Pesawat dirampas

Pesawat dirampas


Pesawat dirampas

Posted: 15 Mar 2014 10:08 AM PDT

Oleh HADZLAN HASSAN, HAYATI IBRAHIM, MAIAMALINA MOHAMED AMIN, SHAKILAWATI ABD RAHMAN, ZAITIE SATIBI, FIRDAUS SAHAT, ISKANDAR SHAH MOHAMED, MOHD HUSNI MOHD NOOR, AMIR ABD HAMID, MUHAMAAD HAFIS NAWAWI, MOHD AZAM SHAH YAACOB, MUHAMMAD APENDY ISSAHAK, HIDAYATUL AKMAL AHMAD, KALIDEVI MOGAN KUMARAPPA, MOHD HILMIE HUSSIN, SURAYA ROSLAN, YUSMIZAL DOLAH ALING, GADDAFI MUSLI, RABI 'ATUL 'ADAWIYAH ISMAIL, NURUL HUDA KOSNON, IKRAM ISMAIL, AINUL FATIHAH MANSOR, EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE, RAJA PUTERI NABIHAH RAJA AYUB, NUR SALIAWATI SALBERI dan RASMI ABDULLAH

Sepang: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, Sabtu lalu, hampir terurai apabila pesawat itu didakwa dirampas oleh seseorang berpengalaman luas dalam penerbangan.

Malah, pasukan penyiasat yang menjejaki pesawat penumpang B777-200ER itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan berlaku rampasan dan kini melihat sama ada seorang daripada anak kapal, termasuk juruterbang pesawat berkenaan, terbabit dalam insiden itu.

Ini berikutan kemampuan luar biasa individu berkenaan yang tahu mengelak radar biasa dan belajar cara berbuat demikian bagi mengelak perbuatannya dikesan pihak berkuasa.

Teori kemungkinan berkenaan yang pada mulanya banyak dilaporkan media Barat, terutama Amerika Syarikat, diperkukuhkan lagi apabila kerajaan semalam mengesahkan pesawat tidak dikenali dikesan radar utama menyimpang dari laluan penerbangan asal adalah MH370.

Foto


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat berkenaan, pihak berkuasa mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

'Arwah dilarang keluar malam'

Posted: 15 Mar 2014 10:02 AM PDT

Alor Gajah: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kampung Lekok-Paya Rumput, Masjid Tanah, di sini, jam 1.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, motosikal ditunggang anggota sukarelawan polis (SP) Hairul Anwar Idris, 20, bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Muhamad Aiman Ridauddin Ramley, 17, dan pembonceng Muhammad Firdaus Hassan, 16.

Ia menyebabkan Hairul Anwar dan Muhamad Aiman Ridauddin meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Firdaus disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah.

"Motosikal Demak dibonceng Muhamad Aiman Ridauddin dan Muhammad Firdaus datang dari arah Masjid Tanah menuju ke rumah mereka di Taman Seri Aman dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan motosikal Yamaha 125Z ditunggang Hairul Anwar yang datang dari arah Paya Rumput ke Masjid Tanah.

Foto

ANGGOTA bomba memeriksa motosikal yang terbabit nahas.


"Hairul Anwar dan Muhamad Aiman Ridauddin cedera parah di kepala serta badan, manakala Muhammad Firdaus yang parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Buang tepi jalan

Posted: 15 Mar 2014 09:58 AM PDT

Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring dengan hanya berkain pelekat di tepi dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat itu ditemui penjaga dusun berusia 52 tahun yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan berkenaan.

"Siasatan kita mendapati tiada kecederaan dialami mangsa, namun dia mungkin mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Foto

MAYAT mangsa ditemui di tepi jalan berhampiran dusun durian.


"Ini berdasarkan empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang ditemui di tepi jalan dan hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Rodgers yakin benam United

Posted: 15 Mar 2014 07:56 AM PDT

London: Buat kali pertama sejak berdekad lamanya, Liverpool kini berada di atas Manchester United dan mereka juga dilihat mampu memadam impian Red Devils untuk merebut salah satu daripada empat tangga teratas ketika kedua-dua pasukan bertemu di Old Trafford malam ini.

Selepas bertahun-tahun berada di bawah kekuasaan United, Liverpool berjaya mengubah tanggapan itu musim ini dan ketika ini, mereka mempunyai kelebihan 11 mata berbanding tuan rumah.

Ketika Liverpool bergelar pencabar utama liga, United pula sekadar mengintai peluang untuk ke Liga Juara-Juara musim depan dan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester City.

Anak buah David Moyes itu sudah empat kali tewas di laman sendiri musim ini dan mereka tidak akan memperoleh sedikitpun rasa simpati penyokong Liverpool.

Foto


Sejak September 2004, Liverpool tidak pernah hadir ke Old Trafford dengan mata yang melebihi United tetapi kali ini, semuanya sudah berubah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16

Mahu cari kelainan

Posted: 15 Mar 2014 05:58 AM PDT

Gadis comel ini yang mencipta fenome�na tersendiri menerusi lagu Cinta Muka Buku pada 2011, kini tampak berbeza. Perwatakannya masih sama, merendah diri dan malu-malu apabila diminta bergaya di depan kamera.

Tambah pula ada beberapa orang di sekelilingnya ketika sesi fotografi. Walaupun segan untuk bergaya, Najwa Latif, 19, yang mesra disapa Wawa tetap memberi 'pose' seperti diminta jurugambar.

Tatkala temubual, aura kedewasaan bukan hanya dapat dibaca menerusi bahasa tubuhnya, tetapi juga jelas terpancar di matanya. Wawa semakin yakin memberi jawapan untuk setiap pertanyaan. Tuturnya juga matang, tidak seperti tiga tahun lalu.

Dia masih seperti dulu yang bercakap lemah-lembut tetapi kini lebih cekal, berani dan tegas. Sikapnya membuang persepsi masyarakat yang dia senang dibuli.

Foto


Memulakan sesi kuliah di Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR) tahun lalu, persekitaran serta aktiviti kuliah membentuk dirinya lebih berdikari.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/16