ISU ‘NASI LEMAK TELANJANG’: Tegur tiada niat burukkan nama MAS

ISU ‘NASI LEMAK TELANJANG’: Tegur tiada niat burukkan nama MAS


ISU ‘NASI LEMAK TELANJANG’: Tegur tiada niat burukkan nama MAS

Posted: 21 Feb 2014 02:16 PM PST

ISU ‘NASI LEMAK TELANJANG’: Tegur tiada niat burukkan nama MAS

Kuala Lumpur: Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan menjelaskan kritikan 'nasi lemak telanjang' adalah teguran mengenai kualiti dan saiz hidangan berkenaan.

Katanya, beliau bukan mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap.

"Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS," katanya kepada BH.

Kenyataan pertama

Kenyataan itu adalah yang pertama daripada mulut beliau sendiri sejak isu itu diperkatakan di laman media sosial. Beliau mengkritik nasi lemak yang disediakan MAS ketika penerbangan ke Bangkok akhir bulan lalu dalam laman Instagram miliknya.

Kritikan beliau itu mendapat reaksi pengikut laman Instagram, yang turut dikongsikan di laman sosial lain.

Ramai tampil memberi pendapat masing-masing mengenai mutu dan kualiti penyediaan makanan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa MAS.
Mengulas lanjut, Chef Wan berharap MAS membuat perubahan pada penyediaan makanan itu, yang kini kurang berkualiti dengan saiz hidangan semakin mengecil.

"Teguran saya ikhlas kerana MAS adalah syarikat penerbangan negara, yang juga 'duta' kecil kepada negara. Saya rasa bertanggungjawab membuat kritikan kerana saya dilantik menjadi duta untuk pelancongan negara selain duta makanan Malaysia.

"Saya bangkitkan mengenai nasi lemak itu tiada...

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Cuaca panas bukan kemarau

Posted: 21 Feb 2014 02:13 PM PST

Kuala Lumpur: Cuaca panas dan kurang hujan yang berlaku hampir di seluruh negara ketika ini bukan perkara luar biasa dan belum dianggap musim kemarau.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata rekod suhu tertinggi yang dicatat setakat ini masih berada pada julat biasa iaitu 36 darjah selsius berbanding tempoh sama satu ketika dulu, Chuping di Perak mencatat suhu lebih 40 darjah selsius.

Beliau berkata, keadaan itu akan berterusan sehingga April berikutan penghujung musim Monsun Timur Laut.

Katanya, Februari mengalami taburan hujan paling sedikit dan suhu purata maksimum yang dialami Malaysia agak tinggi sehingga April nanti.

"Keadaan panas sekarang tidak akan bertukar kepada sejuk seperti mana yang kita alami Januari lalu berikutan pengaruh angin sejuk dari Siberia. Kita sekarang berada pada penghujung musim Monsun Timur Laut, yang mana keadaan kekurangan hujan serta suhu agak tinggi pada waktu siang adalah biasa disebabkan kurang awan.

Alami cuaca panas

"Bagaimanapun, kita tidak anggap negara mengalami kemarau kerana keadaan itu ada kriteria tertentu dari segi meteorologi untuk kita sahkan situasinya. Namun, kita mengakui cuaca panas sekarang menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia yang mengalami catuan air.
"Justeru, saya menasihatkan penduduk bertahan dan melakukan langkah penjimatan air," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas keadaan cuaca panas sekarang yang menjejaskan kehidupan rakyat berikutan empangan kering sekali gus langkah penjimatan air terpaksa dilakukan di kawasan tertentu menerusi catuan.

Air empangan kering

Ada kawasan yang tidak mengalami hujan sehingga sebulan menyebabkan air sungai dan empangan kering kontang di beberapa kawasan, termasuk di Sungai Sembrong, Kluang, Johor; Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor; Balakong, Selangor; Durian Tunggal, Melaka; Pasir Puteh, Kelantan dan Seremban, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Muhammad Helmi berkata, dalam tempoh empat hingga lima hari akan datang, tiada awan kumulus yang besar dan berada di kawasan tadahan air sesuai untuk menurunkan hujan.

