2 PERSOALAN BAHARU |
- 2 PERSOALAN BAHARU
- Pentaksiran Tingkatan 3 ganti PMR
- Usaha langkaui batas politik
- Jepun komited bantu misi cari, selamat MH370
- JPA arah kakitangan usah sebar maklumat tidak tepat
- Keputusan STPM diumum hari ini, SPM esok
Posted: 18 Mar 2014 03:11 PM PDT Pesawat terus terbang dalam ruang udara semua negara guna Mod F Kuala Lumpur: Persoalan baru kini timbul sama ada pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ada memasuki ruang udara India, beberapa jam selepas berpatah balik dari kawasan Igari, Laut China Selatan. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Pentaksiran Tingkatan 3 ganti PMR Posted: 18 Mar 2014 03:08 PM PDT Kuala Lumpur: Mulai tahun ini, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 18 Mar 2014 03:03 PM PDT Sepang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 adalah usaha yang melangkaui batas politik, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Berikutan itu, beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan politik dan peribadi masing-masing untuk bersatu pada masa yang amat mencabar ini bagi mencari MH370.
Hishammuddin berkata demikian mengulas dakwaan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemubual CNN, baru-baru ini, bahawa ada pihak cuba mengaitkannya dengan isu kehilangan pesawat MH370. Pendirian konsisten "Pendirian kita sangat konsisten. Kerajaan memberi tumpuan sejak hari pertama dalam usaha mencari pesawat itu. Kita tidak membawa isu ini (mengaitkan Anwar), ia disebarkan agensi berita asing. "Kalau saya tak silap, dalam Daily Mail dan CNN. Kami tetap dengan pendirian, insiden ini bukan isu politik, sebaliknya ia melangkaui batas politik," katanya pada sidang media di sini, semalam. Ditanya sama ada Anwar akan dipanggil membantu siasatan berkaitan kehilangan pesawat itu, Hishammuddin berkata ia tidak wajar dipolitikkan. "Saya juga sedar ramai berminat dengan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia terutama terhadap penumpang dan kru MH370, tetapi saya tidak boleh komen mengenai siasatan yang sedang berjalan," katanya. |
Jepun komited bantu misi cari, selamat MH370 Posted: 18 Mar 2014 03:02 PM PDT Kuala Lumpur: Kerajaan Jepun komited membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang kini menjurus kepada koridor utara dan selatan. Duta Jepun di Malaysia, Dr Makio Miyagawa, berkata 107 pegawai Kementerian Pertahanan Jepun membabitkan tentera udara, pengawal pantai dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) berada di negara ini bagi meneruskan misi itu. "Selama ini kerjasama di antara Malaysia dan Jepun terjalin begitu rapat dan kami sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan kerajaan Malaysia dalam misi pencarian pesawat MH370," katanya ketika ditemui pada di kediaman kedutaan Jepun, sempena pelantikannya sebagai duta baharu Jepun di Malaysia, semalam. |
JPA arah kakitangan usah sebar maklumat tidak tepat Posted: 18 Mar 2014 02:55 PM PDT Kluang: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan arahan meminta semua empat juta kakitangannya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370 terutama menerusi media sosial. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang maklumat tidak tepat dan bersifat dakwaan tersebar sehingga mengelirukan masyarakat. Elak sebarang pertikaian "Ia bagi memastikan tidak ada sebarang pertikaian dan kekeliruan kerana penyebaran maklumat palsu boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa. "Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau pihak berkuasa berkaitan yang memaklumkan sebarang maklumat terbaru mengenainya. "Saya ingin mengajak semua penjawat awam untuk terus berdiri rapat menjadi benteng yang mempertahankan negara. Jangan jadi api dalam sekam atau gunting dalam lipatan. Teruskan perjuangan kita dalam apa juga bidang yang diceburi," katanya ketika merasmikan Wacana Transformasi Kepimpinan Muda di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, di sini, semalam. |
Keputusan STPM diumum hari ini, SPM esok Posted: 18 Mar 2014 02:49 PM PDT Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 akan dikeluarkan hari ini manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan diumumkan esok. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan medianya semalam, menjelaskan calon STPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari manakala calon SPM boleh berbuat demikian selepas jam 10 pagi. Kementerian turut menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888 yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi esok dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |