Kedai kopi gesek

Kedai kopi gesek


Kedai kopi gesek

Posted: 01 Mar 2014 10:31 AM PST

Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.

Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata�nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,

Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) 'China Doll' kepada pengunjung�nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.

Foto

SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.


Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Dua pengasuh kejam

Posted: 01 Mar 2014 10:26 AM PST

Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.

"Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Foto

BAYI berusia dua bulan yang koma disyaki digoncang kuat.


"Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami 'baby shaking syndrom' akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Doktor beri racun

Posted: 01 Mar 2014 10:21 AM PST

Alor Setar: "Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu," kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.

Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.

Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Foto

KHAIRUL mendukung Nasrullah yang melecur 100 peratus akibat tersalah ubat yang diberikan doktor ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.


Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

'Lupakan kisah lalu'

Posted: 01 Mar 2014 09:15 AM PST

London: Selepas 10 bulan sejak mengalami kekalahan pada final Piala FA di tangan Wigan Athletic, Manchester City sekali lagi diletakkan sebagai pilihan untuk menjulang Piala Liga ketika menentang Sunderland, malam ini.

Pada Mei 2013, City turut beraksi selaku skuad pilihan menentang Wigan - pasukan yang menduduki tangga ketiga tercorot Liga Perdana Inggeris tetapi semua jangkaan terhadap pasukan itu sia-sia apabila terpaksa akur dengan aksi berani mati yang dipamerkan lawan.

Jaringan pada waktu kecederaan oleh Ben Watson memberikan Wigan kejayaan sekali gus menghasilkan kejutan terbesar dalam sejarah Piala FA sepanjang tempoh 25 tahun dan akibatnya, pengurus City, Roberto Mancini dipecat dua hari kemudian.

City sudah pun melepaskan gelaran liga kepada Manchester United dan meskipun pengganti Mancini, Manuel Pellegrini menikmati kempen penampilan musim pertama memberangsangkan, prestasi yang sedang dipamer skuadnya dilihat kurang meyakinkan kebelakangan ini.

Foto

PELLEGRINI (tengah) mahu musim pertamanya di City berakhir dengan kejuaraan.


Mereka ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Liga Perdana, berbaki satu perlawanan di tangan tetapi kekalahan di tempat sendiri kepada Chelsea mendedahkan kepincangan di dalam skuad sebelum kekalahan 2-0 kepada Barcelona meletakkan mereka di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02

Utama ibu bapa

Posted: 01 Mar 2014 05:54 AM PST

Kejelitaan paras rupa dimiliki jadi taruhan Bella Dally, 22, untuk mencipta nama sebagai pelakon. Malah, kecantikannya juga membuatkan pengarah, Erma Fatima sanggup berbalah dengan Datuk Rosyam Nor ketika program Pilih Kasih musim pertama bagi membolehkan Bella men�yertai program pencarian bakat baru lakonan itu pada musim kedua.

Itu cerita lima tahun lalu dan sekarang, Bella boleh menarik nafas lega apabila percaturan awalnya menyertai Pilih Kasih membawanya melangkah jauh dalam industri penerbitan drama tempatan.

Begitupun, perjalanan kariernya pada masa depan belum ada ketentuan memandangkan sebaik dia mencuba nasib, waktu sama ramai gadis cantik yang bakatnya dicungkil menerusi pelbagai rancangan, realiti sama ada nyanyian mahupun lakonan, turut menyertai industri seni tempatan.

Ditemui pada sesi fotografi bersama Selebriti, Bella meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan kerjaya seninya sekarang, walaupun sedikit lewat menempa nama kerana banyak saingan.

Foto


"Setiap kali saya pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, pasti ramai datang menegur dan mahu bergambar bersama.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/02