Katanya, sistem cuaca tropika seperti Malaysia menyukarkan untuk membuat ramalan peratusan hujan turun berbanding di negara empat musim.

"Kita tidak boleh meramal secara tepat hujan turun di mana atau berapa banyak cuma secara am saja ikut peratusan. Lebih mudah untuk meramalkan hujan di negara empat musim," katanya.

‘Saya tak campur lagi’

Posted: 21 Feb 2014 02:10 PM PST

‘Saya tak campur lagi’

Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selepas persaraannya yang berkuatkuasa, 28 Februari ini.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu, berkata beliau menaruh keyakinan tinggi kepada Tan Sri Adenan Satem dan percaya penggantinya seorang yang berkebolehan dan berkemampuan melaksanakan tugasan.

Malah Abdul Taib menyatakan kesediaannya membantu Adenan, begitu juga anggota Kabinet negeri yang lain dalam konteks memberi pandangan atau nasihat sekiranya beliau diperlukan untuk berbuat demikian.

"Persaraan saya hujung bulan ini... saya ingin bersara dengan gembira. Sarawak saya 'tinggalkan' dalam keadaan yang amat baik dan bakal diwarisi oleh pengganti yang baik untuk meneruskan legasi kecemerlangan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Sidang media terakhir

Abdul Taib pada mulanya begitu ceria menjawab pelbagai pertanyaan pihak media, namun kelihatan agak emosi apabila beliau menyatakan sidang media itu mungkin terakhir bagi dirinya.

"Selepas 1 Mac ini, saya tidak akan lagi aktif (dalam perkhidmatan)... saya tahu ia merupakan masa untuk pemimpin baharu mengambil alih. Sarawak hanya memerlukan seorang ketua dan beliaulah (Adenan) Ketua Menteri Sarawak.
"Saya sangat yakin 'pasukan' yang saya tinggalkan akan mampu melahirkan generasi pemimpin baharu. Beliau (Adenan) seorang pemimpin berpengalaman, malah pengetahuan dimilikinya adalah sebanyak mana yang saya tahu. Beliau diyakini mampu menggalas tanggungjawab itu," katanya.

Pertemuan tertutup

Difahamkan, Abdul Taib dan Adenan yang memegang portfolio Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak mengadakan pertemuan tertutup di Demak Jaya, Jalan Bako sehingga jam 2 pagi semalam bagi berbincang mengenai masa depan dan hala tuju peralihan kuasa yang bakal berlaku hujung bulan ini.

Kementerian bentang cadangan panel pakar

Posted: 21 Feb 2014 02:08 PM PST

Alor Setar: Kementerian Kerja Raya akan membentangkan cadangan daripada panel pakar dalam meningkatkan ekosistem sektor pembinaan kepada pihak industri minggu depan, bagi mendapatkan maklum balas sebelum mengemukakannya kepada Kabinet.

Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata panel yang terdiri daripada pakar dari agensi kerajaan, profesional, ahli akademik dan pengamal industri ditugaskan untuk tampil bersama cadangan menyeluruh bagi meningkatkan ekosistem di sektor pembinaan.

"Kementerian akan mengkaji maklum balas daripada peserta industri sebelum kemukakan laporan kepada Kabinet untuk memutuskan tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh agensi kerajaan, sektor swasta dan badan profesional dalam industri," katanya pada sidang media ketika melawat projek di Perlis dan Kedah, di sini semalam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

MCA serah kepada BN tentukan jumlah jawatan Kabinet

Posted: 21 Feb 2014 02:07 PM PST

Kuala Lumpur: MCA menyerahkan kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan jumlah jawatan Kabinet yang akan diperolehi, jika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu meluluskan untuk menerimanya, esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan bagaimanapun berkata, perkara itu adalah masih terlalu awal untuk dibincangkan sekarang.

"Paling penting ialah resolusi untuk menerima jawatan kerajaan pada semua peringkat perlu diluluskan terlebih dahulu.

