu diambil bagi tujuan pembangunan dan peluasan kawasan rekreasi awam Taman Botani Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan Abdul Najib kecewa dengan
kepemimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta berasa ditipu oleh pimpinan PAS Pulau Pinang yang disifatkan gagal membela nasib mereka.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Ombak Lautan Hindi ganas, sukar diduga

Posted: 28 Mar 2014 03:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Ombak di lautan terbuka berkemampuan mencecah ketinggian melebihi 10 meter mengikut kekuatan tiupan angin berdasarkan situasi cuaca ketika itu.

Keadaan lautan yang terbentang luas dengan tiada daratan berhampiran di sekitarnya seperti seperti Lautan Hindi, Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Artik dan Laut Selatan membolehkan angin bertiup kencang tanpa had hinggakan boleh menyebabkan ombak semakin tinggi.

Antara lima faktor mempengaruhi pembentukan ombak ialah kelajuan angin, jarak tanpa gangguan (fetch), lebar kawasan, tempoh tiupan dan kedalaman air.

Apabila lima faktor utama pembentukan ombak bergabung di sesebuah lautan, ia dapat menentukan saiz ombak membabitkan ketinggian, panjang, tempoh pergerakan dan arah ombak.

Pengarah Institut Pengajian Maritim dan Laut, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuantan Pahang, Prof Madya Dr Mohamed Kamil Abdul Rashid, berkata perubahan ombak tidak boleh dijangka kerana ia boleh berlaku secara drastik dan muncul dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kekuatan angin.

"Apabila angin kuat, ketinggian boleh menjadi semakin tinggi namun akan pecah dan bergulung apabila melebihi had lebarnya, pergerakan ombak menggambarkan cuaca. Adalah perkara biasa di lautan terbuka mempunyai purata ketinggian ombak setinggi lima meter.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/