8 DITAHAN TIPU PELAJAR SPM

Susulan pembongkaran BH: Lima wanita, tiga lelaki terbabit disyaki kunjungi sekolah, ambil maklumat peribadi
  • Polis buka kertas siasatan di Melaka dan Selangor berikutan 4 laporan diterima

    Kuala Lumpur: Susulan pembongkaran BH mengenai sindiket menipu pelajar yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak Ahad lalu, polis menahan lapan individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Lima wanita dan tiga lelaki terbabit ialah mereka yang mengunjungi sekolah di beberapa lokasi di seluruh negara, kononnya untuk mengadakan seminar peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM.

    Sindiket berkenaan mengambil kesempatan mengumpul data peribadi pelajar dan mengirim jemputan menghadiri temu duga di lokasi tertentu bagi penempatan serta penajaan ke universiti swasta, tetapi dikenakan caj RM500 untuk pemprosesan pendaftaran.

    Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/