"Kita berharap dapat kembali semula ke dalam kerajaan untuk memainkan peranan dalam BN, berkongsi kuasa seperti yang diamalkan sebelum ini dan membantu masyarakat Cina, selain sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

BH semalam melaporkan EGM MCA esok, dijangka meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan pada semua peringkat termasuk Kabinet.

Tiada maklumat

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon pula berkata, buat masa ini, tiada maklumat mengenai jumlah jawatan dalam kerajaan yang akan diberikan kepada MCA.
"Resolusi menyertai kerajaan harus diluluskan terlebih dahulu, sebelum jumlah jawatan dalam kerajaan boleh dibincang," katanya.

MCA sebelum memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan, jika mengalami prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 2011 dan 2012.

Tolak resolusi kedua

Perwakilan MCA juga menolak resolusi kedua dalam EGM pada Oktober lalu untuk membatalkan resolusi parti yang diluluskan ketika AGM pada 2011 dan 2012 bagi membolehkan ahli MCA menerima jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau sebarang jawatan Kabinet lain.

Bagaimanapun, mereka menyokong resolusi ketiga supaya ahli menerima pelantikan Senator atau mana-mana jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Selain itu, perwakilan MCA menyokong resolusi terakhir, menerima pelantikan pada peringkat negeri atau jawatan kerajaan negeri lain yang dianggap penting oleh parti.

Pantai Puteri sasar 70,000 pengunjung

Posted: 21 Feb 2014 01:52 PM PST

Kuala Lumpur: Kerajaan Melaka yakin Pantai Puteri, yang menjadi lokasi pusingan pertama Karnival Memancing GP Joran, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, dijangka menerima lebih 70,000 pengunjung.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron, berkata sasaran boleh dicapai bagi tempoh dua hari program iaitu 1 dan 2 Mac ini, kerana tahun lalu pertandingan sama anjuran Berita Harian (BH), menarik lebih 50,000 pengunjung.

Pertandingan itu katanya, sudah berusia 19 tahun dan mempunyai ramai peserta, bukan saja pemancing tempatan malah dalam kalangan warga negara jiran yang bekerja di sini.

Riadah keluarga

Beliau berkata, program dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundur dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu, dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan.

"Program berkonsepkan riadah keluarga dengan menawarkan pelbagai aktiviti. Apabila suami memancing, isteri berpeluang menyertai pertandingan menganyam ketupat, karaoke dan sukan rakyat.

"Kanak-kanak pula berpeluang menyertai pertandingan mewarna, tarik upeh dan bola sepak pantai.
"Penganjur juga menyediakan ruang berniaga berkonsepkan 'car boot sales' atau jualan but kereta. Demonstrasi memanah dan paintball juga diadakan," katanya.

Idris berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Tajaan kerajaan negeri Melaka berjumlah RM70,000 kepada BH. Sumbangan diserahkan kepada Pengarang Eksekutif Mingguan/BH2, Zainor Said. Turut hadir Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Hazrul Rabu.

Ahli Parlimen Tangga Batu itu berkata, sejak 14 tahun penganjuran GP Joran di Pantai Puteri, sudah banyak infrastruktur dibangunkan di situ, bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar bersama keluarga beriadah.

Program dengan kerjasama BH dan Tourism Malaysia itu juga membantu mempromosikan siri pusingan GP Joran selain menarik lebih ramai pengunjung ke situ.

Sementara itu, Hazrul berkata, pihaknya yakin peserta meningkat tahun ini. Dianggarkan seramai 2,500 mengambil bahagian berbanding 1,800, tahun lalu.

Hadiah misteri

Beliau berkata, tahun ini penganjur memperkenalkan hadiah misteri kepada pengunjung yang menyambut hari lahir pada 1 dan 2 Mac ini. Mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan kepada urus setia pada hari itu bagi menebus hadiah misteri.

GP Joran menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM44,000 serta hadiah sampingan lain dan cabutan bertuah.

Penganjur menerima tajaan daripada PERODUA, G-Motorsport, TCE Tackle, UFL Coleman, Petani, Adabi, Maggi, Nescafe, Catalyst dan Clixster.